wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

PSV TINGKATAN 2

Total questions: 25

Worksheet time: 13mins

Name
Class
Date
1.

Antara berikut, yang manakah menunjukkan simbol daripada objek buatan manusia ?

a)
b)
c)
d)
2.

Antara berikut, yang manakah menunjukkan ciptaan kesan Revolusi Perindustrian ?

a)
b)
c)
d)
3.

Apakah jenis sulaman yang ditunjukkan dalam gambar ini ?

a)

Sulaman Manik

b)

Sulaman Benang

c)

Sulaman Tampal

d)

Sulaman Silang Pangkah

4.

Apakah motif utama yang diaplikasikan dalam seni sulaman ?

a)

Alam benda

b)

Kosmos

c)

Fauna

d)

Flora

5.

Apakah teori yang mendasari kamera pinhole ?

a)

Teori Optik

b)

Teori Cahaya

c)

Teori Kedap

d)

Teori Pembalikan

6.

Apakah teknik yang digunakan untuk menghasilkan seni sulaman bunga sakura ?

a)

Bullion

b)

Chain Stitch

c)

French Knots

d)

Jahitan Jelujur

7.

Antara berikut, yang manakah menunjukkan konsep yang menekankan warna terang dan bercorak geometri ?

a)

Klasik

b)

Moden

c)

Tradisional

d)

Kontemporari

8.

Antara berikut, yang manakah terhad kepada bentuk bulat dan silinder dalam penghasilan seni seramik ?

a)

Teknik picit

b)

Teknik kepingan

c)

Teknik lingkaran

d)

Teknik lempar alin

9.

Antara berikut, yang manakah merupakan teknik yang paling sesuai untuk membuat kotak serbaguna seramik ?

a)

Teknik acuan

b)

Teknik lingkaran

c)

Teknik kepingan

d)

Teknik lempar alin

10.

____________ merupakan aspek penting tentang kedudukan tingkap, pintu dan lampu.

a)

Pencahayaan

b)

Susun atur

c)

Warna

d)

Skala

11.

____________ menjadi elemen estetik dan berfungsi memberikan kesan nyaman dan ketenangan.

a)

Air

b)

Struktur

c)

Topografi

d)

Tumbuhan

12.

Reka bentuk __________ melibatkan reka bentuk styling dan konsep kenderaan darat, udara dan laut.

a)

produk

b)

elektrik

c)

perabot

d)

automotif

13.

Ruang _____________ tidak menunjukkan ruang dalaman.

a)

pejabat

b)

padang

c)

pameran

d)

kesihatan

14.

Reka Bentuk Hiasan Dalaman dipengaruhi oleh campuran gaya dari seluruh dunia sehingga membawa kepada era ___________.

a)

vintaj

b)

romantisme

c)

eklektisisme

d)

konstruktivisme

15.

Sumber utama untuk menghasilkan seni seramik ialah _____________.

a)

tanah liat

b)

tanah pasir

c)

tanah lumpur

d)

tanah gambut

16.

Kamera pinhole berfungsi untuk ____________________.

a)

melihat cahaya

b)

menjelaskan imej

c)

merakam imej pegun

d)

merakam pergerakan cahaya

17.

Reka bentuk perabot yang baik akan ________________________.

a)

meningkatkan bahan dan kos

b)

mengurangkan harga dan kreativiti

c)

meningkatkan produktiviti dan kos

d)

mengurangkan kos dan menjimatkan ruang

18.

Antara berikut, yang manakah menunjukkan seni sulaman yang dihasilkan dengan menggunakan mesin jahit sulam ?

a)

Sulaman Manik

b)

Sulaman Tampal

c)

Sulaman Kerawang

d)

Sulaman Silang Pangkah

19.

Apakah fungsi prinsip “Saiz dan ruang yang sesuai” dalam Reka Bentuk Hiasan Dalaman ?

a)

Mudah difahami

b)

Meminimumkan kesan buruk

c)

Maklumat yang berkesan kepada pengguna

d)

Memudahkan pengguna mencapai kepuasan

20.

Antara berikut, yang manakah menunjukkan peranan dan fungsi landskap dari segi estetik ?

a)

Imbangan ekologi

b)

Mencantikkan pemandangan

c)

Sumber ilham kepada pengkarya

d)

Sumber pendapatan kepada pereka landskap

21.

Bagaimanakah cara terbaik untuk memperkenalkan produk keluaran terbaru kepada orang ramai ?

a)

Jualan murah

b)

Mengadakan promosi

c)

Demontrasi dari rumah ke rumah

d)

Hasilkan dengan kuantiti yang banyak

22.

Antara berikut, yang manakah berkaitan dengan “Fungsi Mengikut Bentuk” dalam penentuan reka bentuk industri ?

a)

Menumpu kepada aspek fungsi

b)

Tidak menekankan sudut estetik

c)

Mementingkan bentuk luaran produk

d)

Tidak menekankan nilai estetik produk

23.

Pilih pernyataan yang tidak benar tentang ciri-ciri logo.

a)

Rupa mewakili maklumat secara ilustrasi.

b)

Boleh mengandungi tulisan dan gambar.

c)

Berdasarkan gabungan rupa, bentuk dan huruf.

d)

Menyampaikan mesej merentas bahasa dan bangsa.

24.

Pilih pernyataan yang tidak benar tentang kamera pinhole.

a)

Kamera berbentuk segi empat menghasilkan imej yang rata.

b)

Kamera berbentuk silinder menghasilkan imej yang cembung.

c)

Semakin besar lubang, imej yang terhasil semakin terang dan jelas.

d)

Semakin dekat dengan lubang, sudut menjadi lebar sehingga penghasilan gambar yang lebar.

25.

Apakah yang dimaksudkan dengan reka bentuk landskap ?

a)

Hiasan reka letak di luar bangunan secara semula jadi seperti tumbuhan dan bukit.

b)

Hiasan reka letak di luar banguan sama ada secara semula jadi ataupun buatan manusia.

c)

Hiasan reka letak di luar bangunan secara buatan manusia seperti bangunan dan gazebo.

d)

Hiasan di dalam dan luar bangunan yang menggabungkan hiasan dalaman dan hiasan luaran.