wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

LATIHAN TATABAHASA : AYAT AKTIF AYAT PASIF

Total questions: 10

Worksheet time: 5mins

Name
Class
Date
1.

Tukarkan ayat aktif di bawah menjadi ayat pasif


Ibu membeli makanan itu di pasar malam .

a)

Makanan itu ibu beli di pasar malam semalam.

b)

Makanan itu dibeli oleh ibu di pasar malam.

c)

Makanan itu dibeli ibu di pasar malam

d)

Makanan dibeli oleh ibu di pasar malam.

2.

Pilih ayat pasif yang betul bagi ayat aktif di bawah.


Penjenayah yang berbaju belang itu telah merompak bank semalam.

a)

Bank telah dirompak oleh penjenayah yang berbaju belang itu semalam.

b)

Bank telah penjenayah berbaju belang itu rompak semalam

c)

Bank semalam penjenayah berbaju belang itu rompak.

d)

Penjenayah itu merompak bank semalam.

3.

Pilih ayat pasif yang betul bagi ayat aktif di bawah.


Aku memanjat pokok kelapa itu kerana buahnya banyak.

a)

Pokok kelapa itu dipanjat oleh aku kerana buahnya banyak.

b)

Pokok kelapa itu aku panjat kerana buahnya banyak.

c)

Pokok kelapa itu memanjat aku kerana buahnya banyak.

d)

Pokok kelapa aku memanjat kerana buahnya banyak.

4.

Pilih ayat pasif yang betul bagi ayat aktif di bawah.


Anjing hitam yang garang itu menggigit Azlan di belakang bangunan.

a)

Azlan menggigit anjing hitam yang garang itu di belakang bangunan.

b)

Azlan anjing hitam yang garang itu gigit di belakang bangunan.

c)

Di belakang bangunan anjing hitam yang garang itu gigit Azlan.

d)

Azlan digigit oleh anjing hitam yang garang itu di belakang bangunan.

5.

Pilih ayat pasif yang betul bagi ayat aktif di bawah


Beliau mendermakan barang-barang keperluan kepada mangsa banjir.

a)

Barang-barang keperluan beliau derma kepada mangsa banjir.

b)

Barang-barang keperluan beliau dermakan kepada mangsa banjir.

c)

Barang-barang keperluan didermakan oleh beliau kepada mangsa banjir.

d)

Beliau mendermakan barang-barang keperluan kepada mangsa banjir.

6.

Pilih ayat pasif yang betul bagi ayat aktif di bawah.


Kami menjual sayur-sayuran di pasar malam.

a)

Sayur-sayuran menjual kami di pasar malam.

b)

Sayur-sayuran kami jual di pasar malam.

c)

Sayur-sayuran dijual oleh kami di pasar malam.

d)

Sayur-sayuran telah kami jual di pasar malam.

7.

Pilih ayat pasif yang betul bagi ayat aktif di bawah.


Kamu mestilah mematuhi undang-undang negara.

a)

Undang-undang negara mestilah dipatuhi oleh kamu.

b)

Undang-undang negara mestilah kamu mematuhi.

c)

Kamu mestilah patuh kepada undang-undang negara.

d)

Undang-undang negara mestilah kamu patuhi.

8.

Pilih ayat pasif yang betul bagi ayat aktif di bawah.


Ahli Kelab Pencinta Alam memilih Ali sebagai pengerusi pada tahun ini.

a)

Ali telah dipilih oleh ahli Kelab Pencinta Alam sebagai pengerusi pada tahun ini.

b)

Ali ahli Kelab Pencinta Alam pilih sebagai pengerusi pada tahun ini.

c)

Ali dipilih oleh ahli Kelab Pencinta Alam sebagai pengerusi pada tahun ini.

d)

Ali memilih ahli Kelab Pencinta Alam sebagai pengerusi pada tahun ini.

9.

Pilih ayat pasif yang betul bagi ayat aktif di bawah.


Mereka membina sebuah gelanggang badminton secara bergotong-royong pada minggu lepas.

a)

Sebuah gelanggang badminton telah mereka bina secara bergotong-royong pada minggu lepas

b)

Sebuah gelanggang badminton telah dibina oleh mereka secara bergotong-royong pada minggu lepas.

c)

Sebuah gelanggang badminton dibina oleh mereka secara bergotong-royong pada minggu lepas.

d)

Sebuah gelanggang badminton telah dibina mereka secara bergotong-royong pada minggu lepas.

10.

Kita perlulah mendengar nasihat ibu bapa.

a)

Nasihat ibu bapa perlulah didengar oleh kita.

b)

Nasihat ibu bapa perlulah kita dengar.

c)

Nasihat ibu bapa perlulah mendengar kita.

d)

Kita perlulah mendengar nasihat daripada ibu bapa.