wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Bahasa Melayu Pemahaman

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Hakim dan Syahmi pergi ke perpustakaan kerana __________ ingin meminjam buku

a)

dia

b)

kami

c)

beliau

d)

mereka

2.

"__________ mohon beredar, tuanku." Sembah Laksamana Hang Tuah kepada Sultan Melaka.

a)

Beta

b)

Patik

c)

Saya

d)

Hamba

3.

Telah lucu Haji Farish itu __________ hati cucu-cucunya yang pulang ke kampung untuk menziarahinya.

a)

menusuk

b)

mencuit

c)

mengguris

d)

menggores

4.

Kapak yang digunakan oleh Haikal untuk menebang pokok di tepi sungai itu sangat __________ kerana telah diasah terlebih dahulu.

a)

tajam

b)

kukuh

c)

tumpul

d)

cantik

5.

Hanya __________ murid Kelas 5 Fadhilat dan 6 Ehsan yang mengikuti kelas dalam talian ketika musim pandemik Covid-19.

a)

semua

b)

seluruh

c)

sebahagian

d)

seorang

6.

Aiman menyerahkan surat tawaran untuk bersekolah di sekolah asrama penuh __________ ibunya.

a)

daripada

b)

kepada

c)

pada

d)

oleh

7.

Dr. Ain merupakan seorang __________ kosmetik yang pemurah kerana sering menghulurkan bantuan kepada golongan fakir miskin.

a)

jutawan

b)

budiman

c)

karyawan

d)

angkasawan

8.

Farhana mendengar taklimat __________keselamatan persekitaran kerja yang disampaikan oleh Datuk Hakimi, Ketua Bahagian Keselamatan Pekerja Negeri Johor.

a)

oleh

b)

pada

c)

tentang

d)

dengan

9.

Putra menjaga dompetnya dengan cermat agar __________ tercicir

a)

bukan

b)

tidak

c)

betul

d)

terus

10.

" __________, bagusnya bas ini kerana dilengkapi tali pinggang keledar!" kata Muhammad Robert.

a)

Hai

b)

Nah

c)

Wah

d)

Aduh

11.

" Janganlah kita __________ hanya kerana perkara yang remeh-temeh," kata Fatin kepada Dania

a)

bertikam lidah

b)

berpeluk tubuh

c)

berganding bahu

d)

bersengkang mata

12.

Encik Khairil bersetuju untuk menjadi __________ Encik Firash dalam perniagaan makanan sejuk beku.

a)

rakan lama

b)

rakan muda

c)

rakan-rakan

d)

rakan kongsi

13.

Anurikah berjalan dengan bersopan santun sambil memegang __________ payung.

a)

sebuah

b)

sebatang

c)

sekaki

d)

selaras

14.

" __________ awasi murid-murid tahun dua yang sedang berada di dalam bengkel kemahiran hidup," pesan Cikgu Solehin kepada Ketua Murid, Haikal.

a)

Jemput

b)

Jangan

c)

Minta

d)

Sila

15.

Mak Cik Anizah dan anak-anaknya begitu __________ dalam menghadapi pelbagai dugaan selepas kematian suaminya, Pak Cik Alika.

a)

mantap

b)

keras

c)

gigih

d)

tabah

16.

Kejohanan Sukan Sekolah Daerah Pasir Gudang telah diadakan dengan __________ dan meriah di Stadium Bandaraya Pasir Gudang.

a)

tunggang-langgang

b)

gilang-gemilang

c)

gegak-gempita

d)

huru-hara

17.

Raja Adam terlaksa menarik diri daripada Pertandingan Nyanyian Lagu Melayu Asli kerana dia sakit tekak.


Pilih perkataan antonim bagi sakit.

a)

sihat

b)

segar

c)

aktif

d)

cerdas

18.

____________ Syarikat Aunie Sdn. Bhd telah menerima bonus tahunan yang lumayan kerana mereka berjaya meningkatkan prestasi syatikat.

a)

Kakitangan

b)

Setiausaha

c)

Suruhanjaya

d)

Warganegara

19.

Inspektor Danial membaca surat khabar __________ menunggu kedatangan penyampai maklumatnya.

a)

hingga

b)

apabila

c)

manakala

d)

sementara

20.

Hubungan Syafiq dan abangnya, Hanif Riezuan kembali pulih setelah bergaduh kerana ________________.

a)

air yang dicincang tidak akan putus

b)

bagai pinang dibelah dua

c)

bagai anjing dengan kucing

d)

sudah jatuh ditimpa tangga