wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

BM-TAHUN 6-KATA BANYAK MAKNA

Total questions: 40

Worksheet time: 40mins

Name
Class
Date
1.

Pilih ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.

a)

Cahaya hari ini hangat sekali.

b)

Tidak lama lagi, abang akan memperoleh seorang cahaya mata.

c)

Tumbuh-tumbuhan memerlukan cahaya matahari untuk hidup.

d)

Air muka Sara cahaya sekali setelah mendengar berita baik itu.

2.

Pilih ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.

a)

Kawasan yang rendah itu selalu dilanda banjir.

b)

Barang yang murah tidak semestinya bermutu rendah.

c)

Harga kereta nasional lebih rendah daripada harga kereta import.

d)

Kebanyakan murid daripada kelas ini rendah dalam mata pelajaran Sains.

3.

Pilih ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.

a)

Dia diminta bentang permaidani di ruang tamu.

b)

Bentang yang ditarik oleh kerbau itu sudah reput.

c)

Kertas kerja ini akan kami bentang pada petang ini.

d)

Penyakitnya bentang kerana mengingkari arahan doktor.

4.

Pilih ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.

a)

Kami sampai sejambak bunga kepada guru.

b)

Paras banjir di Taman Tuna sudah sampai aras bahaya

c)

Kereta api dari Johor akan sampai pada pukul 8:00 malam.

d)

Sampai hari ini, dia masih belum memulangkan buku cerita itu.

5.

Pilih ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.

a)

Pegawai yang makan suap itu telah ditangkap.

b)

Perjalanan kami tadi makan masa selama setengah jam.

c)

Letupan bom itu telah makan beberapa buah bangunan.

d)

Kemalangan itu berpunca daripada brek keretanya yang tidak makan.

6.

Pilih ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.

a)

Beg itu ringan dan mudah dibawa ke mana-mana.

b)

Usahlah dirisaukan dengan masalah yang ringan itu.

c)

Beberapa orang mendapat cedera ringan dalam kemalangan itu.

d)

Soalan-soalan dalam ujian itu ringan dan mudah diselesaikan.

7.

Pilih ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.

a)

Yusof baru sahaja baik daripada selesema.

b)

Hubungan Aida dengan Nurul memang baik.

c)

Almari buruk itu masih boleh baik dan dapat dijual.

d)

Kesihatannya masih baik walaupun usianya telah lanjut.

8.

Pilih ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.

a)

Bunga tayar kereta itu melintang.

b)

Ailin suka memakai baju yang bunga.

c)

Syarifah menghadiahkan sejambak bunga kepada gurunya.

d)

Emak memperoleh banyak bunga daripada wang simpanannya.

9.

Pilih ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.

a)

Jambatan itu sudah siap bina.

b)

Yoong ambil bina terhadap nasihat gurunya.

c)

Lena mengikuti kursus seni bina di universiti.

d)

Bangunan baharu itu akan kami bina tidak lama lagi.

10.

Pilih ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.

a)

Usianya baru lima tahun.

b)

Adik masuk ke bilik baru tidur.

c)

Ayah Kamariah baru balik dari pejabat.

d)

Kelvin baru membeli sebuah basikal yang berwarna biru.

11.

Ayat-ayat di bawah mungkin menggunakan kata banyak makna dengan betul dan mungkin tidak. Pilih ayat yang menggunakan kata banyak makna dengan betul.

a)

Pada masa lapang emak suka menenam pokok bunga.

b)

Bank itu mengenakan bunga yang tinggi kepada semua peminjamnya.

c)

Ayah telah menukar tayar kereta yang baru kerana bunganya telah haus.

12.

Ayat-ayat di bawah mungkin menggunakan kata banyak makna dengan betul dan mungkin tidak. Pilih ayat yang menggunakan kata banyak makna dengan betul.

a)

Budak itu lemas akibat air pusing ketika mandi di sungai itu.

b)

Gasing itu pusing dengan laju di atas tanah.

c)

Fikiran Mamat pusing apabila mengingatkan hutangnya.

13.

Ayat-ayat di bawah mungkin menggunakan kata banyak makna dengan betul dan mungkin tidak. Pilih ayat yang menggunakan kata banyak makna dengan betul.

a)

Pada Hari Raya Aidilfitri, ayah dan abang memakai sepasang baju Melayu berwarna hijau muda.

b)

Air pasang berlaku pada waktu pagi dan malam.

c)

ibu memberikan sepasang kain batik kepada kakak.

14.

Ayat-ayat di bawah mungkin menggunakan kata banyak makna dengan betul dan mungkin tidak. Pilih ayat yang menggunakan kata banyak makna dengan betul.

a)

Ayah sedang menyabit lalang yang lebat di belakang rumah.

b)

Pokok durian di belakang rumah nenek lebat buahnya.

c)

Guru itu sungguh lebat dalam berkata-kata.

15.

Ayat-ayat di bawah mungkin menggunakan kata banyak makna dengan betul dan mungkin tidak. Pilih ayat yang menggunakan kata banyak makna dengan betul.

a)

Muiz kelihatan lucu apabila memakai baju yang longgar itu.

b)

Kakinya telah longgar akibat bermain bola sepak terlalu lama.

c)

Peraturan sekolah yang agak longgar adalah salah satu punca murid-murid tidak berdisiplin.

16.

Ayat-ayat di bawah mungkin menggunakan kata banyak makna dengan betul dan mungkin tidak. Pilih ayat yang menggunakan kata banyak makna dengan betul.

a)

Muka Aishy pahit apabila ayah tidak membenarkannya pergi berkempen bersama-rakan-rakan,

b)

Jambu batu yang masih muda itu pahit rasanya.

c)

Haji Parus mahu melupakan kisah hidupnya yang pahit ketika anak-anaknya masih kecil.

17.

Ayat-ayat di bawah mungkin menggunakan kata banyak makna dengan betul dan mungkin tidak. Pilih ayat yang menggunakan kata banyak makna dengan betul.

a)

Mesin parut kelapa itu baru dibeli oleh ayah.

b)

Luka pada muka Anuar sudah sembuh tetapi parutnya masih ada.

c)

Parut ayam jantan itu telah calar akibat selalu mematuk batu.

18.

Ayat-ayat di bawah mungkin menggunakan kata banyak makna dengan betul dan mungkin tidak. Pilih ayat yang menggunakan kata banyak makna dengan betul.

a)

Cahaya hari ini hangat sekali.

b)

Tidak lama lagi, abang akan menerima seorang cahaya mata.

c)

Air muka Sara cahaya sekali apabila mendengar berita gembira itu.

19.
I   Cahaya hari ini sangat hangat sekali.
II  Tidak lama lagi, abang akan memperoleh cahaya mata. 
III Tumbuh-tumbuhan memerlukan cahaya matahari untuk hidup.
IV  Air muka Suraya cahaya sekali setelah mendengar berita baik itu. 
a)
I dan II
b)
II dan III
c)
I dan IV
d)
III dan IV
20.
I   Izham lahir dalam keluarga doktor perubatan yang terkenal.
II   Sajak itu lahir daripada hati sanubarinya yang suci.
III   Pokong kacang bendi itu lahir daripada benih yang disemai seminggu yang lalu.
IV  Pelan kompleks sukan itu lahir daripada perbincangan kami kelmarin. 
a)
I, II dan III
b)
I, II dan IV
c)
I, III dan IV
d)
II, III dan IV
21.
I  "Janganlah tawar lagi," kata penjual itu.
II "Saya akan tawar jawatan pengurus kepadanya," kata pemilik syarikat itu.
III  Pidatonya tawar dan tidak bersemangat langsung.
IV   Bisa gigitan lebah di tangannya semakin tawar setelah dia makan ubat itu. 
a)
I dan II
b)
II dan III
c)
I, III dan IV
d)
Semua di atas.
22.

Pilih ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.


I Bunga tayar kereta itu melintang.

II Ailin suka memakai baju yang bunga.

III Syarifah menghadiahkan sejambak bunga kepada

gurunya.

IV Emak memperoleh banyak bunga daripada wang

simpanannya.

a)

I dan IV

b)

III dan IV

c)

I,II, dan III

d)

I, III dan IV

23.

Pilih ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.


I Jambatan itu sudah siap bina.

II Zaril ambil bina terhadap nasihat gurunya.

III Lena mengikuti kursus seni bina di universiti.

IV Bangunan baharu itu akan kami bina tidak lama lagi.

a)

I dan II

b)

I dan III

c)

II dan III

d)

III dan IV

24.

Angin yang bertiup perlahan itu tiba-tiba menjadi garang menyebabkan dedaun berguguran.

a)

kencang

b)

maklumat

c)

idea

d)

meriah

25.

Ketua kampung itu sedang mencari jalan untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh penduduk kampung.

a)

meriah

b)

kencang

c)

maklumat

d)

idea

26.

Kaki

a)

Kaki Khairul terlalu besar untuk kasut itu.

b)

Sekaki payung diambil Lina ketika hujan lebat pada pagi itu.

c)

Lembu Pak Samad ditambat di kaki bukit itu.

27.

Buruk.

a)

Pakaian pengemis itu sangat buruk.

b)

Keadaan bertambah buruk semenjak kami berpindah ke situ.

c)

Ibu membuang bunga mawar yang sudah buruk itu.

28.

I Kasut ini perlu kita tawar harganya.

II Ikan air tawar sedap dibuat gulai asam pedas.

III Mi goreng yang dimakannya itu tawar rasanya.

IV Dia berasa tawar hati hendak menyertai rombongan ke Melaka.

a)

II dan III

b)

III dan IV

c)

I, II dan III

d)

I, II, III dan IV

29.

I Liong baru sahaja baik daripada selesema.

II Hubungan Aida dengan Nurul memang baik.

III Almari buruk itu masih boleh baik dan dapat dijual.

IV Kesihatannya masih baik walaupun usianya telah lanjut.

a)

I dan IV

b)

II dan III

c)

I, II dan IV

d)

II,III dan IV

30.

I Kami dapat melihat kesan tapak kaki harimau ketika melalui denai gajah di dalam hutan itu.

II Merokok dan meminum minuman keras memberikan kesan buruk terhadap kesihatan kita.

III Ibu berasa amat kesan terhadap anak-anak yatim yang tinggal di rumah itu.

IV Mereka tidak lagi bertegur sapa kesan daripada salah faham itu.

a)

I dan IV

b)

II dan III

c)

I, II dan III

d)

I, II dan IV

31.

I Kata-kata Safiah yang tajam itu menyakitkan hati Nurul.

II Yazid dipuji oleh kawan-kawannya kerana mempunyai otak yang tajam.

III Pisau yang baru dibeli oleh ibu semalam sangat tajam.

IV Sazali ialah seorang murid yang tajam dalam bidang kokurikulum di sekolahnya.

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

I, II dan III

d)

II, III dan IV

32.

I Petani itu sedang menampi untuk mengasingkan padi yang hampa.

II Dia berasa sangat hampa kerana permohonannya untuk masuk ke universiti telah ditolak

III Usahlah bertanya kepada orang yang hampa tentang perkara itu.

IV Kehidupan mereka semakin hampa.

a)

I dan II

b)

II dan III

c)

I, II dan III

d)

I, II, III dan IV

33.

I Saya masih ingat akan peristiwa pahit yang menimpa keluaraga saya itu.

II Adik menangis kerana tidak mahu makan ubat yang rasanya agak pahit.

III Buah kedondong ini rasanya pahit kerana masih muda lagi.

IV Nasi goreng yang disediakan oleh kakak ini agak pahit kerana kurang garam.

a)

I dan II

b)

II dan III

c)

I dan IV

d)

III dan IV

34.

I Murdi-murid harus mengambil makanan seimbang agar kesihatan sentiasa segar.

II Selepas bersenam beberapa minit, badan saya berasa segar dan cergas.

III Suasana di Tanah Tinggi Cameron indah serta udaranya segar dan nyaman.

IV Para pengunjung hendaklah menggunakan alatan senaman di taman rekreasi ini dengan segar.

a)

I dan II

b)

II dan III

c)

III dan IV

d)

I dan IV

35.

I Pihak polis sedang mencuba kesan penjenayah itu.

II Ubat yang diberikan oleh doktor itu amat kesan.

III Jerawat batu itu meninggalkan kesan pada muka Azri.

IV Petikan itu tentang pelbagai kesan pencemaran alam sekitar.

a)

I dan II

b)

II dan III

c)

III dan IV

d)

I dan IV

36.

I Nescafe yang dibancuh oleh Ratni manis benar rasanya.

II Jawapan yang diberikan oleh Hasnah itu semuanya benar.

III Tina terpaksa bercakap benar apabila disoal oleh ibunya.

IV Puan Lim berasa serba salah untuk benar anaknya menyertai lawatan itu.

a)

I, dan II

b)

II dan III

c)

I, II dan III

d)

I, II dan IV

37.

I Encik Leong selalu mengambil berat masalah pelajaran anak-anaknya.

II Dia tidak berat menemani saya ke Pulau Pinang esok.

III Encik Tan mengambil makanan berat setiap pagi sebelum pergi ke pejabat.

IV Mei Mei yang kurus itu tidak terangkat beg sekolahnya yang berat itu.

a)

I, II dan III

b)

II, III dan IV

c)

I, II dan IV

d)

I, III dan IV

38.

I Pengetahuannya agak cerah dalam bidang sukan.

II Ibu gemar memakai pakaian yang berwarna cerah.

III Masa depan kamu lebih cerah jika kamu memiliki banyak ilmu pengetahuan.

IV Siti seorang pelajar yang cerah dan berbudi bahasa.

a)

I dan II

b)

II dan III

c)

II dan IV

d)

III dan IV

39.

I Mei Lan keracunan makanan kerana makan nasi lemak pahit yang dijual di warung itu.

II Dia telah banyak mengalami pahit hidup.

III Kehidupan keluarga Amir yang pahit menjadikan dia lebih bersungguh-sungguh untuk mengejar kejayaan.

IV Adik menangis kerana tidak mahu makan peria yang pahit itu.

a)

I dan II

b)

I dan III

c)

II dan III

d)

III dan IV

40.
I   Fikiran ayah runcing memikirkan keadaan adik yang sakit sejak bulan lalu.
II  Perselisihan faham antara Masitah dengan Anisa semakin runcing.
III  kayu-kayu runcing akan dipacakkan ke tanah untuk memagari tanamannya.
IV   Rakyat negara itu berada dalam keadaan runcing berikutan kejadian taufan yang melanda negara tersebut. 
a)
I dan II
b)
II dan III
c)
I, II dan III
d)
II, III dan IV