wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

PERIBAHASA 2

Total questions: 15

Worksheet time: 8mins

Name
Class
Date
1.

Adi adalah seorang yang pandai. Dari kelas 1 sampai dengan kelas 5 SD dia selalu mendapatkan peringkat pertama. Walaupun pandai, dia tidak pernah sombong dan selalu rendah hati.

a)

Air tenang menghanyutkan

b)

Seperti padi, semakin berisi semakin menunduk

c)

Air beriak tanda tak dalam

d)

Seperti api dalam sekam

2.

Badan Puan Aini menjadi kurus kerana telah lama __________ dengan sikap suaminya yang tidak bertanggungjawab itu.

a)

besar hati

b)

ada hati

c)

hati batu

d)

makan hati

3.

Pemuda yang memakai pakaian compang-camping dan bercakap sendirian itu __________.

a)

gelap mata

b)

gila bahasa

c)

kepala batu

d)

kepala angin

4.

Pemuda yang nampak baik itu sebenarnya __________ kerana telah diberkas oleh penduduk kampung.

a)

murah hati

b)

muka tebal

c)

alim kucing

d)

mulut tempayan

5.

Kak Ani menjadi __________ untuk memilih kain-kain yang dijual di gedung pakaian itu.

a)

mata hati

b)

putih mata

c)

sakit mata

d)

rambang mata

6.

Pemuda kampung itu __________ hendak berkahwin dengan penyanyi terkenal.

a)

ada hati

b)

ada jalan

c)

ada bakat

d)

ada angin

7.

Nyatakan peribahasa yang sama maksud dengan peribahasa di bawah.


Membuka pekung di dada

a)

Menepuk air didulang terpercik ke muka sendiri

b)

Sudah dapat gading bertuah tanduk tidak berguna lagi

c)

Seekor kerbau membawa lumpur habis semua terpalit

d)

Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi

8.

Nyatakan peribahasa yang sama maksud dengan peribahasa di bawah.


kerana nila setitik, rosak susu sebelanga

a)

carik-carik bulu ayam akhirnya bercantum jua

b)

banyak udang banyak garam, banyak orang banyak ragam

c)

burung terbang dipipiskan lada

d)

seekor kerbau membawa lumpur habis semua terpalit

9.

Nyatakan peribahasa yang sama maksud dengan peribahasa di bawah.


sudah dapat gading bertuah, tanduk tidak berguna lagi

a)

lain dulang lain kakinya

b)

kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya

c)

habis madu, sepah dibuang

d)

tiada rotan akar pun berguna

10.

Nyatakan peribahasa yang sama maksud dengan peribahasa di bawah.


burung terbang dipipiskan lada

a)

mendengar guruh di langit, air di tempayan dicurahkan

b)

menahan lukah di pergentingan

c)

lembu dogol jangan dibalun

d)

seperti cincin terlekat dijari

11.

Isi tempat kosong dalam petikan di bawah dengan peribahasa yang sesuai.


Penduduk kampung Seronok sentiasa menghadapi susah dan senang bersama-sama ibarat kata peribahasa ___________________

a)

hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah.

b)

ikut resmi padi, makin berisi makin tunduk

c)

ulat lupa akan daun

d)

bagai dakwat dengan kertas

12.

Orang yang cuba membaiki sesuatu yang tidak diketahuinya, akhirnya barang yang dibaiki itu bertambah rosak

a)

Bagai tikus membaiki labu

b)

Bagai menghitung bulu kambing

c)

Banting tulang

d)

Berani mati

13.

Berdamai dan melupakan pertelingkahan

a)

Buang yang keruh, ambil yang jernih

b)

Bagai isi dengan kuku

c)

Bagai dakwat dengan kertas

d)

Banting tulang

14.

Dua orang yang sering bertengkar apabila bertemu

a)

Seperti garam jatuh ke air

b)

Seperti kacang lupakan kulit

c)

Seperti katak di bawah tempurung

d)

Seperti anjing dengan kucing

15.

Pendiam tetapi berfikir atau banyak pengetahuan

a)

Banting tulang

b)

Panjang akal

c)

Makan suap

d)

Diam-diam ubi