wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

TARANUM 4

Total questions: 10

Worksheet time: 3mins

Name
Class
Date
1.

Pernyataan berikut TIDAK BENAR tentang taranum Bayati

a)

Di dalam bahasa Arab memberi maksud rumah atau tempat.

b)

Suatu jenis alunan taranum yang termasyhur oleh qar-qari mesir.

c)

Amat Sesuai sebagai taranum penutup di majlis hafazan dan tilawah

d)

Sebagai asas yang perlu ada dalam mengalunkan ayat ayat al-Quran.

2.

Apakah persamaan sifat taranum nahwand & soba ?

a)

Mempunyai gerak ringan meresap jiwa.

b)

Mempunyai kelincahan menghidupkan persembahan.

c)

Mempunyai ketegasan pendorong semangat.

d)

Memberi penyesuaian kepada ayat yang menunjukkan permohonan dan penceritaan dalam al-quran

3.

Pilih pernyataaan yang PALING TEPAT berdasarkan PERANAN taranum Hijaz

a)

Memberi tenaga kepada taranum yang akan dibaca

b)

Mempunyai kesederhanaan yang memikat jiwa.

c)

Melembutkan bacaan al-Quran

d)

Sesuai dengan ayat merayu dan merintih

4.

Teknik pembelajaran taranum yang berkesan adalah seperti berikut, KECUALI

a)

Sentiasa mendengar alunan taranum dari qari dan qariah yang berpengalaman.

b)

Menggunakan Mushaf resam Uthmani dan seorang guru sahaja dalam pembelajaran tilawah.

c)

Prakktikkan bacaan dengan menyesuaikan jenis taranum dan nada suara berpandukan makna ayat.

d)

Mengenalpasti hukum tajwid, teknik pembacaan yang fasih dan sebutan huruf yang jelas.

5.

Pernyataan berikut BUKAN daripada sifat taranum Soba.

a)

Gerak lambat meresap jiwa.

b)

Alunan lembut yang mendayu.

c)

Sesuai dengan tobaqot sederhana.

d)

Sesuai dengan ayat memohon, merayu dan bercerita.

6.

Peranan taranum nahwand ialah :

a)

Memberi semangat terhadap jiwa pembaca dan pendengar

b)

Memberi penyesuaian kepada ayat yang menunjukkan kegembiraan, permohonan dan penceritaan dalam al-quran

c)

Membawa ketegasan terhadap mesej al-quran

d)

Memberi penyesuaian pada ayat yang menunjukkan perintah dan ancaman

7.

Tokoh-tokoh berikut terlibat dalam penghakiman Majlis Tilawah al-Quran di Malaysia, KECUALI :

a)

Datuk Hj Nik Jaafar bin Nik Ismail

b)

Dato’ Hj Ismail bin Hashim

c)

Dato’ Hj Ahmad Faizul bin Ghazali

d)

Tan Sri Dato’ Shaikh Hj Ismail Muhammad

8.

Pernyataan berikut BENAR tentang sifat-sifat taranum hijaz, KECUALI

a)

Mempunyai ketegasan pendorong semangat.

b)

Mempunyai kelincahan menghidupkan persembahan.

c)

Mempunyai gerak ringan tetapi berkesan.

d)

Mempunyai kesesuaian dengan mana-mana tobaqat.

9.

Pilih pernyataan yang TIDAK BENAR tentang skima pemarkahan Majlis Tilawah al-Quran.

a)

Markah suara adalah paling rendah.

b)

Markah tajwid adalah paling tinggi.

c)

Markah taranum sebanyak 30% sahaja.

d)

Markah fasohah adalah 25% sahaja.

10.

Skima pemarkahan yang PALING TEPAT bagi penghakiman hafazan al-Quran ialah:

a)

Markah hafaz dan lancar mendominasi keseluruhan markah peserta.

b)

Kategori persembahan tidak diambil kira dalam pemarkahan.

c)

Markah tajwid dan fasohah dirangkumkan dengan peranan juri yang sama.

d)

Aspek taranum kurang diambil berat dalam hafazan peserta.