NEW
Font size
WorksheetsKuiz 1 SBLM1013
Total questions: 20
Worksheet time: 40mins
Translating consists in reproducing in the receptor language the closest natural equivalent of the source language message, first in terms of meaning and secondly in terms of style.
Takrif terjemahan di atas dikemukakan oleh
Eugene Nida dan Charles Russell Taber (1969)
Susan Bassnett dan André Lefevere (1992)
Peter Newmark (1995)
J. C. Catford (1965)
Menurut Ducrot dan Tudoroy (1972), bahasa sabir timbul daripada
proses pertukaran maklumat yang penting, iaitu meaning-making merentasi sempadan yang lebih tinggi.
perdagangan, penyebaran agama, penyebaran ilmu pengetahuan memerlukan tingkat pertukaran bahasa yang lebih tinggi lagi.
perjumpaan berkali-kali menyebabkan mereka membiasakan diri dengan bunyi bahasa pihak yang lain dan lama kelamaan mereka dapat mengaitkan kesatuan bunyi bahasa dengan makna.
tahap mengaitkan imej bunyi dengan makna, yang terbatas
kepada satu-satu perkataan, mereka maju dengan meletakkan kata-kata secara berdampingan untuk menimbulkan komunikasi yang lebih luas daripada hanya setakat satu-satu kata.
Manakah antara berikut merupakan kepentingan terjemahan?
I Memperkaya dan meningkatkan pemikiran sesuatu bangsa
II Memperkaya khazanah ilmu sesuatu bahasa
III Menyebarluaskan ilmu pengetahuan
IV Memperkenalkan konsep baharu
I dan II sahaja.
II dan III sahaja.
I, II dan III sahaja.
I, II, III dan IV.
Pilih penyataan yang tepat tentang kriteria terjemahan yang baik.
I Himpunan kamus, tesaurus, istilah serta ensiklopedia yang lengkap turut membantu penterjemah membuat kerja awal peyelidikan sebelum mula menterjemah.
II Menguasai bahasa sumber dengan baik sahaja merupakan jaminan seseorang berupaya menterjemah dengan berkesan.
III Penterjemah mestilah melengkapkan diri dengan pengetahuan ilmu dan budaya yang mencukupi sebelum boleh menterjemah.
IV Sering membaca untuk memastikan yang penterjemah tidak ketinggalan dengan perubahan yang berlaku di sekitarnya.
I dan II sahaja.
I dan III sahaja.
I, II dan III sahaja.
I, III dan IV sahaja.
Teks ____________ merupakan bukti terjemahan yang berlaku antara Kerajaan Melayu Melaka dengan Kerajaan Dinasti Ming.
Daftar kata Teochew
Man La Jia Gua Yi Yu
Xing Tang Shu
Hanbridge
Dua teks terjemahan dihasilkan daripada Pancha Tanderan, iaitu
Gospel dan The Act of the Apostles
Hikayat Abdullah dan Darihal Chapel.
yang pertama sebelum 1786 dari naskah Hindi Parsi dan yang
kedua dari bahasa Tamil oleh Abdullah Munshi dalam kurun ke-18.
yang pertama sebelum 1736 dari naskah Hindi Parsi dan yang kedua dari bahasa Tamil oleh Abdullah Munshi dalam kurun ke-19.
Dalam Kamus Al-Mahmudiah, Syed Mahmud al-Hindi telah mengupayakan tiga strategi terjemahan, iaitu
terjemahan langsung, terjemahan dengan penerangan dan
terjemahan dengan tafsiran.
terjemahan tidak langsung, terjemahan dengan penerangan dan terjemahan dengan tafsiran.
terjemahan literal, terjemahan tanpa penerangan terjemahan tanpa nota kaki.
terjemahan bebas, terjemahan tanpa penerangan dan terjemahan dengan nota kaki.
The Malay School Series dan The Home Library Series merupakan dua siri penerbitan yang dihasilkan oleh
Institut Terjemahan Negara Malaysia
Dewan Bahasa dan Pustaka
Pejabat Karang Mengarang
Kerajaan Johor Riau
Apabila novel Louisa May Alcott 'Little Women' diangkat menjadi filem yang membawa judul yang sama, proses terjemahan yang berlaku daripada buku kepada filem dikenali sebagai terjemahan berbentuk
literal.
intralingual.
komunikatif.
intersemiotik.
Juga dikenali sebagai kaedah terjemahan lama, kaedah hurufiah atau kaedah literal
Mengutamakan pengekalan bentuk teks asal
Menitik beratkan kesepadanan formal
Unsur-unsur bahasa seperti ritma, rentak, bunga bahasa serta nahu-nahu tertentu dikekalkan
Kaedah terjemahan di atas disarankan oleh
Peter Newmark
Etienne Dolet
Eugene Nida
John Dryden
Sebarang bentuk ungkapan lisan atau bertulis yang membawa makna. Teks boleh hadir dalam cetusan pendek seperti ‘oitt’, ‘huh,’ ‘isk’ atau dalam ayat panjang seperti ‘Hal ehwal ekonomi dunia terjejas dengan teruk kesan daripada pandemik Covid-19.'
Dalam bidang Pengajian Terjemahan, konsep di atas dikenali sebagai
teks.
kesepadanan.
keterjemahan.
kebolehpindahan.
Menurut Peter Newmark, apabila penterjemah menterjemahkan ujaran ‘The state of Johor's civil servants are set to get windfall this month' sebagai ‘Penjawat awam Johor mendapat durian runtuh bulan ini', penterjemah dikatakan menterjemah dengan menggunakan kaedah terjemahan
harfiah.
literal.
formal.
idiomatik.
Perkataan “terjemah” dalam bahasa Melayu bersumberkan bahasa
Latin.
Arab.
Yunani.
Jawa.
Teks yang menuntut kerja-kerja terjemahan dilabel sebagai teks
sasaran.
sumber.
penerima.
upahan.
· I slit the sheet, the sheet I slit, and on the slitted sheet I sit
· A skunk sat on a stump and thunk the stump stunk but the stump thunk the skunk stunk
Penterjemah yang berhadapan dengan isu perbezaan antara bahasa sumber dengan bahasa sasaran semasa menterjemah ujaran di atas dikatakan mengalami masalah ___________________ dalam terjemahannya.
ketakbolehterjemahan budaya
ketakbolehterjemahan linguistik
ketakpindahan lambang
ketakpindahan wacana
Bahasa Inggeris -- I am sorry
Bahasa Jepun -- Gomen nasai
Bahasa Melayu -- Maafkan saya
Bhasa Sepanyol -- Lo siento
Bahasa Belanda -- Het spijt me
Bentuk terjemahan di atas dikategorikan oleh Roman Jakobson (1959) sebagai terjemahan
interlingual.
intralingual.
intersemiotik.
parafrasa.
Teks sumber: Have you read the headlines in today’s paper?
Teks sasaran: Sudahkah kamu membaca tajuk-tajuk utama akhbar hari ini?
Peter Newmark menjeniskan kaedah terjemahan dalam petikan di atas yang mengutamakan tatabahasa bahasa sasaran meskipun kata-kata bahasa sumber masih diterjemahkan di luar konteks sebagai terjemahan
dinamik.
hurufiah.
literal.
bebas.
Penyataan berikut benar tentang proses terjemahan, KECUALI
I Penterjemah membaca keseluruhan teks sumber; iaitu dari judul teks (jika ada), perenggan awal hingga perenggan penutup secara berulang.
II Penterjemah membaca teks sumber untuk memahami tujuan teks dihasilkan dan niat penulis asal menghasilkan teks bagi mengetahui konteks teks.
III Proses bacaan teks sumber membantu penterjemah mengenal pasti khalayak teks sasaran.
IV Penterjemah menitikberatkan ayat yang digunakan dalam teks sumber dan gaya yang diupayakan oleh penterjemah semaca membaca teks sumber.
I dan II sahaja.
II dan III sahaja.
I, II dan III sahaja.
I, II, III dan IV.
Asmah Haji Omar (2008) mentakrif terjemahan sebagai
Terjemahan ialah satu tindakan komunikasi yang cuba menyampaikan satu bentuk tindakan komunikasi merentas budaya dan bahasa. Tindakan komunikasi ini mungkin mempunyai tujuan yang berbeza serta khalayak pembaca/pendengar yang berbeza.
Penterjemahan bukan semata-mata proses mengalihkan sistem dan struktur bahasa tetapi sebenarnya memindahkan maklumat daripada satu sistem semiotik kepada sistem semiotik yang lain.
Terjemahan memindahkan teks bahasa sumber ke bahasa sasaran dengan menepati makna dan bentuk teks asal sedekat mungkin dengan menggunakan bahasa sasaran yang baik.
Terjemahan melibatkan penterjemah meneliti kata, struktur tatabahasa, situasi komunikasi dan konteks budaya teks bahasa sumber bagi menentukan makna dan membina makna yang sama dengan menggunakan kata serta struktur tatabahasa yang sesuai dalam bahasa serta konteks budaya bahasa penerima
*Penterjemah mestilah memahami makna dan inti pati yang dihasilkan oleh pengarang asal dan boleh menjelaskan sebarang kekeliruan yang ada dalam teks asal.
* Penterjemah mestilah menguasai bahasa sumber dan bahasa sasaran dengan sebaik-sebaiknya.
*Penterjemah mestilah mengelak daripada menterjemah kata demi kata.
*Penterjemah mestilah mengelak daripada menggunakan bentuk bahasa yang janggal.
*Penterjemah mestilah menyusun kata-kata dengan teratur untuk mengelak berlakunya penggunaan bahasa yang janggal.
Prinsip terjemahan yang dihuraikan di atas diketengahkan oleh
Eugene Nida
John Dryden
Etienne Dolet
Roman Jacobson
