NEW
Font size
WorksheetsImbuhan pinjaman
Total questions: 20
Worksheet time: 10mins
___________itu telah bersetuju untuk membiayai kos pembinaan rumah anak yatim.
Budiman
Hartawan
Sukarelawan
Angkasawan
Antara punca kegagalan pelajar dalam mata pelajaran Bahasa Melayu ialah mereka tidak menguasai __________dengan baik.
tatasusila
tatakerja
tatabahasa
tataetika
Kempen ___________ itu dirasmikan oleh Menteri Kesihatan.
antidadah
antirokok
antisosial
antirasuah
Proses pemasangan kereta dilakukan secara __________ oleh robot.
autograf
automobil
autonomi
automatik
__________ buku sejarah itu ditulis oleh pengarangnya sendiri.
Prasangka
Prakata
Prasejarah
Prasarana
Latihan _______ yang diberikan oleh Cikgu Maznah sangat susah.
tatacara
tatasusila
tatabahasa
tatanegara
Sukan ____ itu akan dianjurkan oleh Singapura pada bulan Disember nanti.
dwimusim
dwibahasa
dwifungsi
dwitahunan
Sekolah antarabangsa itu mempunyai ______ yang serba lengkap
prauniversiti
prasangka
prasejarah
prasarana
Tindakan _____ akan dikenakan kepada kakitangan yang melanggar peraturan syarikat.
tatalaku
tatatertib
tatarakyat
tatanegara
____ itu membuat laporan lintas langsung dari Stadium Bukit Jalil Semasa Perlawanan Badminton Terbuka Malaysia diadakan.
Jutawan
Hartawan
Wartawan
Dermawan
Persembahan nyanyian oleh _____ yang terkenal itu menghiburkan hati para penonton
biduanita
sukarelawati
olahragawati
peragawati
Emak menyapu sedikit cecair _____ pada luka di kaki adik.
antibodi
antikarat
antiseptik
antijenayah
Sudah sepuluh tahun kakak menjadi _____ bagi Pertubuhan MAKNA
olahragawati
sukarelawati
biduanita
seniwati
