wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Latihan Tatabahasa

Total questions: 15

Worksheet time: 8mins

Name
Class
Date
1.

1. Penduduk pedalaman Sarawak menggunakan buluh yang __________ untuk memburu binatang.

a)

pipih

b)

runcing

c)

nipis

2.

2. Pasukan hoki Sekolah Kebangsaan Bestari enggan menyerah kalah walaupun pasukan lawan __________ mendahului perlawanan.

a)

pernah

b)

belum

c)

sedang

3.

3. Ayah menyuruh saya menutup suis televisyen kerana kilat __________ dan hujan turun dengan amat lebat.

a)

sabung - menyabung

b)

pancar - memancar

c)

balas - membalas

4.

4. Walaupun sungai itu cetek, tetapi aliran airnya sangat deras.

Pilih perkataan sinonim bagi perkataan bergaris.

a)

sedikit ... pantas

b)

singkat ... cepat

c)

tohor ... laju

5.

5. Mereka bekerjasama untuk melakukan kerja-kerja menyokong bumbung pondok itu.

Pilih perkataan antonim bagi menyokong.

a)

merobohkan

b)

membina

c)

memasang

6.

6. Murid-murid yang sedang berlatih di padang, lari __________ apabila hujan mulai turun.

a)

berkeliaran

b)

berkejaran

c)

bertempiaran

7.

7. Para tetamu __________ dengan kecantikan pengantin perempuan yang disolek oleh juruandam terkenal itu.

a)

terpukau

b)

terperanjat

c)

terlopong

8.

8. Pokok kelapa di belakang rumah Syamimi condong akibat dipukul __________.

a)

petir

b)

ribut

c)

kilat

9.

9. Aini __________ menghabiskan ubat antibiotikyang diberikan oleh Doktor Nadia bagi merawat penyakitnya itu.

a)

sedang

b)

mesti

c)

masih

10.

10. Cikgu Arifah : Najla, beritahu kepada peserta larian berganti-ganti 4 x 100 meter supaya __________ datang ke sekolah petang ini untuk latihan.

Najla : Baiklah, cikgu.

a)

mereka

b)

kamu

c)

kalian

11.

11. "Gerakan mencari peserta acara larian Gopeng Ultra Trail di kawasan Gua Tempurung, Kampar yang hilang itu akan diteruskan __________ pagi esok," kata Inspektor Irfan selaku jurucakap Polis Diraja Malaysia (PDRM).

a)

dari

b)

hingga

c)

semenjak

12.

12. Para peserta yang menyertai pertandingan berkayak perlu berhati-hati ketika melalui jeram kerana arusnya sangat __________.

a)

kencang

b)

pantas

c)

deras

13.

13. "Izinkan __________ masuk menghadap __________ untuk memaklumkan berita gembira tentang kejayaan Laksamana Hang Tuah menghapuskan petualang lanun di Selat Melaka," beritahu Bendahara Tun Perak kepada Permaisuri Tun Teja.

a)

patik...baginda

b)

hamba...tuanku

c)

hamba...baginda

14.

14. Encik Dahari dan isterinya telah menyediakan __________ jenis juadah semasa majlis sambutan ulang tahun kelahiran anak mereka yang ke-12 baru-baru ini.

a)

pelbagai

b)

setiap

c)

segala

15.

15. Anak-anak kapal itu bersyukur kerana __________ berjaya mengawal kapal daripada terkandas di beting pasir.

a)

jurupandu

b)

jurumudi

c)

juruterbang