Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

DEMOKRASI DAN PILIHAN RAYA

Total questions: 20

Worksheet time: 20mins

Name
Class
Date
1.

Yang manakah termasuk dalam bidang tugas Suruhanjaya Pilihanraya?

a)

mempersempadankan kawasan pilihan raya

b)

menyemak dan mendaftarkan nama pemilih

c)

menentukan calon bertanding

d)

memastikan pilihanraya dilaksanakan setiap 5 tahun

2.

Yang manakah benar tentang kekosongan luar jangka yang berlaku di Dewan Rakyat?

a)

Kekosongan berlaku apabila Parlimen dibubarkan

b)

Kekosongan yang berlaku diisi melalui pilihan raya umum

c)

Kekosongan itu perlu diisi jika ia menjejaskan majoriti parti yang memerintah

d)

Kekosongan yang berlaku mesti diisi dalam tempoh 120 hari daripada tarikh pemberitahuan

3.

Yang manakah benar tentang kekosongan luar jangka Ahli Dewan Rakyat?

a)

Kekosongan kerusi hendaklah diisi dalam masa 60 hari di Sabah dan Sarawak

b)

Persidangan Parlimen hendaklah ditangguhkan sehingga pemilihan baharu dilaksanakan

c)

Yang DiPertua Dewan Rakyat akan memaklumkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya

d)

Ahli Dewan Rakyat yang sedia ada akan mengisi kerusi yang dikosongkan

4.

Yang manakah benar tentang anggota Suruhanjaya Pilihan Raya?

a)

Lantikannya oleh Perdana Menteri

b)

Saraannya di bawah peruntukan Parlimen

c)

Pemecatannya dibuat oleh Jemaah Menteri

d)

Terima jawatannya ditentukan oleh Ketua Setiausaha Negara

5.

Yang manakah sebab seseorang calon yang kalah dalam pilihan raya membuat petisyen pilihan raya?

a)

Calon yang menang tidak berdaftar sebagai pengundi

b)

Calon yang menang mempunyai jentera pilihan raya yang ramai

c)

Calon yang menang tidak patuh terhadap peruntukan undang-undang pilihan raya

d)

Calon yang menang gagal menghantar penyata pilihan raya dalam tempoh yang ditetapkan

6.

Manakah pengundi yang berhak untuk mengundi sebagai pengundi pos?

a)

Pegawai pilihan raya yang menjalankan tugas pada hari mengundi

b)

Pegawai perkhidmatan awam yang bekerja pada hari mengundi

c)

Pesalah yang menjalani hukuman penjara pada hari mengundi

d)

Pesakit yang terlantar di hospital pada hari mengundi

7.

Yang manakah alasan bagi sesuatu keputusan pilihan raya boleh dicabar di mahkamah?

a)

Perbuatan merasuah pengundi yang dilakukan oleh calon pilihan raya

b)

Ketidakpatuhan calon terhadap peruntukan undang-undang pilihan raya

c)

Calon gagal menurunkan poster dan bendera parti selepas hari mengundi

d)

Calon gagal menghantar penyata pilihan raya dalam tempoh yang ditetapkan

8.

Antara berikut, manakah menggambarkan kebebasan dan kepentingan sesebuah suruhanjaya?

a)

Anggota suruhanjaya dipilih dalam pilihan raya umum

b)

Suruhanjaya tidak boleh dianggotai oleh orang politik

c)

Saraan anggota suruhanjaya ditetapkan oleh Kabinet

d)

Anggota Suruhanjaya hanya boleh dipecat oleh Yang DiPertuan Agong melalui tribunal khas

9.

Yang manakah layak mengundi melalui pos dalam pilihan raya?

a)

Seorang pegawai tentera yang sedang bertugas di bawah PBB di luar negara

b)

Seorang pengundi yang sedang bertugas sebagai doktor asing di Singapura

c)

Seorang wanita yang menemani suaminya yang sedang belajar sepenuh masa di London

d)

Seorang pengundi yang mengerjakan umrah di Arab Saudi

10.

Berikut merupakan fungsi Suruhanjaya Pilihanraya KECUALI

a)

menyiapkan daftar pengundi

b)

mengawasi ketenteraman kawasan pilihan raya

c)

memberkas ejen pilihanraya yang melanggar peraturan pilihanraya

d)

melaksanakan pilihanraya untuk kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri

11.

X - Hilang hak kelayakan


Apakah yang menyebabkan X hilang hak untuk mengundi?

a)

Tidak mendaftar sebelum mengundi

b)

Tidak tinggal di kawasan pilihan raya

c)

Menghadapi hukuman mati mandatori

d)

Memperoleh taraf kewarganegaraan asing

12.

Antara berikut, manakah benar tentang pilihan raya di Malaysia?

a)

Seorang banduan yang baru dibebaskan tidak layak membuang undi

b)

Pelajar sepenuh masa di luar negara boleh mengundi secara pos

c)

Persempadanan kawasan pilihan raya perlu dilakukan tidak lewat daripada 5 tahun sekali

d)

Isteri seorang pelajar sepenuh masa yang tinggal bersamanya di luar negara tidak boleh mengundi secara pos

13.

Pilihanraya kecil perlu diadakan kerana

a)

rombakan kabinet

b)

kematian Setiausaha Dewan Negara

c)

kemusflisan Ahli Dewan Undangan Negeri

d)

perletakan jawatan Setiausaha Dewan Rakyat

14.

Yang manakah menunjukkan penglibatan rakyat Malaysia dalam sesebuah negara demokrasi?

a)

Rakyat memilih Ketua Negara

b)

Rakyat diwajibkan mengundi

c)

Rakyat memilih wakil ke Dewan Rakyat

d)

Rakyat berhak memilih kerajaan melalui pilihan raya

15.

Kekosongan kerusi Parlimen Sabah akan diisytiharkan apabila seseorang Ahli Parlimen hilang kelayakannya, meninggal dunia, atau berhenti menjadi ahli


Kekosongan kerusi Parlimen di atas mesti dipenuhi dalam tempoh

a)

60 hari

b)

90 hari

c)

120 hari

d)

180 hari

16.

Menurut Perkara 119(3) Perlembagaan Persekutuan, seorang warganegara akan hilang kelayakan menjadi pemilih dalam pilihanraya umum jika

a)

Dia tidak hadir ke pilihanraya tersebut

b)

Dia menghadapi kecelakaan semasa pilihanraya tersebut dijalankan

c)

Tempat pilihanraya yang jauh dari tempat kediamannya

d)

Pada tarikh kelayakan dia tidak sempurna akal

17.

Yang manakah keanggotaannya bergantung kepada keputusan sesuatu pilihan raya umum secara langsung?

a)

Ahli Dewan Rakyat

b)

Ahli Dewan Negara

c)

Ahli Dewan Undangan Negeri

d)

Ahli Kabinet

18.

Setelah Dewan Undangan Negeri dibubarkan, beberapa perkara tertentu hendaklah dilaksanakan dalam tempoh 120 hari. Yang manakah perkara yang terakhir sekali dilaksanakan?

a)

Penamaan calon yang akan bertanding dalam Pilihanraya

b)

Rakyat membuang undi dalam pilihanraya Dewan Undangan Negeri

c)

Persidangan pertama Dewan Undangan Negeri

d)

Pelantikan Speaker Dewan Undangan Negeri

19.

Yang manakah menggambarkan sistem pemilihan kerajaan di Malaysia?

a)

Perlembagaan Persekutuan menentukan sistem pemilihan kerajaan

b)

Ketua Negara menetapkan tarikh pemilihan kerajaan

c)

Kerajaan dipilih oleh rakyat lima tahun sekali

d)

Perdana Menteri dipilih melalui pilihan raya

20.

Dimanakah segala keputusan berkenaan pertikaian keputusan pilihan raya dibuat?

a)

Mahkamah Tinggi

b)

Mahkamah Rayuan

c)

Mahkamah Persekutuan

d)

Mahkamah Khas