wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

AYAT SAMA MAKSUD

Total questions: 25

Worksheet time: 25mins

Name
Class
Date
1.

Pilih ayat yang sama maksud.


Diana menyelesaikan kerja yang diberikan oleh Cikgu Ali dalam masa setengah jam sahaja.

a)

Semua kerja yang diberikan oleh Cikgu Ali setengah jam yang lepas telah disiapkan oleh Diana.

b)

Kerja setengah jam itu akan diselesaikan oleh Diana seperti yang diarahkan oleh Cikgu Ali.

c)

Dalam masa setengah jam, kerja yang diberi oleh Cikgu Ali dapat disiapkan oleh Diana.

d)

Kerja yang diberi oleh Cikgu Ali telah setengah jam yang lalu disiapkan oleh Diana.

2.

Pilih ayat yang sama maksud.


Akhlak yang baik merupakan manifestasi jiwa yang murni.

a)

Jiwa yang murni ialah gambaran perlakuan yang mulia.

b)

Jiwa yang murni sebati dengan akhlak yang sempurna.

c)

Kemurnian jiwa sentiasa bersama akhlak yang sempurna.

d)

Kemurnian jiwa tidak seiring dengan perlakuan yang sempurna.

3.

Pilih ayat yang sama maksud.


Dalam era ledakan maklumat dan revolusi teknologi, keperluan untuk menuntut ilmu sebanyak yang mungkin sudah menjadi begitu penting.

a)

Ilmu tidak sepenting ledakan maklumat untuk menjadi orang yang berjaya.

b)

Ilmu pengetahuan sangat penting dalam era ledakan maklumat dan perubahan teknologi.

c)

Teknologi maklumat tidak terlalu mementingkan ilmu pengetahuan yang banyak.

d)

Revolusi teknologi dan ledakan maklumat adalah sama dengan ilmu pengetahuan.

4.

Pilih ayat yang sama maksud.


Sungai-sungai di negara ini semakin tercemar kerana tindakan manusia yang tidak bertanggungjawab untuk menjaga kualiti alam sekitar.

a)

Manusia sentiasa bertanggungjawab menjaga kualiti alam sekeliling agar sentiasa bersih.

b)

Manusia menjadi sangat penting apabila sungai semakin tercemar.

c)

Sikap manusia yang mengabaikan peranan terhadap alam sekitar telah menyebabkan sungai-sungai tercemar.

d)

Sungai merupakan unsur alam yang paling diabaikan oleh manusia sekarang sehingga tercemar.

5.

Pilih ayat yang sama maksud.


Pertunjukan itu akan bermula lima minit lagi tetapi penyanyi itu belum tiba jua.

a)

Penyanyi itu masih belum sampai walaupun pertunjukan sudah bermula dalam lima minit.

b)

Hanya selepas lima minit setelah pertunjukan bermula, penyanyi itu pun tiba.

c)

Setelah tiba, penyanyi itu mendapati pertunjukan akan bermula lima minit lagi.

d)

Penyanyi itu masih belum muncul walaupun pertunjukan itu akan bermula lima minit lagi.

6.

Pilih ayat yang sama maksud.


"Mendermalah kepada fakir miskin ," kata Ustaz Faizul kepada Izhar.

a)

Ustaz Faizul menasihati Izhar supaya memberikan derma kepada fakir miskin.

b)

Ustaz Faizul memujuk Izhar supaya mendermakan hartanya kepada golongan miskin.

c)

Ustaz Faizul memerintahkan Izhar supaya menyerahkan wangnya kepada fakir miskin.

d)

Ustas Faizul meminta Izhar supaya menghulurkan wang saku kepada fakir miskin.

7.

Pilih ayat yang sama maksud.


Kawasan dusun datuk kelihatan terang kerana baru dibersihkan oleh Pak Majid.

a)

Pak Majid yang membersihkan kawasan dusun datuk yang baru terang itu.

b)

Kawasan dusun datuk yang baru dibersihkan oleh Pak Majid kelihatan terang.

c)

Kawasan dusun datuk yang baru kelihatan bersih oleh Pak Majid.

d)

Pak Majid baru menerangkan kawasan dusun datuk yang bersih itu.

8.

Pilih ayat yang sama maksud.


Kata Cikgu Siti kepada Ros, "Suruh Laila berjumpa dengan saya di perpustakaan."

a)

Cikgu Siti menyuruh Ros dan Laila berjumpa dengannya di perpustakaan.

b)

Ros menyuruh Laila berjumpanya dan Cikgu Siti di perpustakaan.

c)

Laila ingin berjumpa dengan Ros dan Cikgu Siti di perpustakaan.

d)

Cikgu Siti menyuruh Ros memberitahu Laila supaya berjumpa dengannya di perpustakaan.

9.

Pilih ayat yang sama maksud.


Kedatangan sahabat lamanya itu disambut oleh Puan Sofea dengan tangan terbuka.

a)

Sahabat lamanya itu menyambut kedatangan Puan Sofea dengan tangan terbuka.

b)

Puan Sofea menyambut kedatangan sahabat lamanya itu dengan tangan terbuka.

c)

Kedatangan sahabat Puan Sofea itu lama disambut olehnya dengan tangan terbuka.

d)

Kedatangan Puan Sofea dengan tangan terbuka disambut oleh sahabat lamanya itu.

10.

Pilih ayat yang sama maksud.


Penggambaran filem dokumentari tentang hutan hujan tropika itu diadakan di Taman Negara.

a)

Taman Negara telah menjadi lokasi penggambaran sebuah filem dokumentari.

b)

Taman Negara menjadi tempat penggambaran filem dokumentari tentang hutan hujan tropika itu.

c)

Tayangan filem dokumentari tentang hutan hujan tropika itu dilakukan di Taman Negara.

d)

Taman Negara yang terkenal dengan hutan hujan tropika selalu dijadikan tempat penggambaran filem.

11.

Pilih ayat yang sama maksud.


Para pelajar harus melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti kokurikulum di sekolah.

a)

Di sekolah pelajar akan terlibat dalam aktiviti kokurikulum dengan aktif.

b)

Kegiatan kokurikulum yang diadakan di sekolah perlulah aktif supaya pelajar dapat melibatkan diri.

c)

Pelajar perlu aktif untuk terlibat dalam aktiviti kokurikulum di sekolah.

d)

Pelajar perlu bergiat secara aktif dalam aktiviti kokurikulum di sekolah.

12.

Pilih ayat yang sama maksud.


Aziz meminta Hafiz menjalani pemeriksaan di Hospital Besar Ipoh sebelum keadaan menjadi lebih serius.

a)

Jika keadaan menjadi lebih serius, Aziz meminta Hafiz menjalani pemeriksaan di Hospital Besar Ipoh.

b)

Aziz menggalakkan Hafiz menjalani pemeriksaan yang lebih serius di Hospital Besar Ipoh.

c)

Hafiz akan menjalani pemeriksaan di Hospital Besar Ipoh sekiranya Aziz menyuruhnya berbuat demikian.

d)

Hafiz diminta oleh Aziz agar menjalani pemeriksaan di Hospital Besar Ipoh sebelum keadaan menjadi lebih serius.

13.

Pilih ayat yang sama maksud.


"Bersiap sedialah kamu menghadapi ujian awal tahun nanti," kata Cikgu Ali kepada murid-muridnya.

a)

Cikgu Ali berpesan agar murid-muridnya mengambil ujian awal tahun.

b)

Murid-murid meminta Cikgu Ali mengadakan ujian pada awal tahun.

c)

Murid-murd diminta bersedia menghadapi ujian Cikgu Ali pada awal tahun ini.

d)

Cikgu Ali meminta murid-muridnya bersedia untuk menghadapi ujian awal tahun yang akan datang.

14.

Pilih ayat yang sama maksud.


Guru disiplin telah menangkap lima orang murid yang ponteng sekolah di pusat permainan video.

a)

Lima orang guru disiplin telah menangkap murid yang ponteng sekolah di pusat permainan video.

b)

Guru menangkap lima orang murid yang tidak berdisiplin di pusat permainan video.

c)

Lima orang murid yang ponteng sekolah telah ditangkap di pusat permainan video oleh guru disiplin.

d)

Lima orang murid yang ponteng sekolah telah ditangkap di pusat permainan video kerana tidak berdisiplin.

15.

Pilih ayat yang sama maksud.


Kami membawa mangsa rompakan itu membuat laporan di balai polis.

a)

Mangsa yang membuat laporan di balai polis itu kami bantu.

b)

Mangsa rompakan balai polis yang membuat laporan itu kami bantu.

c)

Kami dibantu oleh mangsa rompakan itu membuat laporan di balai polis.

d)

Mangsa rompakan itu kami bawa ke balai polis untuk membuat laporan.

16.

Pilih ayat yang sama maksud.


"Saya memilih majalah Pelita Bahasa kerana isi kandungannya menarik," kata Rizal.

a)

Rizal menjelaskan bahawa majalah Pelita Bahasa menjadi pilihannya kerana isi kandungannya menarik.

b)

Kerana tertarik oleh isi kandungannya, maka Rizal membeli majalah Pelita Bahasa.

c)

Isi kandungan Pelita Bahasa telah menarik perhatian Rizal untuk membelinya.

d)

Rizal mencadangkan agar majalah Pelita Bahasa dipilih kerana isi kandungannya menarik.

17.

Pilih ayat yang sama maksud.


Buah mempelam yang dihadiahkan oleh pengurus syarikat diagihkan kepada kakitangannya.

a)

Pengurus syarikat buah mempelam memberikan hadiah kepada kakitangannya.

b)

Pengurus syarikat menghadiahkan buah mempelam lalu diagihkan kepada kakitangannya.

c)

Kakitangan syarikat mengagihkan buah mempelam kepada pengurus syarikat.

d)

Kakitangan syarikat mendapat buah mempelam yang dihadiahkan oleh pengurus syarikat.

18.

Pilih ayat yang sama maksud.


Maria mengucapkan tahniah kepada Syazana kerana dia telah berjaya dalam pertandingan bercerita itu.

a)

Kata Maria, "Dia memberikan tahniah kepada Syazana yang berjaya dalam pertandingan bercerita itu."

b)

Kata Maria, "Syazana telah berjaya dalam pertandingan bercerita itu, beri tahniah."

c)

Kata Maria, "Ucapkan tahniah kepada Syazana kerana dia telah berjaya dalam pertandingan bercerita itu."

d)

Kata Maria, "Tahniah, Syazana kerana kamu telah berjaya dalam pertandingan bercerita itu."

19.

Pilih ayat yang sama maksud.


Kamalia menasihati adiknya supaya berhati-hati memilih kawan kerana sebarang kesilapan akan merugikannya.

a)

"Jangan memilih kawan yang merugikan kamu," kata Kamalia.

b)

"Adik saya sentiasa berhati-hati memilih kawan supaya tidak merugikan dirinya," kata Kamalia.

c)

"Adik, kakak cadangkan agar berhati-hati memilih kawan supaya diri kamu tidak rugi," kata Kamalia.

d)

"Berhati-hati semasa memilih kawan agar tidak merugikan kamu," kata Kamalia kepada adiknya.

20.

Pilih ayat yang sama maksud.


Cerita rakyat merupakan satu cabang sastera tradisional yang perlu diketahui dan dihayati oleh kanak-kanak.

a)

Satu cabang cerita rakyat daripada sastera tradisional perlu diketahui dan dihayati oleh kanak-kanak.

b)

Kanak-kanak perlu menghayati dan mengetahui sastera tradisional sebagai satu cabang cerita rakyat.

c)

Sastera tradisional dan cerita rakyat perlu diketahui dan dihayati oleh kanak-kanak daripada satu cabang.

d)

Kanak-kanak perlu mengetahui dan menghayati cerita rakyat sebagai satu daripada cabang sastera tradisional.

21.

Pilih ayat yang sama maksud.


Danial dan Luqman akan singgah di rumah Ikram dalam perjalanan pulang dari sekolah nanti.

a)

"Saya akan singgah di rumah kamu dalam perjalanan pulang dari sekolah nanti," kata Danial kepada Luqman dan Ikram.

b)

"Dalam perjalanan pulang dari rumah Ikram, kami akan singgah di rumah kamu, Luqman," kata Danial.

c)

"Singgahlah di rumah saya semasa kamu pulang dari sekolah nanti," kata Ikram kepada Danial dan Luqman.

d)

"Kami akan singgah di rumah Ikram semasa pulang dari sekolah nanti," kata Danial dan Luqman.

22.

Pilih ayat yang sama maksud.


Oleh sebab cuaca panas, mereka menangguhkan kerja menyiapkan jambatan itu.

a)

Mereka menangguhkan kerja menyiapkan jambatan tersebut jikalau cuaca panas.

b)

Kerja menyiapkan jambatan itu ditangguhkan berikutan cuaca panas.

c)

Dalam keadaan yang panas itu, mereka memberhentikan kerja menyiapkan jambatan.

d)

Kerja menyiapkan jambatan itu ditunda dalam keadaan cuaca panas.

23.

Pilih ayat yang sama maksud.


Pemain-pemain itu giat menjalani latihan untuk membina kecergasan.

a)

Kecergasan untuk pemain-pemain perlu dijalankan secara giat.

b)

Latihan yang giat dapat menjamin pemain-pemain membina kecergasan.

c)

Pemain-pemain perlu giat membina kecergasan melalui latihan.

d)

Untuk membina kecergasan, pemain-pemain itu giat melakukan latihan.

24.

Pilih ayat yang sama maksud.


"Ceritakanlah masalah kamu itu. Mungkin saya dapat menolong kamu, Liana," kata Sarina.

a)

Sarina meminta Liana menolongnya menyelesaikan masalah yang dihadapinya.

b)

Sarina meminta Liana menceritakan masalah yang dialaminya mudah-mudahan dia dapat membantu Liana.

c)

Sarina memaksa Liana menceritakan masalah yang dihadapinya kerana dia hendak menolong Liana.

d)

Sarina menasihati Liana agar menyelesaikan masalah yang dihadapinya.

25.

Pilih ayat yang sama maksud.


Cikgu Nadia menasihati murid-muridnya supaya banyak membaca majalah untuk menambahkan ilmu pengetahuan.

a)

"Kita perlu membaca banyak majalah untuk menambahkan ilmu pengetahuan," jelas Cikgu Nadia kepada murid-muridnya.

b)

"Kamu perlu banyak membaca majalah untuk menambahkan ilmu pengetahuan," kata Cikgu Nadia kepada murid-muridnya.

c)

"Saya dan kamu perlu banyak membaca majalah untuk menambahkan ilmu pengetahuan," ujar Cikgu Nadia kepada murid-muridnya.

d)

"Mereka perlu banyak membaca majalah untuk menambahkan ilmu pengetahuan," nasihat Cikgu Nadia kepada murid-muridnya.