wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

BAB 4 : PEMBIAKAN

Total questions: 50

Worksheet time: 24mins

Name
Class
Date
1.
Pembiakan aseks memerlukan berapa induk?
a)
Satu
b)
Dua
2.
Proses menghasilkan individu baharu dengan kehadiran sel gamet ...
a)
Pembiakan aseks
b)
Pembiakan seks
3.
Persenyawaan ialah proses ............. nukleus sel gamet jantan dan betina.
a)
Pembahagian
b)
Perkongsian
c)
Pembentukan
d)
Percantuman
4.
Sel gamet jantan juga dikenali sebagai .......... dihasilkan di ............
a)
ovum, ovari
b)
sperma, duktus sperma
c)
sperma, testis
d)
ovum, tiub Fallopio
5.
.................... merembeskan bendalir bagi membantu sperma bergerak.
a)
Vesikel Semen
b)
Kelenjar Prostat
c)
Urethra
d)
Testis
6.
Tempat berlakunya percantuman sperma dan ovum?
a)
Uterus
b)
Serviks
c)
Vagina
d)
Tiub Fallopio
7.
Uterus melindungi embrio semasa proses kehamilan dan tempat berlakunya ........ zigot semasa proses kehamilan.
a)
percantuman
b)
persenyawaan
c)
penempelan
d)
pertumbuhan
8.
 Hidra membiak secara ..........
a)
belahan dedua
b)
penjanaan semula
c)
pertunasan
d)
pembiakan vegitatif
9.
Pembahagian sel induk kepada dua sel anak.
a)
Penjanaan semula
b)
Pembiakan aseks
c)
Belahan dedua
d)
embentukan spora
10.
Pundi yang melindungi testis?
a)
Zakar
b)
Skrotum
c)
Uretra
d)
Duktus sperma
11.

Bahagian manakah yang menghasilkan butir debunga?

a)

Petal

b)

Anter

c)

Filamen

d)

Stil

12.

Karpel adalah nama lain bagi

a)

Stamen

b)

Petal

c)

Pistil

d)

Sepal

13.

Debunga _______

a)

Menyimpan sel-sel pembiakan betina

b)

terdapat di organ pembiakan betina

c)

Terdapat di dalam ovari untuk disenyawakan

d)

Menyimpan sel-sel pembiakan jantan

14.

Bunga jenis (a)   mengandungi kedua-dua stamen dan pistil di dalam satu bunga.

15.

Bahagian yang berwarna warni yang dapat menarik perhatian serangga

a)

Sepal

b)

Stil

c)

Filamen

d)

Petal

16.

(a)   adalah tiub yang menghubungkan stigma dan ovari.

17.

Apakah contoh tumbuhan yang agen pendebungaannya adalah air?

a)

Bunga matahari

b)

Bunga betik

c)

Rumput

d)

Elodea

18.

Kacukan kelapa sawit Dura sp. dengan Pisifera sp menghasilkan _______ sp yang mengandungi minyak yang lebih banyak

a)

Tetera

b)

Tenera

c)

Masmadu

d)

Tenara

19.

Apakah yang akan berlaku sebaik sahaja butir debunga jatuh di atas stigma?

a)

Butir debunga terus menembusi ovul

b)

Gamet jantan terus tumbuh di sepanjang stil

c)

Larutan bergula dihujung stigma akan merangsang butir debunga akan bercambah

d)

gamet jantan akan bercantum dengan ovul

20.

Perkara berikut berlaku selepas proses persenyawaan KECUALI

a)

stil akan layu dan gugur

b)

Ovari berkembang menjadi buah

c)

Ovul berkembang menjadi kulit buah

d)

Petal dan sepal menjadi layu

21.

Bahagian ini berfungsi membenarkan gas dan air memasuki biji benih.

a)

Plumul

b)

Radikel

c)

Mikropil

d)

Hilum

22.

Apakah fungsi kotiledon

a)

tempat pelekatan ovul dan ovari

b)

Berkembang menjadi pucuk

c)

Berkembang menjadi akar

d)

Menyimpan makanan yang digunakan oleh embrio apabila mula tumbuh

23.

Apakah nama bahagian C?

(a)  

24.

Jagung bercambah melalui jenis percambahan (a)  

25.

Berapakah suhu yang dikatakan paling sesuai untuk percambahan?

a)

27 - 29 darjah cel

b)

30 - 35 darjah celcius 

c)

28 - 31 darjah ce

d)

32 - 37 dar

26.

Apakah nama sel di atas?

a)

Ovum

b)

Ovari

c)

Sperma

d)

Spema

27.

Ikan menjalankan Persenyawaan?

a)

penjanaan semula

b)

pertunasan

c)

persenyawaan dalam

d)

persenyawaan luar

28.

Tandakan (√) pada pernyataan yang benar tentang cara menjaga kebersihan diri ketika haid

a)

Kerap mandi dan bersihkan badan

b)

Memakai pakaian yang ketat

c)

Kerap menukar tuala wanita

d)

Minum air secukupnya

e)

Elakkan keluar rumah dan bertemu kawan kawan

29.

Rajah menunjukkan proses yang terjadi dalam sistem pembiakan perempuan. Apakah proses ini.

a)

Pengovulan

b)

Persenyawaan

c)

Penempelan

d)

Pembentukan zigot

30.

Namakan peringkat zigot berikut

(a)  

31.

Wanita hamil tidak harus merokok. Terdapat bahan berbahaya yang terkandung dalam asap rokok yang boleh memberi kesan terhadap fetus.

Nyatakan kesan terhadap fetus bagi bahan berbahaya nikotin.

4 lines
32.

Imej menunjukkan suatu pembiakan. Apakah kebaikan pembiakan jenis ini?

a)

Ia menghasilkan individu yang serupa dengan satu induk

b)

Ia menghasilkan variasi dalam anak

33.

Antara pernyataan berikut, yang manakah TIDAK menerangkan tentang pembiakan?

a)

Ia adalah ciri asas semua organisma

b)

Ia boleh menjadi persenyawaan luar atau persenyawaan dalam

c)

Proses penghasilan individu baru

34.

Antara berikut, yang manakah menerangkan tentang persenyawaan luar dengan betul?

a)

Telur dibebaskan ke alam sekitar di luar badan betina

b)

Ia memerlukan organ seks khusus untuk memindahkan sperma daripada badan jantan ke dalam badan betina

c)

Ia dijalankan oleh kebanyakkan haiwan di darat dan sesetengah haiwan akuatik seperti jerung

d)

Bilangan telur yang dihasilkan adalah sedikit

35.

Haiwan seperti anjing membiak seperti organisma yang lain. Terangkan bagaimana anjing membiak.

a)

Anjing membiak melalui pembiakan seks yang melibatkan dua induk daripada jantina berbeza

b)

Anjing membiak melalui pembiakan seks yang melibatkan dua induk daripada jantina yang sama

c)

Anjing membiak melalui pembiakan aseks yang melibatkan dua induk daripada jantina berbeza

d)

Anjing membiak melalui pembiakan aseks yang melibatkan satu induk daripada mana-mana jantina

36.

Dalam pembiakan seks, percantuman gamet jantan dan gamet betina menghasilkan individu baharu yang menunjukkan variasi. Apakah proses X dalam pembentukan zigot?

a)

Replikasi

b)

Pembiakan

c)

Persenyawaan

d)

Pendebungaan

37.

Berapa ramai induk yang terlibat dalam pembiakan seks?

a)

Satu

b)

Dua

c)

Tiga

d)

Empat

38.

Badak sumbu berada di ambang kepupusan. Bagaimanakah kita boleh menghalang ini daripada berlaku?

a)

Letakkan badak Sumatera jauh daripada badak lain

b)

Menggalakkan beberapa badak Sumatera untuk membiak

c)

Lindungi badak Sumatera daripada sebarang bahaya

d)

Mempromosikan badak Sumatera kepada pelancong dengan meletakkannya di zoo

39.

Antara berikut, yang manakah TIDAK benar mengenai persenyawaan KATAK.

a)

Hanya 1 gamet jantan bercantum dengan 1 gamet betina

b)

Ia berlaku akibat persenyawaan luar

c)

Betina menghasilkan gamet yang dipanggil telur

d)

Ia berlaku akibat persenyawaan dalam

40.

Perempuan akan didatangi (a)   apabila telah mencapai akil baligh

41.

Pada umur berapakah seorang perempuan mencapai akil baligh?

a)

15-18 tahun

b)

10-12 tahun

c)

18-20 tahun

d)

20-23 tahun

42.

Haid ialah peluluhan dinding __________ dan salur darah yang keluar melalui faraj

a)

uterus

b)

serviks

c)

tiub fallopio

d)

ovari

43.

Siri perubahan yang berlaku pada dinding uterus dan ovari dikenali sebagai ______________

a)

kitar oksigen

b)

kitar semula

c)

kitar haid

d)

kitar karbon

44.

Berapakah tempoh masa bagi kitar haid yang normal?

a)

7 hari

b)

14 hari

c)

21 hari

d)

28 hari

45.

Antara berikut, yang manakah BUKAN merupakan faktor yang mempengaruhi kitar haid?

a)

Pengambilan nutrien

b)

Perubahan berat badan secara mendadak

c)

Perubahan emosi dan tekanan mental

d)

Penambahan selera makan

46.

Kitar haid mempunyai 4 fasa. Fasa pertama dikenali sebagai ______________

a)

Fasa prahaid

b)

Fasa haid

c)

Fasa subur

d)

Fasa pemulihan

47.

Fasa 1 bermula pada hari pertama haid. Apakah yang berlaku pada fasa ini?

a)

Ovulasi berlaku

b)

Dinding uterus kembali menebal

c)

Dinding uterus, salur darah dan ovum yang mati disingkirkan melalui faraj

d)

Uterus bersedia untuk penempelan embrio

48.

Berdasarkan rajah di atas, fasa manakah yang merujuk kepada fasa subur?

a)

1

b)

2

c)

3

d)

4

49.

Ovum akan dibebaskan oleh ovari semasa fasa subur. Proses ini dikenali sebagai.........

a)

Pengovulan

b)

Persenyawaan

c)

Penempelan

d)

Pembebas

50.

Mengapakah perempuan yang didatangi haid perlu menjaga kebersihan diri seperti menukar tuala wanita dengan kerap?

a)

mengelakkan jangkitan virus dan bakteri

b)

memberikan keselesaan

c)

menyegarkan badan

d)

menghilangkan bau badan