WorksheetsLatih Tubi Pendidikan Islam SPM (Perak)
Total questions: 40
Worksheet time: 21mins
Kepercayaan dan perbuatan karut yang dianggap mempunyai hubungan dengan agama Islam sedangkan pada hakikatnya bertentangan dengan konsep tauhid dan syariah Islam
1. Perkara di atas merujuk
kepada pengertian perbuatan_____________.
A sihir
B syirik
C riddah
D khurafat
2. Hukuman pesalah pencuri dalam Islam
ialah _____________________
A rejam
B potong tangan
C 100 sebatan
D 80 sebatan
3. Mengapakah Allah SWT mengenakan hukuman yang amat berat kepada perompak ?
I Pengajaran kepada masyarakat
II Meruntuhkan institusi kekeluargaan
III Menghilangkan kepercayaan masyarakat
V Pengajaran kepada orang yang melakukannya
Golongan penyokong Saidina Ali yang berjuang menentang Muawiyyah tetapi tidak menerima Majlis Tahkim.
4. Kumpulan tersebut merujuk kepada golongan
A Ahli Sunnah Wa Jamaah
B Syiah Zaidiyah
C Khawarij
D Syiah Imamiah
• Beriktikad bahawa alam bersifat qadim
• Solat secara niat tanpa rukun qauli dan fi’li
5. Pernyataan di atas merujuk kepada ciri kesesatan ajaran __________________.
A Qadiani
B Taslim
C Bahai
D Syiah
6. Orang yang tidak taat kepada Allah SWT dan rasul-Nya dengan melakukan dosa besar atau berterusan melakukan dosa kecil ialah pengertian _____________.
A ‘asi
B munafik
C musyrik
D fasik
• Penerima dan pemberi hutang.
• Barang yang diberi hutang.
• Akad pemberian hutang.
7. Pernyataan di atas menerangkan tentang ________________.
A rukun hutang
B syarat sah hutang
C larangan dalam berhutang
D perkara yang membatalkan hutang
8. Apakah hukum menyembelih binatang tanpa membaca basmalah ?
A sunat
B harus
C haram
D makruh
Mengerjakan umrah terlebih dahulu pada bulan haji, kemudian dikuti dengan mengerjakan haji.
9. Pernyataan diatas merujuk kepada jenis haji
A Tamattuk
B Qiran
C Ifrad
D Mabrur
10. Pilih susunan wali nikah yang betul.
A bapa - datuk - saudara lelaki seibu sebapa - saudara lelaki seibu
B bapa - datuk - saudara lelaki seibu sebapa - saudara lelaki sebapa
C datuk- bapa - saudara lelaki seibu sebapa - saudara lelaki sebapa
D datuk - bapa saudara lelaki seibu sebapa - saudara lelaki seibu
11. Antara yang berikut yang manakah hikmah walimatulurus ?
A Memulia dan menigiktiraf kaum wanita.
B Mengisytiharkan pasangan suami isteri yang sah.
C Melambangkan rasa kasih sayang antara suami dan isteri.
D Melahirkan keikhlasan suami isteri untuk hidup bersama.
• Suami isteri tidak bolek rujuk dalam tempoh idah.
• Boleh berkahwin semula dengan akad dan mahar yang baru.
12. Pernyataan di atas merujuk kepada kesan ________________.
A talak tiga
B zihar
C fasakh
D talak raj’i
13. Siapakah yang telah memerangi golongan yang enggan mengeluarkan zakat dan nabi palsu ?
A Abu Bakar Al-Siddiq
B Umar Bin Al-Khattab
C Usman Bin Affan
D Ali Bin Abu Talib
14. Pilih pernyataan yang benar mengenai al-fai’.
A Cukai yang dikenakan kepada kafir zimmi dalam negara Islam.
B Cukai tanah ke atas pemilik bukan Islam dalam negara Islam.
C Harta rampasan daripada orang kafir harbi tanpa peperangan.
D Harta yang diperolehi daripada orang bukan Islam melalui peperangan.
15. Berikut ialah perjuangan HAMKA kecuali
A mengetuai Front Pertahanan Nasional.
B mendirikan Pusat Latihan Dakwah Muhammadiah.
C melancarkan penentangan terhadap bidaah dan khurafat.
D melancarkan serangan menentang penjajah Inggeris di Indonesia.
• Pusat sumber
• Pusat penterjemahan
16. Pernyataan di atas merujuk kepada kegiatan ________________ dalam bidang pendidikan.
A Kuttab
B Baitulmal
C Baitul Hikmah
D Darul Hikmah
17. Antara yang berikut yang manakah bukan faktor kemerosotan Kerajaan Abbasiah ?
A Kegawatan ekonomi.
B Kelemahan pemerintah.
C Perselisihan aliran fahaman keagamaan.
D Mendapat tekanan daripada pihak kerajaan.
• Tertumpu kepada aktiviti lasak.
• Melibatkan ketahanan fizikal dan mental
18. Apakah jenis rekreasi tersebut ?
A aktif
B pasif
C rohani
D jasmani
19. Pilih pernyataan yang menunjukkan hukum makruh ketika bermusafir.
A Menziarahi orang sakit.
B Bersiar-siar tanpa tujuan.
C Menunaikan umrah di Mekah.
D Membeli belah bersama keluarga.
20. Antara yang berikut yang manakah adab bernegara ?
A Menjaga nama baik negara.
B Memenuhi kehendak peribadi.
C Mewujudkan hubungan silaturrahim.
D Memberi maklumat penting kepada negara lain.
21. Kembali semula taat kepada Allah setelah melanggar perintah Allah merupakan pengertian ___________________.
taubat
insaf
22. Hukuman ke atas orang yang melakukan perbuatan qazaf ialah_________ sebatan.
80
40
23. Melemparkan tuduhan kepada seseorang tanpa bukti merupakan pengertian ____________.
Mengumpat
Fitnah
24. Anak yatim ialah kanak-kanak yang _______________ bapa sebelum umur baligh.
kematian
kehilangan
25. Riba _____________ ialah pertambahan yang diperolehi kerana menangguhkan tempoh pembayaran.
Al-nasiah
Al-fadlu
26. Cara mencapai kemanisan iman ialah __________________ sesama manusia kerana Allah SWT
menyayangi
mengasihi
27. Orang yang tidak beragama digelar sebagai ______________________ .
mulhid
kafir
Rukun Haji :
• Niat
• Wukuf
• “ X”
• Saie
• Bercukur
• Tertib
28. “ X” ialah (a)
Pelaburan Saham menurut Islam :
# Bebas daripada spekulasi
# Y
# Bebas daripada riba
29. “Y” ialah bebas daripada __________________
judi
gharar
30. Merungkai ikatan perkahwinan ialah maksud ___________________
Talak
Khuluk
Li’an
Zihar
31. Menyamakan isteri atau mana-mana anggota isteri dengan ibu atau mana-mana perempuan yang mahram bagi suami ialah maksud ___________________
Talak
Khuluk
Li’an
Zihar
32. Sumpah suami dan isteri yang disertai dengan laknat daripada Allah SWT ialah maksud ___________________
Talak
Khuluk
Li’an
Zihar
33. Kegiatan penulisan, pembukuan dan pembinaan perpustakaan telah mewujudkan beberapa disiplin ilmu yang dikenali sebagai (a)
34. Kitab Imam Abu Hanifah rahimahullah yang berkaitan harta pusaka ialah________________.
Al-Faraid
al-Hakim
al-Musnad
35. Imam Ahmad bin Hanbal rahimahullah digelar __________________ kerana menghafaz lebih daripada 700,000 hadis dan mempunyai pengetahuan yang mendalam dalam ilmu hadis.
al-Hakim
al- Ghazali
al-hufaz
36. Kota ____________________ adalah pusat perdagangan terkenal pada zaman kerajaan Bani Abbasiah.
Basrah
Damsyik
Baghdad
37 Sheikh Tahir Jalaluddin telah menyambung pelajarannya di Universiti al-Azhar dalam jurusan ilmu ___________________.
falak
matematik
38. Pembuangan sisa bahan kilang ke dalam sungai merupakan kesan perbuatan manusia yang tidak bertanggungjawab terhadap _________________
Pencemaran tanah
Pencemaran udara
Pencemaran bunyi
Pencemaran air
39. Penggunaan racun serangga secara berlebihan di dalam kebun kesan perbuatan manusia yang tidak bertanggungjawab terhadap _________________
Pencemaran tanah
Pencemaran udara
Pencemaran bunyi
Pencemaran air
40. Kerja- kerja di kuari yang tidak terkawal merupakan kesan perbuatan manusia yang tidak bertanggungjawab terhadap _________________
Pencemaran tanah
Pencemaran udara
Pencemaran bunyi
Pencemaran air
