wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

PSV TING 4 BAB 5 DAN 6

Total questions: 40

Worksheet time: 20mins

Name
Class
Date
1.

Apakah yang dimaksudkan dengan landskap?

a)

Reka bentuk hiasan bangunan

b)

Susun atur di dalam bangunan

c)

Susun atur elemen di luar rumah

d)

Rekaan elemen hiasan di sekitaran

2.

Reka bentuk landskap terawal dikesan pada tahun 600 SM adalah____________.

a)

Taman al-Hambra

b)

Taman Gantung Babylon

3.

Landskap ini menggambarkan suatu tempat legenda Greek purba yang terkenal dengan keindahannya.

a)

Eradia

b)

Arcadia

c)

Meridian

d)

Mediterranean

4.

Manakah antara berikut peninggalan landskap oleh penjajah Inggeris yang masih wujud hingga kini?

a)

Taman Botani, Putrajaya

b)

Taman Botani, Shah Alam

c)

Taman Tasik Taiping, Perak

d)

Taman Tasik Kenyir, Terengganu

5.

Apakah fungsi dan peranan yang melibatkan aspek perlindungan atau tempat berteduh?

a)

fungsi fizikal

b)

fungsi estetik

c)

fungsi ekonomi

d)

fungsi kesihatan

6.

ALIRAN NATURALISME (1820) -

Aliran ini menitik beratkan lukisan landskap yang mengelilingi lukisan figura badan manusia. Betul atau salah? ( ms 36 - perenggan pertama)

a)

Salah

b)

Betul

7.

ALIRAN NATURALISME (1820) -

Gaya lukisan aliran ini menekankan seni AMITASI iaitu dengan meniru alam semula jadi dan manusia setepat yang mungkin. Betul atau salah? ( ms 36 - perenggan ke2)

a)

Betul

b)

Salah

8.

Mengapakah Dasar Landskap Negara (DLP) dilancarkan?

a)

Menyaingi seni landskap di negara-negara lain

b)

Meningkatkan sumber pendapatan pereka landskap

c)

Mempertahankan pembangunan negara supaya lebih mampan

d)

Bukti keprihatinan kerajaan untuk memartabatkan seni landskap negara

9.

Apakah yang dimaksudkan dengan nurseri atau tapak semaian?

a)

Tempat kanak-kanak belajar landskap sambil bermain

b)

Tempat untuk menyemai benih tanaman sebelum ditanam di tempat kekal atau dipasarkan

c)

Kawasan untuk mendapatkan khidmat nasihat dan menjalankan aktiviti berkaitan bidang pelandskapan

d)

Taman untuk mendidik masyarakat yang berminat dalam bidang landskap agar menjadi pelapis pereka landskap

10.

Antara berikut, yang manakah BUKAN kerjaya yang ditawarkan dalam bidang reka bentuk landskap?

a)

Arkitek landskap

b)

Pereka bentuk landskap

c)

Pembantu kedai landskap

d)

Kontraktor landskap

11.

Apakah tugasan yang dijalankan oleh seorang pensyarah dalam bidang reka bentuk landskap?

a)

Mengenal pasti berkaitan permasalahan setempat dan menyelesaikannya melalui perancangan reka bentuk yang inovatif

b)

Menyediakan perkhidmatan pelan landskap, melakukan kerja-kerja perlandskapan dan penyelenggaraan landskap

c)

Melakukan penyelidikan ilmiah dan pengumpulan data untuk mendapatkan idea yang inovatif sejajar dengan keperluan semasa

d)

Menyediakan tenaga kerja mahir dan separa mahir dalam bidang perlandskapan

12.

Antara berikut, universiti manakah yang TIDAK menawarkan program pengajian dalam bidang reka bentuk landskap?

a)

Universiti Teknologi Malaysia

b)

Universiti Putra Malaysia

c)

Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor

d)

Kolej Universiti Agrosains Malaysia

13.

Apakah skop kerja yang dilakukan oleh seorang kontraktor landskap?

a)

Mengetahui prinsip asas mereka bentuk, membaca pelan dan menguruskan landskap

b)

Memartabatkan bidang seni landskap

c)

Menyediakan pengetahuan dan pendedahan secara teori dan amali dalam bidang perlandskapan

d)

Memberi kesedaran kepada masyarakat akan kepentingan landskap

14.

Siapakah antara berikut yang bertanggungjawab menghasilkan rekaan artistik dan kejuruteraan struktur?

a)

Pensyarah

b)

Arkitek landskap

c)

Usahawan landskap

d)

Kontraktor landskap

15.

Apakah tanggungjawab yang dilaksanakan oleh Jabatan Landskap Negara?

a)

Menyelaraskan reka bentuk landskap

b)

Menyediakan pelan susun atur dan pelan hiasan serta menentukan ciri-ciri binaan

c)

Menyediakan perkhidmatan pelan landskap dan melakukan kerja-kerja perlandskapan

d)

Melaksanakan tanggungjawab menghijaukan negara dan memastikan landskap negara berada dalam keadaan baik

16.

Apakah sektor awam dan swasta yang TIDAK memerlukan khidmat dan tenaga kerja dalam bidang reka bentuk landskap?

a)

Jabatan Landskap Negara

b)

Jabatan Alam Sekitar

c)

Jabatan Tenaga Kerja

d)

Firma Perunding Seni Bina Landskap

17.

Seorang pereka bentuk landskap perlu bijak menggunakan gabungan kepakaran tertentu. Apakah kepakaran tersebut?

a)

Sosial dan ekonomi

b)

Saintifik dan artistik

c)

Pentadbiran dan pengurusan

d)

Artistik dan sosial

18.

Apakah kemahiran asas yang perlu dimiliki oleh seseorang pereka bentuk dalaman?

a)

Kemahiran mengecat rumah

b)

Kemahiran melukis pelan

c)

Kemahiran mewarna lukisan

d)

Kemahiran melukis perabot

19.

Antara berikut, yang manakah BUKAN ruang yang biasanya disusun atur oleh seorang pereka bentuk dalaman?

a)

Ruang hotel

b)

Ruang rumah kediaman

c)

Ruang landskap

d)

Ruang pejabat

20.

Apakah kelayakan minima yang perlu dimiliki oleh seseorang yang ingin menjadi pereka bentuk dalaman profesional?

a)

Lepasan sekolah

b)

Lepasan SPM

c)

Ijazah Sarjana Muda

d)

Ijazah Kedoktoran

21.

Gambar foto di atas menunjukkan susun atur ruang tamu bentuk .......................

a)

U

b)

L

c)

H

d)

pulau

22.

Kaedah pengudaraan berkait rapat dengan aspek ........................

a)

warna dinding

b)

susunan perabot

c)

kedudukan pintu

d)

saiz tingkap

23.

Antara berikut, yang manakah BUKAN peluang kerjaya yang ditawarkan dalam bidang reka bentuk dalaman?

a)

Pelukis pelan

b)

Pereka set

c)

Pereka bentuk dalaman

d)

Pereka animasi

24.

Apakah tugasan yang dilakukan oleh seorang pelukis pelan?

a)

Mewujudkan persekitaran yang selesa, ideal dan menarik hasil gabungan kreativiti, teknikal dan kemahiran

b)

Menyediakan kajian model, lakaran reka bentuk, lukisan kerja dan laporan berkaitan hiasan dalaman

c)

Merancang rekaan set pentas, televisyen dan produksi filem serta drama

d)

Menyediakan sebut harga dengan pembekal dan pekerja

25.

Ruang apakah yang yang ditunjukkan dalam gambar foto di atas?

a)

Ruang bilik

b)

Ruang makan

c)

Ruang tamu

d)

Ruang dapur

26.

Apakah skop kerja yang dilakukan oleh pereka set?

a)

Menyediakan lakaran, membina model dan prototaip

b)

Memberi khidmat nasihat berkaitan warna dan bahan kemasan yang sesuai

c)

Menyediakan lukisan 3D, model set, memberi taklimat dan memantau petugas teknikal

d)

Menyemak lukisan perunding, merekod serta menyelenggara lukisan

27.

Apakah faktor utama kaedah

pencahayaan sesuatu ruang?

a)

Berkait dengan ukuran dan saiz manusia

b)

Berkait dengan kedudukan pintu dan tingkap

c)

Elemen yang melengkapkan sesuatu ruang dalaman

d)

Membangkitkan warna dan keceriaan sesuatu ruang

28.

Gambar foto di atas menunjukkan ruang dalaman sesuatu .........................

a)

ruang tamu rumah

b)

ruang pameran

c)

ruang set pejabat

d)

ruang set pentas

29.

Jika sesebuah bilik diwarnakan dengan warna gelap, apakah kesan yang timbul?

a)

Bilik seakan luas

b)

Bilik seakan sempit

c)

Bilik kelihatan ceria

d)

Bilik sesuai untuk golongan remaja

30.

Jika dinding bilik tidur berwarna hijau muda, apakah warna langsir yang berharmoni dengan warna bilik berkenaan.

a)

Merah

b)

Kuning

c)

Biru

d)

Hitam

31.

Faktor yang manakah lebih sesuai digunakan untuk menimbulkan ruang sempit di dalam sesuatu bilik agar menjadi luar?

a)

Susunan perabotnya

b)

Pilihan warna dan saiz perabot

c)

Peredaran udara

d)

Saiz perabotnya

32.

Keceriaan dan keselesaan sesebuah bilik atau ruang dapat ditentukan melalui ...

a)

cahaya prisma

b)

penyerap cahaya

c)

lampu neon

d)

cahaya

33.

Untul mewujudkan suasana bersih dan nyaman dalam bilik, warna seperti ..............., ...................., dan ................sesuai digunakan.

a)

putih, merah, jingga

b)

putih, jingga, merah

c)

putih, putih susu, kuning cair

d)

putih, merah, biru

34.

Untuk menambahkan kesan cahaya dalam sebuah bilik tidur, kita perlu

a)

tambahkan mentol

b)

gunakan mentol yang berkuasa tinggi

c)

menambahkan tingkap di bilik berkenaan

d)

gunakan mentol yang berkuasa rendah

35.

Dinding yang berwana gelap akan menjadikan dinding kelihatan

a)

luas

b)

sempit

c)

pendek

d)

lebar

36.

Kertas dinding yang berwarna merah jambu amat sesuai untuk bilik tidur.

a)

remaja lelaki

b)

remaja perempuan

c)

tetamu

d)

pasangan dewasa

37.

Apakah kemahiran dan pengetahuan yang perlu diketahui oleh pereka bentuk dalaman?

I Teknologi

II Keselamatan

III Kejuruteraan

I V Bahan kemasan

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

38.

Berikut merupakan simbol-simbol yang digunakan dalam pelan lantai.

Manakah simbol bagi pintu?

a)
b)
c)
d)
39.

Apakah kerjaya yang dimaksudkan oleh pernyataan di bawah


-Bertanggungjawab memberi khidmat nasihat berkaitan warna dan bahan kemasan berdasarkan konsep dan tema yang dipilih-

a)

Pelukis set

b)

Pereka pelan

c)

Pereka ruang pameran

d)

Perunding warna dan bahan kemasan

40.

Apakah yang dimaksudkan dengan pencahayaan dalam reka hiasan dalaman?

a)

Berkait dengan ukuran dan saiz seperti berat dan ketinggian

b)

Berfungsi menyerikan suasana, keselesaan dan membangkitkan perasaan.