NEW
Font size
Worksheetspkp tatabahasa
Total questions: 57
Worksheet time: 30mins
Penemuan tapak kaki harimau di kaki bukit itu ___________ diperkatakan oleh penduduk kampung yang berdekatan.
riuh
heboh
kepoh
bising
Aiman __________ walaupun berulang kali dikejutkan oleh kakaknya untuk bangun sahur.
mati akal
tidur mati
ulit mimpi
Hanis menyusun pinggan ___________ kakaknya mengisi air minuman untuk berbuka puasa.
lalu
untuk
sementara
Pak Mail ____________ cat lama pada dinding sebelum dia ___________ cat yang baharu.
mencuci,mengecat
membasuh,memelas
mengikis,menyapu
Ashikin ____________ terjatuh dari basikalnya kerana mengelak terlanggar seketul batu.
dekat-dekat
nyaris-nyaris
sipi-sipi
Pekerja binaan pencakar langit itu tidak berasa ___________ walaupun bekerja di tempat tinggi.
loya
lalok
gayat
Dabong terletak di_____________ negeri Kelantan dan terkenal dengan tarikan pelancong iaitu Gua Ikan.
hilir
pendalaman
pedalaman
Hang Tuah memiliki ________ keris tersohor iaitu Taming Sari.
selaras
sebilah
sebatang
Cikgu Bob mengambil masa beberapa ___________ untuk menanda kertas penulisan kelasnya.
minit
minggu
hari
Semua rakyat Malaysia __________ dengan arahan kerajaan agar mematuhi SOP semasa menjalani PKP.
lali
akur
lalai
Murid-murid masih boleh menjalani proses pembelajaran secara atas talian ___________ tidak dapat hadir ke sekolah kerana wabak COVID.
lalu
walaupun
hendak
Warda telah dianugerahkan ______________ sekolah kerana pencapaiannya yang cemerlang dalam bidang sukan sementara Haziq pula dianugerahkan sebagai _________ sekolah.
olahragawan /olahragawati
seniwati / seniman
olahragawati / olahragawan
Pada bulan puasa umat Islam _____________ ibadat puasa.
melalui
membaca
menunaikan
Plastik _____________ memudahkan kita untuk melihat kandungan didalamnya.
kalis peluru
lut sinar
kedap air
Sultan Kelantan telah _____________ pada majlis perasmian lebuh raya yang baru dibuka itu.
merafak sembah
menjunjung perintah
mencemar duli
Amalan ________________ amat digalakkan terutamanya semasa sambutan hari raya.
kasih- mengasihi
ziarah- menziarahi
nasihat-menasihati
Emak menyuruh adik mengambilkannya kain ... kerana
tangannya luka.
pencuci
pembalut
pengikat
pelekat
Ketua Kampung Atap mencari ... kepada dermawan
yang baru meninggal dunia itu.
pewaris
pelapis
penama
pengganti
“Siapakah ... yang membuka pintu kota Singapura ini?” titah
Sultan Iskandar Syah.
pembohong
perampas
pembelot
pelawat
Semua ... tanpa izin diarahkan berkumpul di kedutaan
negara masing-masing.
pendorong
penceramah
pendatang
pensyarah
... yang bertugas di stesen radio itu amat petah berbicara.
juruulas
jurucakap
juruhebah
juruacara
... lagu yang amat polular itu sungguh berpengalaman.
penggubah
pengubah
pengarang
penulis
Syuhada akan _______ dengan seorang guru dari Istanbul.
bersuamikan
bersuami
dipersuamikan
dipersuami
Keinginannya untuk ____ anaknya dengan lelaki Inggeris itu terpaksa dilupakan setelah mengetahui lelaki itu sudah _______.
bersuamikan...diperisteri
mempersuami...diperisterikan
dipersuamikan...beristeri
mempersuamikan...beristeri
Hamidah_____ anak gadisnya dengan seorang lelaki dari kampung itu.
memperisterikan
mempersuamikan
memperisteri
mempersuami
Maria_____ lelaki yang dicintainya walaupun ayahnya ingin _____ Maria dengan anak pak ciknya.
mempersuami...memperisterikan
mempersuamikan...memperisteri
mempersuami...mempersuamikan
mempersuamikan...diperisterikan
Puan Syahirah masih belum _____ walaupun sudah lanjut usia.
bersuamikan
diperisterikan
bersuami
diperisteri
Hajatnya untuk _____ anak lelaki orang berada itu tidak kesampaian apabila jutawan itu ______ anaknya dengan seorang gadis jutawan.
mempersuamikan...memperisterikan
memperisterikan...mempersuamikan
bersuamikan... memperisterikan
beristerikan...memperisteri
Walaupun _______ seorang jutawan,kehidupan Puan Mastura bukanlah seperti yang dibayang-bayangkan.
mempersuamikan
dipersuamikan
dipersuami
bersuamikan
Puan Kamariah ________ seorang guru Bahasa Melayu di SMK Buloh Betong, Segamat.
diperisterikan
diperisteri
beristerikan
mempersuamikan
Hani berasa teramat sedih apabila Mona tidak _______ dengan suri hati oleh ibunya.
diperisterikan
dipersuamikan
beristeri
beristerikan
Kendatipun semua anak lelakinya ____ gadis-gadis dari Sarawak,anak perempuan tunggalnya telah ______ dengan seorang lelaki Inggeris oleh Puan Hamidah.
dipersuamikan...diperisteri
memperisteri...dipersuami
dipersuami...dipersuamikan
diperisterikan...bersuamikan
Apakah maksud peribahasa di bawah
Bagai cincin dengan permata
Pasangan yang sama tetapi tidak cantik dan sepadan
Pasangan yang sama cantik dan sepadan
Apakah maksud peribahasa di bawah
Bagaimana acuan begitulah kuihnya
Kelakuan anak mengikut kelakuan ibu bapanya
Kelakuan anak megikut adik-beradiknya
Jurang perbezaan yang terlalu besar
Bagai tikus jatuh ke beras
Bagai bulan jatuh ke riba
Bagai dihiris dengan sembilu
Bagai langit dengan bumi
Orang yang selalu bertengkar
Bagai aur dengan tebing
Air dicincang tidak akan putus
Seperti anjing dengan kucing
Bagai dihiris sembilu
Seseorang yang dianggap tidak berguna dan tidak dipedulikan
Seperti rumput di tepi jalan
Bagai tikus jatuh ke beras
Berpantang maut sebelum ajal
Yang lama dikelek, yang baharu didukung
Kecelakaan yang terjadi secara tiba-tiba tanpa diduga.
Mendengar guruh di langit, air di tempayan dicurahkan
Malang tidak berbau
Bagai telur di hujung tanduk
Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna
Bagai tikus jatuh ke beras bermaksud
Seseorang yang berada dalam keadaan bahaya.
Seseorang yang tidak tahu untuk berbuat apa-apa.
Orang yang mendapat keuntungan dan kedudukan yang mewah.
Seseorang yang mengalami kerisauan.
Penduduk Kampung Selesa selalu bekerjasama dalam melakukan sesuatu _______.
bagai aur dengan lebung
bagai pinang dibelah dua
bagai kacang lupakan kulit
seperti anjing dengan kucing
Pilih jawapan yang betul
Pak Leman menghalau anak itik-anak itik yang berada di atas tangga rumahnya.
anak itik-anak itik - itik
anak itik-anak itik - anak itik
anak itik - anak itik - anak itik-itik
anak itik-anak itik - anak-anak itik
Pilih jawapan yang betul.
Pak Abu mengalami kerugian yang besar apabila kandang ayamnya musnah dalam kebakaran.
kandang ayam - kandang ayam Pak Abu
kandang - reban
menghadapi kerugian - menghadapi kesusahan
Pak Abu mengalami - Pak Abu berhadapan
Pilih jawapan yang betul.
Pak Abu mengalami kerugian yang besar apabila kandang ayamnya musnah dalam kebakaran.
kandang ayam - kandang ayam Pak Abu
kandang - reban
menghadapi kerugian - menghadapi kesusahan
Pak Abu mengalami - Pak Abu berhadapan
Pilih jawapan yang betul
Tahap kesedaran tentang penjagaan kesihatan semakin meninggi dalam kalangan masyarakat
Tiada kesalahan
semakin meninggi - makin meninggi
dalam kalangan - di kalangan
meninggi - meningkat
PILIH PERKATAAN YANG MENJADI KESALAHAN BAHASA DALAM AYAT BERIKUT
Jambatan itu tidak dapat digunakan. Ianya berbahaya kepada pengguna.
Jambatan itu
digunakan
Ianya
kepada
