WorksheetsUnit 14 Hindari Ketagihan Hidup Sejahtera
Total questions: 15
Worksheet time: 11mins
Ketagihan atau dalam keadaan ketagih yang membawa maksud perlakuan atau amalan yang
suka dilakukan
sukar untuk ditinggalkan
sesekali ditinggalkan
tidak suka dilakukan
Berikut ialah jenis ketagihan memudaratkan yang biasa terlibat pada remaja termasuklah ketagihan
minum arak
berjudi
merokok
internet
Pilih pernyataan yang benar berkaitan berjudi
Permainan yang menggunakan wang atau harta sebagai taruhan
Pihak yang kalah akan kehilangan hasil taruhan
Tabiat berjudi dilarang dalam setiap agama
Pemain yang terlibat mesti mempunyai wang yang banyak
Pilih pernyataan yang benar tentang arak
Sejenis minuman beralkohol atau dikenali juga sebagai minuman keras
Minuman yang boleh menyebabkan peminumnya mabuk
Minuman yang boleh menjejaskan sistem saraf dan otak
Ajaran agama seperti Islam melarang penganutnya meminumnya atau terlibat dengan apa jua yang berkaitan dengannya seperti menjual atau menghidangkannya
Pilih pernyataan yang tidak benar tentang rokok
Mengandungi banyak bahan beracun
Mengandungi bahan nikotin yang menyebabkan ketagihan
Merupakan punca kematian kepada 90% pesakit kanser paru-paru
Membebaskan asap yang tidak berbahaya semasa menghisapnya
Berikut adalah pernyataan yang benar berhubung penggunaan internet yang membimbangkan oleh kebanyakan remaja
Melayari internet terlalu lama
Melayari laman yang merosakkan minda
Melayari internet tanpa had
Menggunakan internet untuk pembelajaran
Antara penyatan berikut yang manakah boleh menunjukkan yang seorang itu ketagihan internet?
Berasa murung dan tertekan apabila tidak dapat melayari media sosial
Selalu mengabaikan tugas dan tanggung jawab yang diberikan apabila melayari media sosial
Kerap memilih untuk terus melayari media sosial daripada makan atau keluar bersama-sama keluarga
Menghadkan masa tertentu untuk melayari media sosial
Berikut adalah kesan ketagihan berjudi
Kehabisan wang
Rasa bahagia
Menyebabkan berhutang
Dipandang mulia
Ketagihan remaja terhadap arak boleh menyebabkan
kerosakan organ hati sehingga kesihatan terjejas
kesanggupannya mencederakan ahli keluarga kerana hilang pertimbangan
disukai oleh kawan-kawan kerana nampak hebat
dibuang sekolah sehingga masa depan terjejas
Remaja boleh menangani masalah ketagihan internet dengan cara
hadkan masa penggunaan internet
bahagikan masa yang sewajarnya semasa melayari internet
tetapkan matlamat dan tujuan anda melayari internet
jadikan internet sebagai sumber pengetahuan
Antara cara yang boleh dibuat bagi mengatasi masalah ketagihan arak ialah
berpegang teguh kepada ajaran agama
melakukan aktiviti yang menenangkan diri
mendapatkan sokongan sosial
mengikut kehendak nafsu diri
Yang manakah antara berikut merupakan kesan ketagihan merokok kepada remaja?
Terdedah risiko penyakit berbahaya seperti kanser peparu
Mengalami degupan jantung lebih laju sehingga boleh menjejaskan kesihatan
Berlaku perubahan fizikal seperti obesiti
Mengalami ketidakstabilan emosi seperti cepat marah dan risau
Berikut adalah cara yang boleh dilakukan remaja bagi mengatasi masalah ketagihan merokok termasuklah
menjauhi rakan yang menghisap rokok
mendapatkan bantuan daripada pakar atau doktor
berfikiran positif dan katakan tidak pada rokok
berazam yang kuat untuk berhenti merokok
Berikut merupakan kesan ketagihan internet terhadap remaja kecuali
berasa letih dan mengantuk
gangguan emosi kerana risau
leka dan membuang masa
menyegarkan minda
Sanggup berbohong, mencuri atau menjatuhkan maruah diri demi untuk mendapatkan wang adalah antara kesan ketagihan
merokok
berjudi
meminum arak
internet
