Font size
WorksheetsSEJARAH T3 BAB 5
Total questions: 22
Worksheet time: 12mins
Mengapakah Sultan Brunei menghantar Pengiran Indera Mahkota di kawasan Sungai Sarawak?
Menguasai adat
Membanteras lanun
Menguasai ekonomi
Menjalankan pentadbiran
Pada tahun 1820-an, dalam kalangan masyarakat Melayu tertumpu di Lidah Tanah yang terletak di Sungai Sarawak.
Apakah kepentingan kawasan tersebut?
Pusat perdagangan
Pusat kebudayaan
Pusat keagamaan
Pusat kesenian
Mengapakah Pengiran Raja Muda Hashim meminta bantuan James Brooke?
Mengatasi serangan perompak di Sungai Rajang
Membantu pembinaan infrastruktur di pedalaman
Melakukan pemodenan sistem pentadbiran tempatan
Menyelesaikan masalah di Sarawak
Antara berikut, pilih 2 strategi James Brooke untuk mendapatkan Sarawak?
Menentang pentadbiran Datu Patinggi Ali
Ugutan menyerang Pengiran Raja Muda Hashim
Kehadiran angkatan tentera laut British ke Brunei
Memaksa pembesar tempatan menerima Residen
Maklumat berikut berkaitan dengan perjanjian yang melibatkan James Brooke di Sarawak.
-Perjanjian 1841
-Perjanjian 1842
Apakah kesan daripada kedua-dua perjanjian tersebut?
Menyerahkan ufti tahunan kepada Sultan Brunei
Melantik James Brooke sebagai penasihat sultan
Menamatkan kekuasaan Kesultanan Brunei di Sarawak
Menghapuskan tokoh tempatan yang menentang British
Apakah tujuan penghantaran kapal HMS Dido yang dimiliki oleh angkatan tentera laut British ke Sarawak?
Memerangi ancaman lanun
Menghapuskan perang saudara
Menentang kebangkitan pembesar
Memperkukuh pertahanan Sarawak
James Brooke berjaya memperoleh sokongan daripada sebahagian orang tempatan.
Siapakah orang tempatan yang menyokong James Brooke?
Pilih 2 daripada senarai.
Orang Iban
Orang Kayan
Orang Kenyah
Orang Melayu
Maklumat berikut berkaitan dengan strategi pengukuhan kuasa James Brooke di Sarawak.
-Menghapuskan tokoh tempatan yang menentang kedudukan James Brooke
Siapakah tokoh tempatan yang dibuang oleh James Brooke ke Singapura?
Sharif Masahor
Pengiran Ersat
Datu Patinggi Ali
Pengiran Matusin
Pilih 2 tindakan James Brooke untuk memperkukuhkan pertahanan di Sarawak?
Penubuhan Renjer Sarawak
Pembinaan kubu pertahanan
Penggubalan undang-undang Barat
Penghantaran kapal perang HMS Dido
Sultan Abdul Mumin telah menyerahkan Sungai Rajang kepada James Brooke.
Mengapakah Sultan Abdul Mumin bertindak demikian?
Mengatasi ancaman lanun Batang Lupar
Menyelesaikan isu pembunuhan peniaga di Sarawak
Membangunkan aktiviti perdagangan dan pertanian
Membantu menghapuskan kebangkitan orang tempatan
Mengapakah sistem birokrasi dibentuk di Sabah setelah ditadbir oleh SBUB?
Membantu sultan
Mengetuai jabatan
Mengaut keuntungan
Melicinkan pentadbiran
Pada tahun 1878, Alfred dan Edward Gent telah membuat pajakan terhadap pantai timur Sabah.
Siapakah yang membuat pajakan kawasan tersebut?
Sultan Sulu
Sultan Brunei
Sharif Masahor
Datu Patinggi Ali
Terdapat beberapa syarat SBUB untuk menerima Piagam Diraja.
Apakah 2 syarat tersebut?
Memelihara adat resam penduduk tempatan
Melantik Residen Jeneral sebagai pentadbir
Mempertahankan hak masyarakat tempatan
Melarang penyerahan Sabah kepada pihak lain
Bagaimanakah tindakan Alexander Dalrymple membuat penandaan tersebut?
Menggubal jata negeri
Mendirikan tugu negara
Mengibarkan bendera British
Membina pusat pemerintahan
Bagaimanakah tindakan Raja Brooke memudahkan pentadbiran di Sarawak?
Memperkenalkan sistem pentadbiran Barat
Mewujudkan sistem residensi wilayah Sarawak
Melantik pegawai-pegawai Barat mengetuai jabatan
Membahagikan Sarawak kepada beberapa bahagian
Sarawak telah dibahagikan kepada lima bahagian oleh Dinasti Brooke.
Bahagian-bahagian itu dipecahkan kepada...
Pilih 2 daripada senarai di bawah.
Daerah
Mukim
Wilayah
Kampung
Asas pemilikan dan kekuasaan telah diubah oleh Dinasti Brooke.
Bagaimanakah asas tersebut ditentukan?
Bangsa
Sempadan
Hak percukaian
Dialek pertuturan
Jadual berikut berkaitan dengan pembahagian residensi oleh SBUB di Sabah pada peringkat awal.
Apakah pusat pentadbiran X?
Kudat
Tawau
Jesselton
Lahad Datu
Apakah jawatan yang bertugas untuk membantu Pegawai Daerah menjalankan pentadbiran pada peringkat daerah di Sabah?
Ketua Anak Negeri
Penasihat British
Penghulu
Majistret
Carta berikut berkaitan dengan organisasi di Sarawak.
Apakah X?
Wilayah
Gabenor
Bahagian
Penasihat
Maklumat berikut berkaitan dengan ciri-ciri untuk melantik pentadbir berasaskan kaum di Sabah.
-Personaliti
-Kepakaran
Apakah pentadbir tersebut?
Ketua etnik
Kapitan Cina
Ketua Majistret
Ketua Anak Negeri
Apakah peranan Mahkamah Adat di Sarawak?
Menggubal dasar-dasar kerajaan
Meluluskan undang-undang negeri
Mengiktiraf undang-undang bertulis
Mengadili kesalahan masyarakat tempatan
