Font size
WorksheetsPendidikan Moral Tingkatan 1 Unit 7
Total questions: 20
Worksheet time: 10mins
Sahabat yang berciri positif ialah ...
Mengharapkan balasan
Bersikap prihatin
Penghibur hati
Mementingkan diri
Antara berikut, manakah yang menerangkan tentang sahabat negatif?
Sentiasa memberikan nasihat
Memberikan bantuan dan dorongan
Memberikan pengaruh yang tidak baik
Membentuk tingkah laku yang mulia
Berikut merupakan kebaikan memilih sahabat yang positif, kecuali...
Bersama-sama melakukan aktiviti
Berasa sunyi dan keseorangan
Mendapat bantuan dan sokongan
Dapat belajar bersama-sama
Pemilihan sahabat yang negatif akan memberikan kesan kepada diri seperti
Tidak disukai orang
Menjejaskan nama baik diri dan keluarga
Menjejaskan masa depan
Pelajaran semakin baik
Berikut merupakan cara menjalinkan persahabatan tanpa mengabaikan keluarga kecuali ...
Meminta izin daripada keluarga sebelum berjanji kepada sahabat
Menerima nasihat daripada keluarga
Mengutamakan keluarga daripada sahabat
Bertindak keterlaluan untuk memenuhi kehendak sahabat
Persamaan ciri yang terdapat di antara sahabat positif dan negatif ialah ...
Penghibur hati
Melanggar peraturan
Memberikan bantuan
Sahabat yang berciri negatif akan memusnahkan masa depan kita.
Betul
Salah
Tindakan Yi Wen menolak ajakan sahabatnya untuk membuat ulangkaji bersama.
Betul
Salah
Muthu mengikut ajakan sahabatnya untuk ponteng sekolah setiap hari. Apakah kesan terhadap diri Muthu?
Muthu akan memperoleh keputusan yang cemerlang
Muthu akan diberi hukuman seperti digantung persekolahan
Tingkah laku Mei Mei yang tidak berkasar dengan sahabatnya. Apakah ciri positif yang ada pada Mei Mei?
Mendapatkan perhatian
Bersopan santun
Mengharapkan balasan
Anda mendapati rakan anda sedang meniru semasa peperiksaan, apakah yang anda harus lakukan?
Menasihati rakan supaya tidak meniru
Mendapatkan jawapan dari rakan anda
Senyap dan tidak mengambil tindakan
Maklumkan kepada guru yang bertugas
Berikut merupakan kesan memilih sahabat positif kecuali
mencetuskan tingkah laku antisosial
mempunyai interaksi sosial yang sihat
mendapat nasihat dan teguran yang membina
memupuk perpaduan kaum
Apakah dua kebaikan mempunyai sahabat yang positif
sentiasa bersama-sama dalam segala perkara
belajar dan membuat ulangkaji bersama
bercerita tentang orang lain
mendorong satu dengan yang lain
membeli belah bersama-sama
" rakan anda kalah dalam acara sukan yang disertainya"
Apakah tindakan yang wajar anda lakukan?
mengetawakan rakan anda
membelikan hadiah untuk rakan anda
menangis bersama-sama
mendorong dan menasihatinya untuk terus berusaha
"Ali tidak membayar makanannya ketika makan di kantin"
sebagai sahabat Ali, apakah tindakan anda sebagai sahabat yang positif..
membayarkan makan Ali dan meminta maaf kepada mak cik kantin
melaporkan kepada guru disiplin
membayar makan Ali dan memberikan peringatan kepada Ali
Menasihati Ali dan membawanya ke kantin untuk membayar makanannya
Apakah ciri - ciri kawan yang baik?
Tolong - menolong
Dengki
Memahami antara satu sama yang lain
Malas
Apakah yang dimaksudkan dengan sahabat?
Kenalan baharu
JIran yang baik
Kawan yang sangat baik dan rapat
Abang
Christy bertolak ansur dalam beberapa perkara demi kesejahteraan sahabatnya. Apakah nilai yang diamalkan oleh Christy?
Bertanggungjawab
Toleransi
Rasional
Hormat
Bagaimanakah nilai kerjasama dapat dipraktikkan dalam persahabatan?
Tidak berkongsi nota dengan rakan
Menjayakan satu projek secara bersama sehingga berjaya
Hanya berkawan ketika di sekolah sahja
Tidak membantu rakan yang ketinggalan dalam pelajaran
Sahabat positif sangat diperlukan dalam
bantuan kewangan
pendapat tentang masa depan
menyelesaikan permasalahan kerja rumah
mengisi masa lapang
