WorksheetsPengajian Am p1 latihan 2
Total questions: 45
Worksheet time: 1hrs 7mins
Yang manakah bukan berkaitan dengan ciri-ciri negara berdaulat?
Mempunyai ideologi sendiri
Mempunyai hubungan diplomatik dengan negara lain (Legitimasi)
Bebas membuat keputusan tanpa pengaruh pihak asing/ luar
Mempunyai penduduk yang tinggal tetap di wilayah tadbiran
Di antara mahkamah-mahkamah berikut, yang manakah tidak boleh menjatuhkan hukuman bersalah dalam keputusan
Mahkamah Juvana
Mahkamah Koroner
Mahkamah Perusahaan
Mahkamah Bumiputera
Yang manakah tertakluk kepada kepada kuasa budi bicara Yang di-Pertuan Agong?
memecat Menteri Kabinet
melantik Ketua Hakim Negara
memperkenankan pindaan perbelanjaan kerajaan
memberikan persetujuan kepada permintaan untuk pembubaran Parlimen
Yang manakah sumber kewangan Kerajaan Negeri?
(Pilih 2 jawapan betul)
cukai eksais
hasil bayaran zakat fitrah
bayaran lesen paparan iklan
bayaran kompaun kesalahan trafik
Kim Jong Kok dari Korea ditangkap ketika berada di dalam Kapal Terbang berdaftar di Malaysia kerana membawa senjata berbahaya
Mahkamah manakah yang mempunyai bidang kuasa mengadili kes tersebut di atas?
Mahkamah Negara asal beliau
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur
Perintah ekstradisi ke negara asal beliau
Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur
Yang manakah benar tentang kebebasan Asasi ?
(Pilih 2 jawapan betul)
seseorang pemastautin tetap boleh menyertai pilihan raya di Malaysia
semua rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas wajib mengundi
semua orang adalah sama di sisi undang-undang tanpa mengira keturunan, warna kulit atau agama
semua orang yang ditangkap perlu dihadapkan kepada majistret dalam tempoh 24 jam hari bekerja
Antara pernyataan yang berikut, yang manakah benar mengenai Perbendaharaan ?
Menggubal dasar perkhidmatan awam
Mengesan keperluan dan menjalankan penyelidikan
Menyediakan sistem yang sesuai untuk mendapatkan wang
Menyediakan rancangan pembangunan Kebangsaan Lima Tahun
Encik Raymond mengamuk dengan menggunakan parang panjang di stesen bas Kuantan
Encik Raymond boleh ditahan melalui
Saman
Waran Tangkap
Writ Mahkamah
Tangkapan Tanpa Waran
Yang manakah diambil kira dalam pembahagian bidang kuasa mahkamah awam di Malaysia?
(Pilih 2 jawapan betul)
berat kes dari segi hukuman
jenis kes dari segi sivil atau jenayah
bukti kes yang mencukupi mendakwa seseorang
jumlah wang yang terlibat dalam kes sivil
Tadbir urus terbaik sektor awam berteraskan kepada
(Pilih 2 jawapan betul)
ketelusan pengurusan
karenah birokrasi
Integriti dan Amanah
Penguatkuasaan undang-undang yang ketat
Yang manakah ciri konsep asas sebuah negara?
(Pilih 2 jawapan betul)
Penduduk yang tetap
Mempunyai hubungan diplomatik dengan negara luar
Mempunyai sistem kerajaan yang teratur
Mempunyai identiti sendiri
Yang manakah bidang kuasa tambahan negeri bagi Sabah dan Sarawak?
(Pilih 2 jawapan betul)
Undang-undang dan adat negeri
Perkhidmatan bomba
Pendidikan anak negeri
Pelabuhan dan pengkalan
Hang Li Po, seorang warganegara China, berkahwin dengan Hang Jebat, seorang warganegara Malaysia. Apakah syarat-syarat yang mesti dipenuhi sebelum Hang Li Po menjadi warganegara Malaysia?
(Pilihan 2 jawapan betul)
Dia mesti bermastautin di Malaysia bagi tempoh sekurang-kurangnya 2 tahun
Dia mendapat pekerjaan yang tetap di Malaysia
Dia membuat permohonan melalui cara masukan
Dia berkelakuan baik
Yang manakah jawatan di bawah dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong dan rundingan dengan Majlis Raja-raja?
Jemaah Menteri
Peguam Negara
Ketua Audit Negara
Ketua Setiausaha Kementerian
Doktrin Pengasingan Kuasa yang diamalkan di Malaysia adalah untuk
mengelakkan penyalahgunaan kuasa
melibatkan rakyat dalam pentadbiran
melaksanakan sistem demokrasi tulen
mewujudkan pemerintahan yang adil dan saksama
Yang manakah ciri konsep asas sebuah negara?
(Pilih 2 jawapan betul)
Raja yang berdaulat
Penduduk yang tetap
Sistem ekonomi yang kukuh
Sistem kerajaan yang teratur
Yang manakah membentuk sistem pentadbiran Kerajaan Malaysia?
(Pilih 2 jawapan betul)
Kerajaan Monarki
Raja Berperlembagaan
Ketertinggian Parlimen
Demokrasi Berparlimen
"Suatu badan tidak boleh mengawal atau mengatasi badan yang lain kerana ini akan menyebabkan kepincangan dalam sistem demokrasi
Penyataan di atas merujuk kepada
Pemusatan kuasa
Pengasingan kuasa
Penyelarasan kuasa
Pembahagian kuasa
Tempoh genap lima tahun Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri bermula dari tarikh
Pengundian dijalankan
Penamaan calon pilihan raya
Keputusan pilihan raya diwartakan
Mesyuarat pertama Dewan selepas pilihan raya
Yang manakah kuasa perundangan Yang di-Pertuan Agong ?
Menghadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja
Mengisytiharkan kekosongan kerusi Parlimen
Memberi ucapan dalam mana-mana Majlis Parlimen
Memecat Setiausaha Dewan Rakyat atas nasihat Yang Dipertua Dewan Rakyat
Undang-undang hanya boleh dikuatkuasakan oleh badan eksekutif setelah
diluluskan oleh Dewan Rakyat
diisytiharkan oleh Perdana Menteri
diwartakan sebagai Warta Kerajaan
diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong
Yang manakah yang benar tentang ketertinggian Perlembagaan Persekutuan?
(Pilih 2 jawapan betul)
Undang-undang yang tertinggi negara
Undang-undang yang ada tidak boleh berlawanan dengan Perlembagaan Persekutuan
Yang di-Pertuan Agong mempunyai kedudukan yang tertinggi dalam Perlembagaan Persekutuan
Parlimen mempunyai kuasa penuh untuk membatalkan undang-undang yang bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan
Yang manakah fungsi Suruhanjaya Pilihan Raya?
(Pilih 2 jawapan betul)
Menentukan calon yang bertanding dalam pilihan raya
Memastikan keselamatan pengundi semasa pilihan raya
Menjalankan urusan semakan daftar pemilih pilihan raya
Membuat persempadanan semula bahagian-bahagian pilihan raya
Yang manakah ciri Perlembagaan Persekutuan?
(Pilih 2 jawapan betul)
Tidak boleh dipinda
Mempunyai sifat ketertinggiannya
Mempunyai 15 Bahagian dengan 183 Perkara
Mengandungi undang-undang bertulis dan tidak bertulis
Yang manakah pernyataan yang benar tentang persidangan Parlimen?
Jarak masa antara dua persidangan boleh melebihi selang enam bulan
Parlimen akan bersidang semula dalam tempoh 120 hari selepas tarikh pembubaran
Pembentangan rang undang-undang merupakan mesyuarat penting dalam persidangan Parlimen
Yang di-Pertuan Agong akan menyampaikan titah ucapan perasmian dan penutup persidangan Parlimen
Yang manakah yang benar tentang Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja?
(Pilih 2 jawapan betul)
Setiausaha Majlis Raja-Raja
Perlantikan dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong
Meminta Majlis Raja-Raja bermesyuarat bagi memecat YDPA
Memegang jawatan selama diperkenankan oleh Majlis Raja-Raja
Yang manakah yang benar tentang fungsi Majlis Raja-Raja?
Melantik pemangku raja kepada YDPA
Melantik anggota-anggota Mahkamah Khas
Mengumumkan pelantikan Yang di-Pertuan Agong
Menasihati Yang di-Pertuan Agong tentang pentadbiran negara
Encik Yusuf lahir di Persekutuan selepas bulan September 1962 dan ibunya seorang pemastautin tetap.
Yang manakah cara Encik Yusuf untuk mendapatkan kewarganegaraan Malaysia?
Kuat kuasa undang-undang
Percantuman wilayah
Pendaftaran
Masukan
Yang manakah langkah penyelesaian sekiranya percanggahan berlaku antara undang- undang Persekutuan dengan undang-undang negeri?
Mahkamah akan meminda undang-undang tersebut
Keseluruhan undang-undang negeri akan dibatalkan
Perisytiharaan tidak sah akan dibuat di Dewan Undangan Negeri terlebih dahulu
Undang-undang Persekutuan akan dugunapakai dan undang-undang negeri akan terbatal setakat mana yang bercanggah
Yang manakah pernyataan yang benar tentang peranan sesebuah kerajaan ?
(Pilih 2 jawapan betul)
memastikan keamanan dan kententeraman
menyediakan kemudahan
memberi bantuan kewangan
memberi suaka politik
Tadbir urus yang terbaik dalam sektor awam adalah berteraskan prinsip
(Pilih 2 jawapan betul)
Integriti
Prosedur
Budi Bicara
Akuantabiliti
Yang manakah asas pemberian peruntukan Kerajaan Persekutuan kepada kerajaan negeri?
(Pilih 2 jawapan betul)
Keluasan negeri
Hasil pendapatan negeri
Panjang jalan raya di negeri
Bilangan Penduduk dalam negeri
Encik Sulaiman telah memenangi pilihanraya sebagai ahli Parlimen.
Yang manakah merujuk kepada pernyataan di atas?
(Pilih 2 jawapan betul)
Encik Sulaiman boleh menjadi ahli Dewan Negara
Encik Sulaiman dikenali sebagai ahli Dewan Rakyat
Encik Sulaiman boleh dipilih sebagai Speaker Dewan Rakyat
Tempoh sebagai ahli dewan bergantung kepada Perdana Menteri
Yang manakah menerangkan konsep pembahagian kuasa?
Mengutamakan pembahagian kuasa dalam sistem pentadbiran kerajaan secara jelas
Setiap badan yang terdapat dalam sistem kerajaan melaksanakan tanggungjawab secara berasingan
Badan perundangan persekutuan melaksanakan tanggungjawab yang berlainan dengan badan perundangan negeri
Setiap peringkat kerajaan melaksanakan tanggungjawab berasaskan senarai kuasa yang diperuntukkan perlembagaan
Yang manakah merupakan simbol kedaulatan negara Malaysia
Parlimen
Perlembagaan
Lagu Kebangsaan
Pengasingan Kuasa
Yang manakah benar mengenai konsep ketertinggian perlembagaan?
(Pilih 2 jawapan betul)
Perlembagaan tidak boleh dipinda melainkan dengan kebenaran Parlimen
Kuasa Yang di-Pertuan Agong adalah berasaskan kepada perlembagaan
Perlembagaan merupakan rang undang-undang yang hanya boleh digubal dengan perkenan Majlis Raja-raja
Rang undang-undang yang digubal akan terbatal dengan sendirinya setakat yang bercanggah dengan perlembagaan
Pindaan perlembagaan dalam perkara tertentu mestilah terlebih dahulu memerlukan persetujuan Majlis Raja-Raja sebelum dibawa ke Parlimen
Maklumat di atas berkaitan dengan perkara
Bahasa Melayu
Kabinet Persekutuan
Persempadanan Kawasan Pilihan Raya
Peraturan Pilihanraya
Yang manakah pernyataan yang benar tentang Ketua Audit Negara?
Pelantikannya dibuat oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam
Boleh dipecat oleh Yang di-Pertuan Agong melalui syor tribunal
Bertanggungjawab kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara
Hanya melaksanakan pengauditan akaun Kerajaan Persekutuan
Yang manakah asas pemberian peruntukan Kerajaan Persekutuan kepada Kerajaan Negeri?
(Pilih 2 jawapan betul)
Keluasan negeri
Hasil pendapatan negeri
Panjang jalan raya di negeri
Bilangan penduduk dalam negeri
Yang manakah perlu diberi penekanan oleh organisasi bagi meningkatkan kecekapan pelaksanaan sesuatu program?
(Pilih 2 jawapan betul)
Proses kerja
Bilangan tenaga kerja
Peraturan pelaksanaan
Sumber kos pengurusan
Antara berikut yang manakah benar tentang Senarai Bersama dalam Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan
(Pilih 2 jawapan betul)
Biasiswa
Pendidikan
Perlindungan binatang dan burung liar
Perlindungan penyu dan penangkapan ikan sungai
Yang manakah benar tentang hak kebebasan seseorang
Setiap tahanan mempunyai hak untuk mendapatkan habeas corpus
Seseorang yang ditahan tidak semestinya perlu diberitahu sebab penahanannya
Setiap tangkapan oleh pihak yang bertanggungjawab mesti dengan waran mahkamah
Seseorang yang dibebaskan daripada pertuduhan tidak boleh didakwa lagi atas tuduhan yang sama
Pihak Berkuasa Tempatan boleh mengeluarkan denda terhadap
pemilik kereta yang gagal membayar cukai jalan
pengusaha kosmetik yang menyalahgunakan sijil Halal JAKIM
pengusaha restoran yang tidak menjaga kebersihan premisnya
penduduk yang membuat penyambungan elektrik secara haram
Yang manakah majlis yang ditubuhkan untuk tujuan penyelarasan antara Kementerian Persekutuan dengan kementerian-kementerian?
(Pilih 2 jawapan betul)
Majlis Keselamatan Negara
Majlis Angkatan Tentera
Majlis Tanah Negara
Majlis Perancang Negara
Ketirisan maklumat dalam organisasi perkhidmatan awam boleh dielakkan dengan cara
melebarkan jurang komunikasi antara kakitangan
penggunaan sumber yang ekonomik
prosedur kerja yang lebih kompleks
meningkatkan kemampuan komunikasi penjawat awam
