Font size
WorksheetsBAB 9 HABA TINGKATAN 2
Total questions: 25
Worksheet time: 12mins
Haba boleh mengalir melalui beberapa kaedah atau keadaan iaitu konduksi, perolakan dan sinaran. Pilih padanan cara pengaliran haba dan medium yang betul.
i. Kaedah- konduksi, Medium- pepejal
ii. Kaedah- perolakan, Medium- bendalir
iii. Kaedah- sinaran, Medium- vakuum (tanpa medium)
iv. Kaedah- perolakan, Medium- pepejal
A. i, ii dan iii
B. i, ii dan iv
C. i, iii dan iv
D. ii, iii dan iv
Ali menjerit kerana terkejut sebaik sahaja tangannya tersentuh cerek panas. Bagaimanakah cara atau kaedah pengaliran haba dari cerek yang panas ke tangan Ali?
A. Melalui perolakan
B. Melalui sinaran
C. Melalui konduksi
Ahmad diminta untuk mengangkat pakaian dari ampaian oleh ibunya. Cahaya matahari sepanjang hari telah mengeringkan semua pakaian yang dijemur. Pilih padanan cara pengaliran haba dan medium yang betul.
A. Kaedah- sinaran,
Medium- pepejal
B. Kaedah- sinaran,
Medium- vakuum (tanpa medium)
C. Kaedah- Perolakan,
Medium- bendalir
D. Kaedah- Konduksi,
Medium- pepejal
Yang manakah bukan contoh aplikasi pengembangan dan pengecutan jirim?
jalan keluli
paip plastik
termometer
landasan kereta api
Rajah di atas menunjukkan 2 bongkah yang berbeza jisim dipanaskan dan direndamkan dalam bikar masing-masing. Antara beaker P dan Q, yang manakah mempunyai kandungan haba yang paling tinggi?
(a)
Antara berikut, yang manakah benar tentang bayu laut?
Bayu laut berlaku pada waktu malam.
Bayu laut bertiup dari darat ke laut.
Bayu laut berlaku kerana darat lebih cepat panas daripada laut.
Bayu laut berlaku kerana laut adalah lebih panas daripada darat.
Rumah di negera tropika biasanya dicat putih untuk......
menyerap haba
memantul haba
menyinar haba
mengesan haba
Rajah di bawah menunjukkan kesan haba ke atas jalur dwilogam yang terdiri daripada logam P dan logam Q. Apakah yang menyebabkan pemerhatian ini?
Logam P ialah loyang dan logam Q ialah besi.
Logam P mengecut apabila dipanaskan.
Jirim mengembang apabila dipanaskan.
Logam Q mengembang lebih cepat daripada logam P.
Antara berikut, yang manakah merupakan konduktor haba?
Merkuri
Sarung tangan
Kayu
Pemadam
Antara alat-alat berikut, yang manakah menggunakan jalur dwilogam?
Radio
Dinamo
Kipas elektrik
Penggera kebakaran automatik
Mengapakah kebanyakan kuali berwarna hitam?
Kuali hitam lebih kuat dan tahan lama
Kuali hitam penebat haba lebih baik daripada kuali berkilat.
Kuali hitam menyerap lebih banyak haba
kuali hitam membebaskan lebih banyak haba
Permukaan yang manakah merupakan penyerap dan pembebas haba yang baik?
Gelap dan kusam
Gelap dan berkilat
Cerah dan berkilat
Cerah dan kusam
Rajah di atas menunjukkan sistem penggera kebakaran.
P- Jalur dwilogam mengembang dan membengkok.
Q- Jalur dwilogam menyentuh skru sentuh dan melengkapkan litar
R- Api meningkatkan suhu bilik
S- Loceng penggera kebakaran berbunyi
Pilih urutan langkah-langkah yang betul untuk membuat penggera itu berfungsi
R, P, Q, S
P, Q, R, S
R, Q, P, S
P, R, Q, S
Rajah di atas menunjukkan sistem pemindahan haba dalam sebuah bangunan.Antara aktiviti berikut, yang manakah menggunakan prinsip yang sama seperti di atas?
Membiarkan ais melebur
Memasak air dalam cerek
Menggosok baju dengan seterika
Mencuci baju menggunakan mesin basuh
Seorang pelajar menjalankan suatu eksperimen untuk mengkaji kesan pemanasan dan penyejukan ke atas cecair. Dalam pemerhatiannya, dia mendapati aras air dalam tiub kaca menurun sedikit kemudian naik lebih tinggi dari kedudukan asalnya.Mengapa?
Kelalang mengembang sebelum air
Air mengecut apabila dipanaskan dan mengembang apabila disejukkan.
Kelalang mengembang selepas air
Air mengembang apabila dipanaskan dan mengecut apabila disejukkan
Apakah yang akan berlaku jika kiub ais diletakkan di sekeliling botol jus?
Jus akan terpancut keluar daripada botol
Rasa jus akan bertambah sedap
Suhu botol menurun
Haba mengalir dari suatu objek yang ................ ke suatu objek yang .............
tinggi,rendah
besar, kecil
panas, sejuk
sejuk, panas
Apakah jenis pengaliran haba yang ditunjukkan dalam gambar?
(a)
Apakah jenis pengaliran haba yang ditunjukkan dalam gambar?
(a)
Dalam kaedah KONDUKSI, ZARAH-ZARAH yang menerima tenaga haba...................... dan berlanggar antara satu sama lain.
bergoyang
bergetar
hilang
bergerak
Rajah di atas menunjukkan sebuah iglu. Mengapakah Eskimo tinggal di dalam iglu yang diperbuat daripada ais?
Ais merupakan penebat haba yang baik.
Ais menghalang kehangatan di dalam iglu keluar ke udara luar.
Ais merupakan konduktor haba yang baik.
Rajah di atas menunjukkan perubahan fizikal bagi air. Nyatakan proses yang menyerap haba.
Pendidihan
Peleburan
Kondensasi
Pembekuan
Rajah di atas menunjukkan sebuah teko yang berwarna putih. Mengapakah teko dibuat daripada warna putih?
Mengurangkan kehilangan haba.
Warna putih merupakan penyerap haba yang baik.
Air di dalam teko akan tahan panas lebih lama.
Haba dapat menyerap masuk ke dalam teko dengan cepat
Rajah ini menunjukkan kabel elektrik. Apakah yang terjadi kepada kabel elektrik pada cuaca sejuk?
Kabel elektrik akan meregang.
Kabel elektrik mengembang apabila disejukkan
Kabel elektrik mengecut apabila sejuk.
Kabel elektrik menjadi lebih longgar
Rajah di atas menunjukkan satu eksperimen untuk mengkaji pemindahan haba. Susun rod berdasarkan kekonduksian haba dalam urutan menaik.
Kaca, Besi, Aluminium,Kuprum
Kuprum, Aluminium, Kaca, Besi
Kaca, Aluminium, Kuprum, Besi
Kaca, Besi, Kuprum, Aluminium
