wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

PENDIDIKAN JASMANI DAN PENDIDIKAN KESIHATAN TINGKATAN 2

Total questions: 20

Worksheet time: 20mins

Name
Class
Date
1.

Kriket merupakan permainan dalam kategori ___________.

a)

jaringan

b)

serangan

c)

memadang

d)

sasaran

2.

Apakah nama peralatan ini:

a)

Bet kriket

b)

Bola kriket

c)

Wiket

d)

Jaring kriket

3.

Antara berikut, yang manakah bukan kemahiran memukul bola dalam permainan kriket?

a)

Pukulan tepat

b)

Pukulan bola

c)

Pukulan kilas

d)

Pukulan deras

4.

Bilakah larian dilakukan dalam permainan kriket?

a)

Sebelum pemukul melakukan pukulan.

b)

Selepas pemukul berjaya melakukan pukulan.

c)

Apabila pemukul tidak berjaya melakukan pukulan.

d)

Selepas tamat permainan.

5.

Aspek yang perlu ditekankan bagi memastikan bola yang dilepaskan tepat pada sasaran ialah,

a)

balingan dengan penuh keyakinan.

b)

kemahiran menarik perhatian pihak lawan.

c)

kaedah memegang bola.

d)

ketinggian sudut pelepasan.

6.

Gambar di atas menunjukkan permainan ________________.

a)

Lompat jauh

b)

Lumba jalan kaki

c)

Larian berpasangan

d)

Larian berpagar

7.

Acara lumba jalan kaki boleh dipertandingkan di _____________.

a)

padang

b)

lebuh raya

c)

jalan raya

d)

laluan khas pejalan kaki

8.

Antara teknik perlakuan yang betul ketika permainan lumba jalan kaki ialah;

a)

pandang ke hadapan

b)

pandang ke belakang

c)

pandang ke bawah

d)

pandang ke sisi

9.

Simbol ini merujuk kepada;

a)

kesalahan membengkok lutut.

b)

kesalahan jejak terapung

c)

pembatalan penyertaan

10.

Antara berikut, yang manakah bukan undan-undang dan peraturan lumba jalan kaki?

a)

Perlumbaan yang berlangsung di trek akan diadili oleh 6 orang hakim tidak termasuk ketua hakim.

b)

Kaki belakang tidak boleh meninggalkan trek sehingga tumit kaki depan menyentuh trek.

c)

Amaran akan diberikan sekiranya teknik jalan kaki tidak mengikut peraturan.

d)

Tiga amaran akan diberikan sebelum penyertaan seseorang peserta dibatalkan.

11.

Batas perhubungan yang sihat adalah seperti berikut; kecuali

a)

Rasa hormat

b)

Kejujuran

c)

Salah faham

d)

Kesaksamaan

12.

Cara untuk mengekalkan perhubungan dan pergaulan yang sihat adalah dengan

a)

bergaul bebas tanpa batasan.

b)

tidak menjaga adab antara murid dengan guru.

c)

berkongsi masalah.

d)

menceroboh privasi orang lain.

13.

Berikan satu nama rakan sekelas anda yang anda selesa berkongsi masalah dengannya.

4 lines
14.

Senaraikan 3 ciri-ciri perawatakan menarik yang ada pada diri anda sebagai seorang rakan yang baik.

4 lines
15.

Ketika hendak menjalinkan hubungan persahabatan dengan seseorang, apakah aspek utama yang perlu dinilai?

a)

Kejujuran

b)

Rupa paras

c)

Harta

d)

Keturunan

16.

Penyakit secara umumnya terbahagi kepada dua iatu:

a)

penyakit kronik dan penyakit tidak kronik.

b)

penyakit berjangkit dan penyakit tidak berjangkit.

c)

penyakit keturunan dan penyakit bukan keturunan

d)

penyakit dalaman dan penyakit luaran.

17.

Hipertensi merupakan penyakit,

a)

saluran darah tersumbat

b)

paras gula tinggi.

c)

kesempitan pada saluran pernafasan.

d)

tekanan darah tinggi melebihi bacaan 140/90 mmHg.

18.

Antara cara mencegah penyakit tidak berjangkit adalah:

a)

tambahkan berat badan.

b)

banyakkan tidur.

c)

mengamalkan pemakanan seimbang.

d)

stres

19.

Penderaan seksual terhadap kanak-kanak biasanya dilakukan oleh:

a)

seseorang yang lebih muda.

b)

seseorang yang lemah.

c)

seseorang yang dikenali dan dipercayai oleh kanak-kanak.

d)

seorang yang kaya-raya.

20.

Yang manakah bukan cara menangani gangguan dan penderaan seksual?

a)

Merahsiakan masalah gangguan dan penderaan seksual.

b)

Buat laporan gangguan kepada ibu bapa, guru dan kaunselor.

c)

Berpakaian sopan.

d)

Tidak bebas bersentuhan.