wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Feqah Tahun 2- Mandi Wajib

Total questions: 10

Worksheet time: 6mins

Name
Class
Date
1.

Mandi wajib ialah ..................................................................................................

a)

Mengalir dan meratakan air mutlak ke sebahagian anggota badan dengan niat mandi wajib.

b)

Mengalir dan meratakan air mutlak ke seluruh anggota badan dengan niat mandi wajib.

c)

Mengalir dan meratakan air mutlak ke seluruh anggota badan dengan niat wudhu'.

d)

Mengalir dan meratakan air mutlak ke sebahagian anggota badan dengan niat mandi sunat.

2.

Maksud dalil mandi wajib ini :

Jika kamu berjunub(berhadas besar), maka hendaklah kamu ......................(mandi wajib).

a)

berwudhu'

b)

solat

c)

bersuci

d)

bertayammum

3.

Berikut adalah sebab-sebab mandi wajib, kecuali .....................

a)

melahirkan anak

b)

keluar air mani

c)

keluar darah haid

d)

keluar angin daripada qubul atau dubur

4.

Rukun mandi wajib ada dua.

a)

Betul

b)

Salah

5.

Pilih sunat mandi wajib di antara perkara-perkara di bawah.

a)

Mendahulukan anggota sebelah kanan

b)

Berwudhu'

c)

Memberi salam

d)

Membaca doa selepas solat

e)

Membaca basmalah

6.

Apakah yang perlu dilakukan selepas kita berwudhu' ketika kita mandi wajib?

a)

Membasuh kemaluan

b)

Menghilangkan najis pada badan

c)

Niat mandi wajib

d)

Membaca doa selepas berwudhu'

7.

Alia mendapati tempoh nifasnya telah habis. Apa yang perlu dilakukannya sebelum mahu solat?

a)

Berwudhu'

b)

Mandi wajib

c)

Mandi sunat

d)

Beristinjak

8.

Mandi wajib dilakukan apabila kita berada dalam ..................

a)

Hadas kecil

b)

Hadas besar

c)

Solat fardhu

d)

Solat sunat

9.

Amin menggunakan air hujan untuk mandi wajib. Adakah sah mandi wajibnya?

a)

Sah

b)

Tidak sah

10.

Bilakah kita wajib untuk mandi?

a)

Dalam keadaan hadas besar.

b)

Terbatal wudhu'.

c)

Selepas ketiadaan air.

d)

Ketika hendak membuang air besar.