wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

BM Ting 3 : Sistem Bahasa

Total questions: 50

Worksheet time: 25mins

Name
Class
Date
1.

Kesalahan ejaan

Adik mengambil setongkul jagung yang telah direbus oleh ibu pada pagi tadi.

a)

setongkul- setongkol

b)

direbus- dibakar

c)

jagung- ikan

d)

setongkul- setungkul

2.

Sejak ibu bapanya meninggal, hidup Kamarul melarat dan disisihkan oleh masyarakat sekelilingnya. Pilih peribahasa yang sesuai dengan nasib Kamarul.

a)

Bagai kerakap tumbuh di batu, hidup segan mati tidak mahu.

b)

Berat mata memandang berat lagi bahu memikul.

c)

Seperti embun di hujung rumput.

d)

Bagai layang-layang putus tali.

3.

Pilih peribahasa atau maksud peribahasa yang paling sesuai.


Zanariah dan adiknya selalu bertengkar, namun mereka akhirnya akan berbaik semula.

Keadaan ini samalah seperti…

a)

didengar ada dipakai tiada.

b)

biar mati anak jangan mati adat.

c)

jauhari yang mengenal manikam.

d)

carik-carik bulu ayam, lama-kelamaan bercantum juga.

4.

I Habsah tidak gemar memasak makanan yang rencam kerana kesuntukan masa.

II Kanak-kanak itu dimarahi oleh gurunya kerana masih tidak pandai memakai kain sampin.

III Rosila meluru ke dalam bilik lalu menangis tersedu-sedu sambil memagut bantal gulingnya.

IV Setiap rakyat mempunyai tanggungjawab yang sama untuk membangunkan negara,

baik secara bersendirian ataupun secara kolektif.

a)

I, II dan III

b)

I, II dan IV

c)

I, III dan IV

d)

II, III dan IV

5.

Majlis perkahwinan diraja Tuanku Indera akan diadakan secara besar-besaran memandangkan _________ merupakan bakal pewaris takhta.

a)

patik

b)

tuanku

c)

baginda

d)

hamba

6.

Anugerah __________ sekolah pada tahun ini jatuh kepada Nik Azrul yang mengetuai pasukan bola sepak sekolah.

a)

olahragawan

b)

hartawan

c)

jutawan

d)

pustakawan

7.

Balqis menasihati Ariana __________ sentiasa bertenang walaupun ketika menghadapi situasi panik.

a)

lalu

b)

supaya

c)

kerana

d)

sambil

8.

Farah terkejut _________ namanya diumumkan sebagai juara pertandingan nyanyian itu.

a)

lalu

b)

setelah

c)

apabila

d)

kecuali

9.

Arjun trauma apabila disuruh memandu kereta kerana dia ________ terlibat dalam kemalangan tiga tahun lepas.

a)

sedang

b)

pernah

c)

telah

d)

belum

10.

Beberapa orang pemanggil yang bertuah _______________ menyertai majlis makan malam bersama selebriti kesayangan mereka.

a)

akan dapat

b)

masih belum

c)

sudah boleh

d)

belum boleh

11.

Sugesh dan Hui Gan sampai di sekolah lalu memrakir basikal __________ di kawasan khas.

a)

tiap-tiap

b)

masing-masing

c)

sendiri-sendiri

d)

berdua-dua

12.

Sumbangan berupa pakaian terpakai dan barangan keperluan itu __________ daripada warga SMK Kwang Hua.

a)

ialah

b)

adalah

13.

Majlis Kanser Nasional ( MAKNA ) _________ sebuah pertubuhan sosial yang berkaitan dengan pesakit-pesakit kanser.

a)

ialah

b)

adalah

14.

Antara negeri di ____________ Malaysia yang pernah saya lawati ialah Perlis dan Kedah.

a)

selatan

b)

timur

c)

barat

d)

utara

15.

" _________, pertikaikan keputusan juri kerana keputusan mereka adalah muktamad," kata pengacara majlis.

a)

Jangan

b)

Sila

c)

Tolong

d)

Minta

16.

"____________, baiki kasut saya yang sudah rosak ini," kata Cik Angel kepada tukang kasut itu.

a)

Jangan

b)

Tolong

c)

Sila

d)

Jemput

17.

___________, banyak sungguh tanaman datuk kamu di kebun ini!

a)

Oh

b)

Wah

c)

Aduh

d)

Eh

18.

_________, kamu sungguh hebat kerana berjaya dalam pertandingan bercerita!

a)

Oh

b)

Aduhai

c)

Syabas

d)

Cis

19.

Sekumpulan pekerja sedang berusaha untuk ____________ parit di kawasan rendah itu.

a)

mendalami

b)

mendalamkan

c)

pedalamkan

d)

pedalaman

20.

Anuar ___________ radio yang sudah lama rosak itu sehingga dapat berfungsi dengan baik semula.

a)

membaiki

b)

membaikkan

c)

perbaik

d)

baikkan

21.

Istana Alam Shah yang terletak di Bandar Diraja Klang ialah tempat ________ Sultan Selangor sebelum berpindah ke Istana Kayangan, Shah Alam.

a)

bersemayam

b)

bersiram

c)

bertabal

d)

beradu

22.

Umar menunggu kawannya ___________ pukul tiga hingga empat petang.

a)

daripada

b)

pada

c)

dari

d)

di

23.

Keadaan di lebuh raya pada malam itu ___________ kerana tiada kenderaan yang lalu-lalang.

a)

kelam

b)

gelap

c)

sunyi

d)

senyap

24.

Encik Sulaiman menghadiahkan ___________ cincin berlian kepada isterinya bersempena dengan ulang tahun perkahwinan mereka.

a)

seutas

b)

sebutir

c)

sebilah

d)

sebentuk

25.

Pandangan Pak Yusof _________ setelah kepalanya terhantuk pada bucu tiang garaj keretanya itu.

a)

bersinar-sinar

b)

berpinar-pinar

c)

berbalam-balam

d)

berpusing-pusing

26.

Puan Naemah lebih suka menggunakan kad telefon _________ syarikat tersebut kerana liputan taliannya yang lebih meluas.

a)

prabawa

b)

pracukai

c)

prabayar

d)

prasyarat

27.

Kami dapat melihat perahu-perahu nelayan yang ____________ dipukul ombak ketika mengambil angin di tepi pantai itu.

a)

terliang-liuk

b)

terolang-aling

c)

terkontang-kanting

d)

terpontang-panting

28.

Semua pihak memberikan sokongan yang __________ kepada Yang Dipertua PIBG yang baharu itu.

a)

padu

b)

teguh

c)

gagah

d)

kukuh

29.

kesalahan bahasa

Delegasi ASEAN sedang berbincang terhadap masalah pemanasan global yang sedang melanda dunia sekarang.

a)

terhadap-tentang

b)

sedang-tengah

c)

masalah-isu

d)

sekarang-kini

30.

"Banyak maklumat yang berguna dapat _____________ diperoleh daripada Pameran Kesihatan Mental itu," jelas Melanie ketika berbual dengan rakan sekelasnya.

a)

kami

b)

kita

c)

kalian

d)

mereka

31.

Kempen mengibarkan Jalur Gemilang terus ________________ bagi menyemarakkan semangat kemerdekaan.

a)

dialu-alukan

b)

diwar-warkan

c)

diagih-agihkan

d)

diapi-apikan

32.

Sebarang masalah hendaklah diselesaikan secara baik dan tidak perlu ____________ untuk menarik perhatian ramai.

a)

dikucar-kacirkan

b)

dibolak-balikkan

c)

dicorat-coretkan

d)

digembar-gemburkan

33.
Goh Swei Mooi tidak berputus asa untuk mengulang semula pelajarannya kerana dia yakin
a)
lain di mulut lain di hati
b)
tepuk dada tanya selera
c)
indah khabar daripada rupa
d)
belakang parang diasah lagikan tajam
34.

Impian Aleesa untuk menjadi doktor bakal menjadi ___________ setelah dia mendapat tawaran belajar di Fakulti Perubatan, Universiti Malaya.

a)

harapan

b)

kejayaan

c)

kebetulan

d)

kenyataan

35.

Ubat untuk mencegah ketagihan rokok dihasilkan melalui __________yang dilakukan oleh pakar perubatan tempatan.

a)

penemuan

b)

penyiasatan

c)

penyelidikan

d)

pengetahuan

36.

Yang di-Pertuan Agong bersetuju untuk ___________ pelantikan menteri kabinet baharu selepas dicadangkan oleh Perdana Menteri.

a)

mengesahkan

b)

memasyhurkan

c)

memperkenankan

d)

mengisytiharkan

37.

Penunggang-penunggang motosikal terpaksa mencari tempat __________________ kerana hujan turun dengan lebatnya.

a)

berteduh

b)

bernaung

c)

bermalam

d)

bersembunyi

38.

Pasar Raya Super Jimat akan membuat ___________________ harga barangan secara besar-besaran sempena Hari Krismas nanti.

a)

turunan

b)

menurun

c)

keturunan

d)

penurunan

39.

Doktor telah menjalankan _________________________ terhadap kanak-kanak itu untuk mengetahui penyakit yang dihidapinya.

a)

penyelidikan

b)

pemeriksaan

c)

pengkajian

d)

penelitian

40.

Pilih ayat yang betul.

a)

Kamu harus mengikut nasihat doktor agar supaya cepat sembuh.

b)

Kamu harus mengikut nasihat doktor supaya cepat sembuh.

41.

Pilih ayat yang betul.

a)

Tempat itu adalah bukan untuk kita.

b)

Tempat itu bukan untuk kita.

42.

Pilih ayat yang betul.

a)

Gunung tertinggi di Malaysia adalah Gunung Kinabalu.

b)

Gunung tertinggi di Malaysia ialah Gunung Kinabalu.

43.

Pilih ayat yang betul.

a)

Jun bekerja keras demi untuk mencapai kejayaan.

b)

Jun bekerja keras demi mencapai kejayaan.

44.

Pilih ayat yang betul.

a)

Suria rindukan adiknya.

b)

Suria rindu akan adiknya.

45.

Pilih ayat yang betul

a)

Oleh kerana terlalu banyak makan, dia menjadi malas.

b)

Oleh sebab terlalu banyak makan, dia menjadi malas.

46.

Semangat perpaduan dalam kalangan rakyat perlu ______________ sejak kecil.

a)

dijanji

b)

disertai

c)

disemai

d)

dihantar

47.

_____________ disambut pada setiap 16 September setiap tahun.

a)

Hari Guru

b)

Hari Wanita

c)

Hari Malaysia

d)

Hari Kemerdekaan

48.

Encik Alvin sentiasa mengharapkan agar kebahagiaan mereka sekeluarga akan _________________.

a)

kekal habis-habisan

b)

kekal selama-lamanya

c)

hidup bermati-matian

d)

hidup selama-lamanya

49.

"Dia_______ yang telah menyelamatkan saya daripada menjadi mangsa culik tadi," kata Ah Hong kepada Selvam.

a)

-lah

b)

-kah

c)

-tah

d)

sahaja

50.

Peribahasa ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni boleh digantikan dengan peribahasa _____________________.

a)

tak kenal maka tak cinta

b)

muafakat membawa berkat

c)

sambal menyelam minum air

d)

sudah terhantuk baru terngadah