Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Retorik: Teknik Penyampaian Idea

Total questions: 20

Worksheet time: 15mins

Name
Class
Date
1.

Berikut ialah antara jenis teknik penyampaian idea kecuali

a)

analogi

b)

induksi

c)

deduksi

d)

elipsis

2.

Apakah teknik penyampaian idea yang digunakan dalam petikan di bawah.


Faktor utama kemalangan jalan raya ialah sikap pengguna jalan raya yang tidak mematuhi undang-undang. Mereka sewenang-wenangnya melanggar lampu isyarat, memotong garisan berkembar, dan memandu kenderaan dengan laju sehingga melepasi had laju yang ditetapkan. Oleh itu, setiap pengguna jalan raya haruslah mementingkan susila ketika berada di jalan raya untuk mengurangkan masalah kemalangan.

a)

induksi

b)

deduksi

c)

analogi

d)

eklektik

3.

Bencana alam berlaku disebabkan tindakan manusia yang mementingkan keuntungan. Mereka menebang hutan tanpa memikirkan kesan kepada alam sekitar. Habitat tumbuhan di hutan semakin gondol. Mereka ingin mendapatkan keuntungan dengan banyak sehingga lupa akibat yang akan dihadapi oleh manusia.


Nyatakan pernyataan umum dalam petikan di atas.

a)

Bencana alam berlaku disebabkan tindakan manusia yang mementingkan keuntungan.

b)

Mereka menebang hutan tanpa memikirkan kesan kepada alam sekitar.

c)

Mereka ingin mendapatkan keuntungan dengan banyak sehingga lupa akibat yang akan dihadapi oleh manusia.

d)

Habitat tumbuhan di hutan semakin gondol.

4.

Pencemaran alam akibat hujan asid menyebabkan bekalan air terganggu. Hujan asid terjadi disebabkan oleh banyaknya gas nitrogen dioksida dan sulfur yang dibebaskan oleh kilang kimia. Gas beracun ini bersatu dengan oksogen dan wap air di atmosfera. Wap inilah yang turun sebagai hujan asid yang berbahaya kepada manusia.


Nyatakan teknik penyampaian idea yang digunakan dalam petikan di atas.

a)

teknik eklektik

b)

teknik deduksi

c)

teknik analogi

d)

teknik deduksi

5.

Pencemaran alam akibat hujan asid menyebabkan bekalan air terganggu. Hujan asid terjadi disebabkan oleh banyaknya gas nitrogen dioksida dan sulfur yang dibebaskan oleh kilang kimia. Gas beracun ini bersatu dengan oksogen dan wap air di atmosfera. Wap inilah yang turun sebagai hujan asid yang berbahaya kepada manusia.


Nyatakan pernyataan umum dalam petikan tersebut.

a)

Hujan asid terjadi disebabkan oleh banyaknya gas nitrogen dioksida dan sulfur yang dibebaskan oleh kilang kimia.

b)

Gas beracun ini bersatu dengan oksogen dan wap air di atmosfera.

c)

Pencemaran alam akibat hujan asid menyebabkan bekalan air terganggu.

d)

Wap inilah yang turun sebagai hujan asid yang berbahaya kepada manusia.

6.

Pokok kurma boleh ditanam di Malaysia dan dipercayai dapat menghasilkan buah yang bermutu. Keadaan terbukti dengan berbuahnya pokok kurma yang ditanam di pinggir bandar Kota Bahru pada tahun lepas. Mengikut laporan akhbar, pokok kurma juga didapati dapat hidup subur di Kedah.


Apakah teknik penyampaian idea yang digunakan dalam petikan tersebut.

a)

teknik eklektik

b)

teknik induksi

c)

teknik deduksi

d)

teknik analogi

7.

Perjalanan kami ke tempat tersebut memang tidak mudah. Kami terpaksa meredah hutan sambil menuruni cerun dan mendaki tanah tinggi beberapa kali. Kaki saya sendiri melecet teruk. Hampir sehari suntuk kami berjalan barulah kami tiba di situ. Oleh itu, saya menganggap bahawa perjalanan ke tempat itu sangatlah sukar dan mencabar.


Nyatakan teknik penyampaian idea yang digunakan dalam petikan di atas.

a)

teknik induksi

b)

teknik eklektik

c)

teknik deduksi

d)

teknik analogi

8.

Perjalanan kami ke tempat tersebut memang tidak mudah. Kami terpaksa meredah hutan sambil menuruni cerun dan mendaki tanah tinggi beberapa kali. Kaki saya sendiri melecet teruk. Hampir sehari suntuk kami berjalan barulah kami tiba di situ. Oleh itu, saya menganggap bahawa perjalanan ke tempat itu sangatlah sukar dan mencabar.


Nyatakan pernyataan umum dalam petikan tersebut.

a)

Perjalanan kami ke tempat tersebut memang tidak mudah.

b)

Kami terpaksa meredah hutan sambil menuruni cerun dan mendaki tanah tinggi beberapa kali.

c)

Kaki saya sendiri melecet teruk.

9.

Teknik ini mengandungi pernyataan umum dan pernyataan khusus. Ayat dimulakan dengan pernyataan umum dan seterusnya diikuti oleh pernyataan khusus.

Apakah teknik penyampaian idea yang dimaksudkan.

a)

teknik eklektik

b)

teknik induksi

c)

teknik deduksi

d)

teknik analogi

10.

Remaja kini terdedah dengan kemajuan teknologi maklumat. Kehidupan seharian mereka tidak dapat dipisahkan dengan telefon bimbit yang memudahkan urusan. Hampir setiap tahun wujud jenama telefon bimbit yang semakin canggih. Teknologi maklumat berperanan penting untuk melancarkan urusan harian manusia.


Nyatakan ayat yang mewakili pernyataan umum dalam petikan di atas.

a)

Remaja kini terdedah dengan kemajuan teknologi maklumat.

b)

Kehidupan seharian mereka tidak dapat dipisahkan dengan telefon bimbit yang memudahkan urusan.

c)

Hampir setiap tahun wujud jenama telefon bimbit yang semakin canggih.

d)

Teknologi maklumat berperanan penting untuk melancarkan urusan harian manusia.

11.

Peminat percaya bahawa pasukan hoki negara mempunyai kemampuan untuk mencatatkan kejayaan dalam pertandingan liga hoki dunia yang akan berlangsung pada tahun ini. Hal ini bersandarkan pencapaian baik pasukan hoki tersebut dalam beberapa kejohanan di peringkat Asia dan dunia pada tahun sebelumnya.

Nyatakan teknik penyampaian idea yang digunakan dalam petikan di atas.

a)

teknik induksi

b)

teknik deduksi

c)

teknik analogi

d)

teknik eklektik

12.

Peminat percaya bahawa pasukan hoki negara mempunyai kemampuan untuk mencatatkan kejayaan dalam pertandingan liga hoki dunia yang akan berlangsung pada tahun ini. Hal ini bersandarkan pencapaian baik pasukan hoki tersebut dalam beberapa kejohanan di peringkat Asia dan dunia pada tahun sebelumnya.

Nyatakan ayat yang merujuk kepada perbandingan dalam petikan di atas.

a)

Hal ini bersandarkan pencapaian baik pasukan hoki tersebut dalam beberapa kejohanan di peringkat Asia dan dunia pada tahun sebelumnya.

b)

Peminat percaya bahawa pasukan hoki negara mempunyai kemampuan untuk mencatatkan kejayaan dalam pertandingan liga hoki dunia yang akan berlangsung pada tahun ini

13.

Teknik ini memperlihatkan cara mengusulkan sesuatu gagasan secara membandingkan satu perkara dengan satu perkara lain yang memiliki kaitan yang rapat dan dapat diyakini oleh khalayak.


Nyatakan teknik penyampaian idea yang dimaksudkan.

a)

teknik eklektik

b)

teknik induksi

c)

teknik analogi

d)

teknik deduksi

14.

Teknik ini menyampaikan maklumat dengan dimulai oleh pernyataan umum kepada pernyataan khusus dan diakhiri oleh kesimpulan.

Nyatakan teknik penyampaian idea yang dimaksudkan.

a)

teknik analogi

b)

teknik induksi

c)

teknik eklektik

d)

teknik deduksi

15.

Petikan dimulakan dengan isi huraian atau ayat sokongan kemudian diikuti oleh ayat topik.


Nyatakan teknik penyampaian idea yang dimaksudkan.

a)

teknik induksi

b)

teknik deduksi

c)

teknik eklektik

d)

teknik analogi

16.

Teknik penyampaian idea ini dimulakan dengan ayat topik dan diikuti oleh ayat sokongan yang terdiri daripada huraian dan contoh.

Apakah teknik penyampaian idea yang dimaksudkan.

a)

teknik induksi

b)

teknik deduksi

c)

teknik analogi

d)

teknik eklektik

17.

Teknik penyampaian idea ini merupakan gabungan teknik. Petikan dimulakan dengan pernyataan umum, diikuti oleh pernyataan khusus dan diakhiri dengan penyataan umum.

Apakah teknik penyampaian idea yang dimaksudkan.

a)

teknik analogi

b)

teknik induksi

c)

teknik eklektik

d)

teknik deduksi

18.

Pilih pernyataan umum yang sesuai digunakan untuk menghasilkan sebuah esei yang bertajuk kesan-kesan pembalakan haram.

a)

Pembalakan dilakukan untuk mendapatkan keuntungan.

b)

Pembalakan haram sering dilakukan di Malaysia.

c)

Pembalakan akan menyebabkan ekosistem terjejas.

d)

Pembalakan haram perlu diatasi dengan menguatkuasakan undang-undang.

19.

Keadaan jalan raya yang lurus dan luas menyebabkan pemandu cenderung untuk memandu dengan laju sehingga menyebabkan kenderaan mereka terbabas. Sebaliknya pula, keadaan jalan raya yang tidak elok juga boleh menyebabkan kemalangan kerana terdapat kenderaan yang cuba mengelakkan lubang sehingga bertembung dengan kenderaan lain. Berdasarkan hal itu, kita dapati bahawa kemalangan jalan raya ada kaitan dengan keadaan jalan raya sendiri.


Nyatakan teknik penyampaian idea yang digunakan dalam petikan di atas.

a)

teknik induksi

b)

teknik deduksi

c)

teknik eklektik

d)

teknik analogi

20.

Keadaan jalan raya yang lurus dan luas menyebabkan pemandu cenderung untuk memandu dengan laju sehingga menyebabkan kenderaan mereka terbabas. Sebaliknya pula, keadaan jalan raya yang tidak elok juga boleh menyebabkan kemalangan kerana terdapat kenderaan yang cuba mengelakkan lubang sehingga bertembung dengan kenderaan lain. Keadaan ini amat membimbangkan semasa perjalanan pada waktu malam. Berdasarkan hal itu, kita dapati bahawa kemalangan jalan raya ada kaitan dengan keadaan jalan raya sendiri.


Nyatakan pernyataan umum yang terdapat dalam petikan di atas.

a)

Keadaan jalan raya yang lurus dan luas menyebabkan pemandu cenderung untuk memandu dengan laju sehingga menyebabkan kenderaan mereka terbabas.

b)

Sebaliknya pula, keadaan jalan raya yang tidak elok juga boleh menyebabkan kemalangan kerana terdapat kenderaan yang cuba mengelakkan lubang sehingga bertembung dengan kenderaan lain.

c)

Berdasarkan hal itu, kita dapati bahawa kemalangan jalan raya ada kaitan dengan keadaan jalan raya sendiri.

d)

Keadaan ini amat membimbangkan semasa perjalanan pada waktu malam.