wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KERTAS 1 BAB 2 KEBANGKITAN NASIONALISMESEJARAH KSSM TINGKATAN 4

Total questions: 40

Worksheet time: 40mins

Name
Class
Date
1.

"Dalam konteks Melayu sebelum merdeka, nasionalisme digunakan untuk merujuk perjuangan orang Melayu bagi mendapatkan kembali kedudukan unggul dalam negara sendiri"

Pernyataan di atas adalah tafsiran nasionalisme oleh

(Buku teks m/s 23)

a)

Dr. Burhanuddin al-Helmi

b)

Dr. R. Suntharalingam

c)

Profesor Datuk Zainal Abidin Abdul Wahid

d)

Profesor Emeritus Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim

2.

Nasionalisme antiraja yang pernah berlaku di Barat ialah

(Buku teks m/s 24)

I. Revolusi Amerika

II. Revolusi Keagungan di England

III. Revolusi Perancis

IV. Revolusi Perindustrian

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

3.

Revolusi Keagungan di England adalah penentangan terhadap pemerintahan raja berkuasa mutlak iaitu

(Buku teks m/s 24)

a)

Raja Louis XVI

b)

Raja James II

c)

Raja William of Orange

d)

John Locke

4.

Revolusi Amerika 1776 merupakan penentangan orang Amerika menentang penjajahan ________________

(Buku teks m/s 25)

a)

Belanda

b)

Perancis

c)

British

d)

Sepanyol

5.

Revolusi Perancis 1789 adalah penentangan terhadap pemerintahan autokratik

(Buku teks m/s 25)

a)

Raja James II

b)

Raja William of Orange

c)

Raja Louis XVI

d)

Jean Jacques Rousseau

6.

Apakah kesan Revolusi Perancis kepada negara Perancis?

(Buku teks m/s 25)

a)

Menjadi negara republik

b)

Sistem Raja Berperlembagaan diamalkan

c)

Menjadi negara yang berpegang dengan fahaman komunis

d)

Negara berpecah kepada dua

7.

Apakah pegangan yang digunakan oleh Mahatma Gandhi untukk menggerakkan nasionalisme di India?

(Buku teks m/s 26)

a)

Dahagi

b)

Satyagraha

c)

Bushido

d)

Tiga Prinsip Rakyat

8.

Rancangan pembahagian India merupakan pembahagian India kepada dua buah negara iaitu India dan ______________

(Buku teks m/s 26)

a)

Sri Lanka

b)

Bangladesh

c)

Nepal

d)

Pakistan

9.

Siapakah Perdana Menteri India yang pertama?

(Buku teks m/s 26)

a)

Mahatma Gandhi

b)

Muhammad Ali Jinnah

c)

Jawaharlal Nehru

d)

Bipin Chandra Pal

10.

Siapakah tokoh yang mempelopori gerakan kebangkitan rakyat di China? (Buku teks m/s 26)

a)

Dr. Sun Yat Sen

b)

San Min Chu-i

c)

Maharaja Mikado Meiji

d)

Bal Gangadhar Tilak

11.

"Sikap yang sanggup menanggung risiko, bersungguh-sungguh mencapai cita-cita dan sedia berkorban demi melaksanakan tanggungjawab terhadap ketua dan negara"


Pernyataan di atas merujuk kepada nasionalisme di Jepun iaitu semangat (Buku teks m/s 27)

a)

Kamikaze

b)

Bushido

c)

Kimigayo

d)

Nippon-Go

12.

Jose Rizal iaitu tokoh nasionalis Filipina menubuhkkan ____________

(Buku teks m/s 28)

a)

Katipunan

b)

Kalayan

c)

Parti Nasionalis

d)

Liga Filipina

13.

Apakah nama akhbar yang digunakan oleh Katipunan untuk menyebarkan idea revolusi di Filipina?

(Buku teks m/s 28)

a)

Aguinaldo

b)

Kalayan

c)

Liga Filipina

d)

Bonifacio

14.

Isu Kasut timbul di Burma akibat perbuatan orang British memakai kasut semasa memasuki ________________ (Buku teks m/s 28)

a)

istana

b)

kuil Buddha

c)

kedai

d)

rumah

15.

Siapakah yang menjadi Perdana Menteri pertama Burma?

(Buku teks m/s 29)

a)

Dr. Ba Maw

b)

Aung San

c)

Kyaw Nien

d)

U Nu

16.

"Mempelopori perjuangan untuk memajukan pendidikan kaum wanita"

Pernyataan di atas mmerujuk kepada nasionalisme di Indonesia yang dipelopori oleh

(Buku teks m/s 30)

a)

Soekarno

b)

Partai Nasionalis Indonesia

c)

Sarekat Islam

d)

Raden Adjeng Kartini

17.

Kongres Pemuda Indonesia mewujudkan ikrar yang dikenali sebagai ___________________

(Buku teks m/s 30)

a)

Tiga Prinsip Rakyat

b)

Satyagraha

c)

Cloche Felee

d)

Sumpah Pemuda

18.

Gambar di atas menunjukkan presiden pertama Republik Demokrattik Vietnam. Siapakah beliau? (Buku teks m/s 29)

a)

Soekarno

b)

Aung San

c)

Ho Chi Minh

d)

Jose Rizal

19.

Pemerintahan raja yang lemah membawa kepada pelancaran Revolusi Thai pada 1932 yang menamatkan pemerintahan raja berkuasa mutlak. Siapakah nama raja tersebut? (Buku teks m/s 31)

a)

Raja Chulalongkorn

b)

Raja Vajiravudh

c)

Raja Mongkut

d)

Field Marshal Phibulsongkram

20.

Apakah maksud "Thailand"?

(Buku teks m/s 31)

a)

Tanah Besar

b)

Tanah Bebas

c)

Tanah Berani

d)

Tanah Bangga

21.

"Menyeru umat Islam agar kembali kepada ajaran agama sebenar berpandukan al-Quran dan Hadis"


Pernyataan di atas merujuk kepada akhbar

(Buku teks m/s 36)

a)

Warta Malaya

b)

Jawi Peranakan

c)

Fajar Sarawak

d)

Al-Imam

22.

Melahirkan intelektual berpendidikan Inggeris

Menggunakan akhbar Warta Malaya dan Utusan Melayu


Pernyataan di atas merujuk kepada lepasan

(Buku teks m/s 37)

a)

Maktab Perguruan Sultan Idris (SITC)

b)

Maktab Melayu Kuala Kangsar (MCKK)

c)

Raffles Institution

d)

Madrasah al-Masyhur

23.

"fajar telah tersinsing, bangunlah wahai bangsaku"


Pernyataan di atas merupakan seruan di dalam akhbar

(Buku teks m/s 38)

a)

Utusan Melayu

b)

Warta Malaya

c)

Fajar Sarawak

d)

Lembaga Melayu

24.

Apakah nama akhbar Cina yang memperjuangkan soal kesatuan sekerja dan keadilan sosioekonomi masyarakat kelas bawahan?

(Buku teks m/s 38)

a)

Lat Pau

b)

Modern Daily News

c)

Chong Shin Yit Pao

d)

Nanyang Siang Pao

25.

Siapakah pengasas Kesatuan Melayu Singapura (KMS)?

(Buku teks m/s 40)

a)

Mohammad Eunos Abdullah

b)

Mohammad Yaakob

c)

Zakaria Gunn

d)

Johari Anang

26.

Apakah nama akhbar yang digunakan oleh Kesatuan Melayu Muda (KMM) untuk menyalurkan idea perjuangan? (Buku teks m/s 40)

a)

Neracha

b)

Al-Imam

c)

Majlis

d)

Utusan Melayu

27.

Siapakah yang menubuhkan Malayan Indian Association (MIA)?

(Buku teks m/s 41)

a)

Dr. A. M. Soosay

b)

Pandit Jawaharlal Nehru

c)

G. V. Thaver

d)

John Thivy

28.

Apakah sumbangan tokoh dalam gambar di atas? (Buku teks m/s 43)

I. Presiden Malayan Rubber Estate Owner Association

II. Menganggotai Majlis Perundangan Negeri-negeri Selat (SSLC)

III. Menganjurkan Tabung Derma Pelajaran Tinggi

IV. Penggerak utama majalah Bulan Melayu

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

29.

Maklumat menunjukkan akhbar di Vietnam.

*Tribune Indige

*Cloche Felee


Bagaimanakah akhbar tersebut menyumbang kepada perkembangan nasionalisme di Vietnam?

Buku Teks (m/s 29)

I Menyebarkan idea revolusi

II Menuntut hak rakyat Vietnam

III Mengkritik penindasan Perancis

IV Mengkritik golongan pemerintah

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

30.

Gambar di atas menunjukkan seorang tokoh.

Apakah sumbangan tokoh tersebut?

(Bukut Teks m/s 30)

a)

Mempertahankan agama Islam

b)

Memajukan pendidikan kaum wanita

c)

Mewujudkan keutuhan negara bangsa

d)

Memperjuangkan pendidikan kanak-kanak

31.

Apakah tindakan tokoh di atas yang telah menamatkan pemerintahan raja berkuasa mutlak?

(Buku Teks m/s 31)

a)

Menubuhkan Parti Rakyat

b)

Melancarkan Revolusi Thai

c)

Melaksanakan birokrasi Barat

d)

Memperkenalkan sistem pentadbiran Barat

32.

Apakah nilai yang dapat diperoleh daripada tokoh-tokoh berikut?

*Penghulu Dol Said

*Dato' Maharaja Lela

*Dato' Bahama

*Rentap

(Buku Teks m/s 33)

a)

Kesungguhan menentang penjajah

b)

Kebijaksanaan menyusun strategi

c)

Kesabaran menempuh dugaan

d)

Keprihatinan yang tinggi

33.

Bagaimanakah kemunculan golongan intelektual mempengaruhi kemunculan nasionalsime di negara kita?

(Buku Teks m/s 35)

a)

Golongan intelektual memimpin rakyat menentang penjajah Barat

b)

Golongan intelektual menggunakan penulisan kreatif sebagai alat menentang penjajah

c)

Golongan intelektual bersatu padu membebaskan negara daripada cengkaman penjajah

d)

Golongan intelektual menggerakkan idea pembaharuan dan menyedarkan masyarakat tentang nasionalsime

34.

Maklumat berikut menunjukkan hasil karya kreatif yang berjaya meniupkan nasionalsime dalam kalangan rakyat.

*Angan-angan dengan Gurindam

*Serunai Pujangga

*Cerita Awang Ptat

Apakah tema yang diutarakan dalam karya kreatif tersebut?

(Buku Teks m/s 39)

a)

Perjuangan membela nasib bangsa

b)

Pendidikan untuk bangsa Melayu

c)

Kepentingan sosial masyarakat

d)

Semangat cinta akan tanah air

35.

Apakah tujuan persatuan berikut ditubuhkan?


Kesatuan Melayu Singapura (KMS)


I Menggalakkan orang Melayu bersatu padu

II Menjaga kepentingan orang Melayu dalam semua aspek

III Mementingkan pelajaran teknik dan pengajian tinggi

IV Memperjuangkan kepentingan orang Melayu dalam politik dan pendidikan


(BukuTeks m/s 40)

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan Iv

36.

E.E.C. Thuraisingham

Apakah sumbangan tokoh di atas selaku Presiden Malayan Rubber Estate Owner Association?

(Buku Teks m/s 43)

a)

Memberi bantuan modal kepada penduduk kampuung untuk mengusahakan tanaman getah

b)

Membantu meningkatkan perusahaan getah semasa zaman kemelesetan ekonomi

c)

Membantu meningkat harga getah di pasaran antarabangsa

d)

Membantu memasarkan getah ke peringkat antarabangsa

37.

Mengapakah nasionalsime di Thailand berbeza dengan negara-negara lain di Asia Tenggara?

(Buku Teks m/s 29)

a)

Menentang penjajah

b)

Menghalau kuasa asing

c)

Mempertahankan kedaulatan negara

d)

Melaksanakan pemerintahan demokrasi

38.

Tokoh berikut memainkan peranan penting dalam membangkitkan semangat nasionalisme di Tanah Melayu pada abad ke-20.


*Zainal Abidin Ahmad(Za'ba)

*Abdul Rahim Kajai

*Hajah Zainon Munshi Sulaiman

Bagaimanakah mereka berkaya menaikkan semangat nasionalsime di nehara kita?

(Buku Teks m/s 33)

a)

Menghasilkan penulisan kreatif

b)

Menentang golongan penjajah

c)

Mengadakan ceramah umum

d)

Menubuhkan parti politik

39.

Persaudaraan Sahabat Pena atau PASPAM telah ditubuhkan pada tahun 1934 di Pulau Pinang.

Apakah matlamat penubuhan persatuan tersebut?

(Buku Teks m/s 40)

a)

Menghasilkan penulisan kesedaran nasionalisme

b)

Menggalakkan ahlinya bersatu-padu

c)

Mengumpulkan golongan pemuda

d)

Menuntu kemerdekaan

40.

Jelutong Press

Soalan berikut berdasarkan gambar Jelutong Press.

Apakah kesan daripada penubuhannya?

(Buku Teks m/s 38)

a)

Memakmurkan ekonomi

b)

Menggalakkan persaudaraan Islam

c)

Mengembangkan fahaman demokrasi

d)

Menyemarakkan kagiatan nasionalisme