wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Pertumbuhan Penduduk 4A

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Apakah faktor yang mempengaruhi kadar kematian rendah di sesebuah negara ?

a)

Amalan perancangan keluarga

b)

Banyak kemudahan kesihatan

c)

Kadar pengangguran tinggi

d)

Kadar kemiskinan tinggi

2.

Maklumat berikut menunjukkan tahun dan peratus pertumbuhan penduduk negara R.

1995 - 2.4%

2000 - 3.7%

2005 - 4.6%


Mengapakah berlakunya perubahan peratus pertumbuhan penduduk negara tersebut ?

a)

Emigrasi tinggi

b)

Kos hidup tinggi

c)

Wanita berkerjaya

d)

Taraf pendidikan rendah

3.

Maklumat berikut adalah ciri kependudukan negara X.

*Kadar kelahiran : 2.8%

*Kadar kematian : 0.6%


Berapakah pertumbuhan penduduk semula jadi di negara X ?

a)

1.1%

b)

1.7%

c)

2.2%

d)

3.4%

4.

Berikut adalah maklumat pertumbuhan penduduk negara R.

Kadar kelahiran 2.7% Kadar kematian 0.6% Migrasi bersih 0.1%


Berapakah kadar pertumbuhan penduduk di negara R ?

a)

1.7%

b)

2.2%

c)

2.7%

d)

3.4%

5.

Berikut adalah kadar perubahan penduduk negara R.

  • Kadar kelahiran : 2.45%
  • Kadar kematian : 0.44%


Berapakah kadar pertumbuhan penduduk semula jadi bagi negara R ?

a)

1.45%

b)

2.01%

c)

2.45%

d)

2.89%

6.

Graf di sebelah menunjukkan perubahan penduduk negara X antara tahun 1980 hingga tahun 2010.


Apakah faktor yang mempengaruhi perubahan penduduk negara X dari tahun 1980 hingga tahun 2010 ?

a)

Kos hidup meningkat

b)

Peningkatan kahwin lewat

c)

Kemudahan perubatan baik

d)

Wanita berkerjaya bertambah

7.

Berikut adalah ciri kependudukan sesebuah negara.

  • Kadar kelahiran rendah
  • Kadar kematian rendah


Mengapakah wujud ciri kependudukan sedemikian ?

a)

Taraf kesihatan tinggi

b)

Taraf teknologi rendah

c)

Kadar buta huruf tinggi

d)

Amalan pemakanan tidak seimbang

8.

Apakah faktor yang mempengaruhi kadar kelahiran tinggi di sesebuah negara ?

a)

Jangka hayat penduduk tinggi

b)

Ramai wanita berkerjaya

c)

Taraf pendidikan rendah

d)

Kadar migrasi tinggi

9.

Apakah faktor yang mempengaruhi kadar kematian tinggi di sesebuah negara ?

a)

Jangka hayat penduduk tinggi

b)

Taraf kesihatan yang rendah

c)

Kadar migrasi tinggi

d)

Amalan perancangan keluarga

10.

Kadar pertumbuhan penduduk semula jadi sesebuah negara dipengaruhi oleh faktor

*I Imigrasi

*II Emigrasi

*III Kadar kelahiran

*IV Kadar kematian

a)

I dan II

b)

II dan III

c)

III dan IV

d)

I dan IV

11.

Konsep pertumbuhan penduduk semulajadi adalah......

a)

perubahan sama ada bertambah atau berkurangan saiz penduduk di sesebuah negara secara semula jadi iaitu hanya mengambil kira faktor kelahiran dan kematian

b)

perubahan sama ada bertambah atau berkurangan saiz penduduk di sesebuah negara secara semula jadi iaitu hanya mengambil kira faktor kelahiran dan kematian dan migrasi bersih

c)

perubahan sama ada bertambah atau berkurangan saiz penduduk di sesebuah negra secara semula jadi iaitu hanya mengambil kira faktor kelahiran

d)

perubahan sama ada bertambah atau berkurangan saiz penduduk di sesebuah negara secara semula jadi iaitu hanya mengambil kira faktor kelahiran dan kematian dan migrasi

12.

Proses pertumbuhan penduduk adalah.......

a)

Angka yg menunjukkan arah pertumbuhan penduduk dalam tempoh tertentu.

b)

Angka yg menunjukkan arah pertumbuhan penduduk sama ada bertambah atau berkurang dalam tempoh tertentu.

c)

Angka yg menunjukkan arah pertumbuhan penduduk sama ada pesat, perlahan, statik atau berkurang dalam tempoh tertentu.

d)

Angka yg menunjukkan arah pertumbuhan penduduk sama ada pesat atau perlahandalam tempoh tertentu.

13.

Faktor mempengaruhi pertumbuhan penduduk yang PESAT di Malaysia adalah seperti yang berikut KECUALI....

a)

Dasar Kerajaan – Kempen 70 juta menjelang tahun 2100

b)

Kestabilan politik – aman, tiada perang

c)

Kadar migrasi bersih – tinggi (PATI).

d)

Program perancangan keluarga yang berjaya

14.

Negara di Asia Tenggara yang mempunyai Kadar Pertumbuhan Penduduk yang paling tinggi pada tahun 2019 adalah.....

a)

Indonesia

b)

Filipina

c)

Timor Leste

d)

Kemboja

15.

Negara di Asia Tenggara yang mempunyai Kadar Pertumbuhan Penduduk yang PALING RENDAH pada tahun 2019 adalah.....

a)

Singapura

b)

Thailand

c)

Malaysia

d)

Myanmar

16.

Kesan negatif pertumbuhan penduduk yang pesat terhadap sosioekonomi adalah....

a)

pasaran domestik luas

b)

taraf pendidikan dan kesihatan rendah

c)

tenaga buruh meningkat

d)

kepupusan sumber

17.

Kesan positif pertumbuhan penduduk yang tinggi terhadap sumber alam adalah...

a)

Tekanan terhadap sumber alam

b)

Kemerosoran/kepupusan sumber

c)

Pencemaran & kerosakan sumber

d)

sumber dapat dimajukan secara optimum

18.

Nisbah jantina di Malaysia adalah 106 orang lelaki bagi setiap 100 perempuan pada tahun 2010. Ini bermakna lelaki lebih ramai daripada perempuan.

a)

betul

b)

salah

19.

Jumlah penduduk bukan warganegara di Malaysia pada tahun 2019 adalah 3.2 juta orang.

a)

Betul

b)

Salah

20.

Jumlah penduduk warganegara Malaysia pada tahun 2019 adalah 29,376 900 orang.

a)

Betul

b)

Salah