wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

UJIAN BAHASA MELAYU (Cikgu Hidayah)

Total questions: 15

Worksheet time: 14mins

Name
Class
Date
1.

Anak-anak muda sanggup __________________ mata untuk melayari laman sosial seperti facebook, Instagram dan Twitter dengan menggunakan telefon pintar sehingga awal pagi.

a)

bertegang

b)

berkelip

c)

berkedip

d)

bersengkang

2.

Haikal membantu ayahnya menyiapkan __________________ ayam kampung yang baharu di belakang rumah.

a)

reban

b)

pondok

c)

sangkar

d)

kandang

3.

Dalam ayat berikut terdapat satu kesalahan ejaan. Tulis jawapan yang betul sahaja.

Berdasarkan satistik semasa, remaja masa ini sentiasa mencari cara untuk mengekspresikan kehendak serta perasaan mereka.

(a)  

4.

Dalam ayat berikut terdapat satu kesalahan ejaan. Tulis jawapan yang betul sahaja.

Pendeta Za’ba merupakan seorang cendikiawan yang dihormati sejak beliau bergiat aktif

dalam bidang penulisan.

(a)  

5.

Pilih ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul.

I Michael bermain mercun di halaman rumahnya.

II Berita tentang kemalangan maut itu tersiar pada halaman depan akhbar Berita Harian.

III Aneesa sedih apabila melihat jerawat tumbuh pada halaman mukanya.

IV Hidayah membersihkan halaman tamu rumahnya supaya kelihatan kemas dan cantik.

a)

I dan II sahaja

b)

III dan IV sahaja

c)

I, II dan III sahaja

d)

II, III dan IV sahaja

6.

Dalam ayat berikut terdapat satu kesalahan bahasa. Tulis jawapan yang betul sahaja.

Semua pihak perlulah saling bantu-membantu dalam usaha membanteras gejala buli di sekolah.

(a)  

7.

Dalam ayat berikut terdapat satu kesalahan bahasa. Tulis jawapan yang betul sahaja.

Pengarah filem yang terkenal itu mangkat kerana lemas di Sungai Hulu Tembeling, Pahang.

(a)  

8.

Datin Maria tergelincir di dalam bilik air semasa ingin mengambil wuduk kerana lantai bilik air itu sangat ________.

a)

licin

b)

kesat

c)

curam

d)

gerutu

9.

Bahagian yang bergaris dalam ayat-ayat berikut mungkin mengandungi kesalahan penggunaan bahasa atau mungkin juga tidak. Tandakan sama ada A, B atau C jika ayat itu mengandungi kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan.

Aminah tidak mahu memulangkan semula majalah itu kepada kakaknya.

a)

tidak mahu dipulangkan semula majalah itu

b)

tidak mahu dipulangkan semula majalah itu

c)

tidak mahu memulangkan majalah itu semula

d)

tidak mahu memulangkan semula majalah itu

10.

Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau maksud yang paling hampir dengan ayat yang dicetak tebal.

Keamanan negara yang dinikmati dapat dikekalkan sekiranya masyarakat mempunyai budi bahasa dan nilai-nilai murni yang tinggi.

a)

Masyarakat yang memiliki budi bahasa dan nilai-nilai murni yang tinggi diperlukan untuk mengekalkan keamanan yang dinikmati oleh negara.

b)

Sekiranya masyarakat memiliki budi bahasa dan nilai-nilai murni yang tinggi, negara akan dapat mengekalkan keamanan yang dikecapi.

c)

Budi bahasa dan nilai-nilai murni yang dimiliki oleh masyarakat memastikan keamanan negara yang dinikmati dapat dikekalkan.

d)

Masyarakat yang mempunyai budi bahasa dan nilai-nilai murni yang tinggi mampu mengecapi dan mengekalkan kesejahteraan negara.

11.

Peribahasa yang sesuai dengan situasi dalam gambar di atas ialah

a)

rosak bawang ditimpa jambak.

b)

malang tidak berbau

c)

cubit paha kanan, paha kiri terasa juga

d)

berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.

12.

"Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu."

Peribahasa di atas membawa maksud

a)

tiap-tiap pekerjaan hendaklah dibuat sehingga selesai dan berjaya.

b)

keuntungan yang diperoleh hasil daripada usaha keras seseorang.

c)

tiada sesiapa dapat menjangkakan untung atau malang nasib seseorang.

d)

semakin tinggi ilmu dan darjat seseorang, dia tetap merendah diri serta tidak menyombong diri.

13.

Encik Solihin dan isterinya Puan Azidah menyayangi serta menjaga anak mereka bagai ______________ sehinggalah anak mereka dewasa.

a)

bapa borek, anak rintik

b)

helang hendak menerkam tikus

c)

melentur buluh biarlah dari rebungnya

d)

menatang minyak yang penuh

14.

Sebagai murid, kita perlu bijak merencanakan setiap tindakan supaya kehidupan kita teratur dan selamat kerana ____________.

a)

masa itu emas

b)

cegah sebelum parah

c)

biar lambat asalkan selamat

d)

bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat

15.

Penyokong mencemuh sikap pengadil yang __________ ketika mengadili perlawanan akhir badminton itu.

a)

berat sebelah

b)

ringan tulang

c)

lipas kudung

d)

tumbuk rusuk