wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

ULANGKAJI SEJARAH TING.3 #1

Total questions: 80

Worksheet time: 40mins

Name
Class
Date
1.

Maklumat berikut berkaitan hierarki pemerintahan di Negeri-negeri Melayu

·

Sistem Kesukuan

·

Sistem Kesultanan

·

Sistem Ketua Bebas

Apakah kerajaan yang melaksanakan system pemerintahan tersebut?

a)

SABAH

b)

PAHANG

c)

SARAWAK

d)

TERENGGANU

2.

Orang Eropah memerlukan barangan mewah dari China.

Apakah barangan mewah tersebut?

I. TEH

II. EMAS

III. REMPAH

IV. TEMBIKAR

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan IV

d)

III dan IV

3.

Mengapakah berlaku pertikaian antara British dengan Belanda di Alam Melayu?

a)

Mengalami perang saudara di Eropah

b)

Menyaingi perebutan kawasan jajahan

c)

Menganggap masing-masing lebih kuat

d)

Mendakwa Singapura di bawah pengaruhnya

4.

Antara berikut, yang manakah merupakan syarat Perjanjian London 1824 terhadap British?

a)

Berundur dari Sumatera

b)

Mengiktiraf pelabuhan Singapura

c)

Menyerahkan Melaka kepada Belanda

d)

Membuka petempatan baharu di Johor

5.

Apakah strategi Perlis untuk mengelakkan gangguan kuasa lain?

a)

Pertahanan diperkukuhkan

b)

Dasar tutup pintu diteruskan

c)

Hubungan baik dengan Siam

d)

Pentadbiran pusat diperkenalkan

6.

Pasukan Askar Timbalan Setia Negeri Johor telah tubuhkan pada tahun 1885.

Mengapakah pasukan tersebut ditubuhkan?

I. Melindungi institusi diraja

II. Mengawal perairan negeri

III. Mengatasi masalah jenayah

IV. Menjaga keselamatan Sultan

a)

I DAN II

b)

I DAN IV

c)

II DAN IV

d)

III DAN IV

7.

Apakah asas pembentukan sistem kesukuan di Sarawak dan Sabah?

a)

Kepatuhan kepada adat

b)

Kesatuan mengikut kaum

c)

Kesetiaan pada pemimpin

d)

Ketaatan ada undang-undang

8.

Sultan Abdul Mumin telah menyerahkan Sungai Rajang kepada James Brooke dengan bayaran 4500 Dolar Sepanyol setahun.

Mengapakah baginda bertindak demikian?

a)

Mengelakkan penguasaan Barat di kawasan pemerintahannya

b)

Membanteras ancaman lanun yang berleluasa di Sarawak

c)

Membantu menghapuskan kebangkitan orang tempatan

d)

Mengekalkan kedudukannyu sebagai raja Sarawak

9.

Mengapakah British meninggalkan kawasan berikut pada bulan November 1805?

|||| Pulau Balambangan||||

a)

Serangan lanun

b)

Masalah kewangan

c)

Lokasi tidak strategik

d)

Pemberontakan penduduk

10.

Terusan Suez telah dibuka dan menghubungkan Pelabuhan Said di Laut Mediterrenian dan Suez di Laut Merah.

Apakah kesan yang dibawa oleh pembukaan Terusan Suez terhadap negara kita?

a)

Mutu hasil dagangan meningkat

b)

Kedatangan orang Barat merosot

c)

Perusahaan maritim diperkenalkan

d)

Urusan perdagangan bertambah cepat

11.

Apakah syarat yang ditetapkan oleh Sultan Abdullah ketika Francis Light ingin membuka penempatan di Pulau Pinang?

a)

SHTI menyerang Siam

b)

Pulau Pinang dimajukan

c)

Kedah diberi perlindungan

d)

Kedaulatan Pulau Pinang dipelihara

12.

Apakah persamaan negeri Pulau Pinang, Melaka dan Singapura sebelum dibentuk menjadi Negeri-negeri Selat

a)

Pusat Keagamaan

b)

Pelabuhan perdagangan

c)

Pangkalan tentera British

d)

Pusat kebudayaan Alam Melayu

13.

Antara berikut, pilih DUA faktor tarikan Sungai Linggi sehingga mendapat perhatian pembesar-pembesar kerajaan Negeri Sembilan?

a)

Laluan perdagangan

b)

Sumber pungutan cukai

c)

Benteng pertahanan utama

d)

Lokasi kegiatan dagangan

14.

Apakah DUA kaedah yang digunakan oleh James Brooke untuk menguasai pemerintahan di Sarawak?

a)

Tipu muslihat

b)

Ketenteraan

c)

Rundingan

d)

Pajakan

15.

Apakah DUA faktor Syarikat Borneo Utara British (SBUB) ingin menguasai Sabah?

a)

Kedudukan stratergik

b)

Kebangkitan rakyat

c)

Tawaran pemerintah

d)

Kekayaan hasil negeri

16.

Siapakah Residen British Pertama di Perak?

a)

J.W.W. Birch

b)

Martin Lister

c)

J.G. Davidson

d)

William Jervouis

17.

Dialog berikut mungkin dituturkan ketika berlaku pertikaian antara British dengan Belanda mengenai Singapura.


Belanda : Singapura milik kami!

British : Tidak! Singapura milik kami!


Bagaimanakah perbalahan ini diselesaikan?

a)

Menubuhkan Negeri-negeri Selat

b)

Menandatangani Perjanjian Pangkor

c)

Menandatangani Perjanjian London, 1824

d)

Membentuk Negeri-negeri Melayu Bersekutu

18.

Apakah peristiwa yang menjayakan campur tangan British di Selangor?

a)

Serangan rumah api di Tanjung Rachado

b)

Pergaduhan kongsi gelap cina

c)

Kemangkatan Raja Sulaiman

d)

Perang saudara di Klang

19.

Pilih kerajaan yang terawal di negara kita.

a)

JOHOR

b)

PERLIS

c)

KEDAH

d)

KELANTAN

20.

Mengapakah usaha British untuk menggabungkan pentadbiran Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu dengan Negeri Negeri Melayu Bersekutu gagal?

a)

Melibatkan kos yang besar

b)

Tercetusnya Perang Dunia Kedua

c)

Berlaku perubahan dasar di Britain

d)

Mendapat tentangan raja Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu

21.

Rajah menunjukkan ciri-ciri ekonomi moden.

Apakah X dan Y?


I. Penggunaan mata wang

II. Perubahan bentuk ekonomi

III. Penggunaan teknologi moden

IV. Pengeluaran dalam skala besar

a)

A. I dan II

b)

B. II dan III

c)

C. III dan IV

d)

D. I dan IV

22.

Modal yang besar diperlukan untuk mempertingkatkan proses pengeluaran dalam sektor....

a)

A. Perlombongan

b)

B. Perusahaan

c)

C. Pembuatan

d)

D. Pertanian

23.

Syarikat Borneo Utara British (SBUB) melakukan pelaburan dalam penanaman

a)

A. Teh Ceylon

b)

B. Tembakau

c)

C. Rumbia

d)

D. Kopi

24.

Dinasti Brooke tidak menggalakkan pembukaan ladang getah oleh syarikat asing

Mengapakah Brooke bertindak sedemikian?

a)

A. Untuk menanam tembakau

b)

B. Untuk melabur dalam perlombongan

c)

C. Untuk mengeksport tanaman tradisional

d)

D. Untuk melindungi ekonomi penduduk tempatan

25.

Pilih jawapan yang betul

a)

A. I dan II

b)

B. II dan III

c)

C. III dan IV

d)

D. I dan IV

26.

Mengapakah British membawa masuk buruh luar dari China dan India?

a)

A. Kepesatan kegiatan perlombongan dan pertanian

b)

B. Kekosongan pekerjaan di kampung-kampung

c)

C. Kekurangan tukang-tukang urut tradisional

d)

D. Keperluan dalam industri pemotoran

27.

Kegiatan perlombongan dan pertanian di negara kita dijalankan secara besar-besaran.

Apakah tujuan British berbuat demikian?

a)

A. Menampung bahan mentah negeri Melayu

b)

B. Memenuhi keperluan pasaran di Barat

c)

C. Memenuhi permintaan tempatan

d)

D. Memberi keuntungan kepada Barat

28.

Maklumat berikut berkaitan Akta Tanah Simpanan Melayu.


Pada tahun 1913, Majlis Mesyuarat

Persekutuan meluluskan Akta Tanah Simpanan Melayu


Pada pendapat anda, mengapakah British meluluskan akta tersebut?

a)

A. Melindungi kepentingan peribumi

b)

B. Melindungi hak tanah persendirian

c)

C. Melindungi kepentingan ekonomi British

d)

D. Melindungi buruh-buruh asing di negeri Melayu

29.

Buruh dari China dibawa masuk ke negara kita melalui

a)

A. Sistem Kangani

b)

B. Sistem Buruh

c)

C. Sistem Imigran

d)

D. Sistem Kontrak

30.

Jabatan yang ditubuhkan untuk meningkatkan keberkesanan sistem pengairan ialah

a)

A. Jabatan Pertanian

b)

B. Jabatan Pos dan Telegraf

c)

C. Jabatan Kereta Api Tanah Melayu

d)

D. Jabatan Parit dan Tali Air

31.

Apakah ciri-ciri ekonomi moden yang diperkenalkan oleh British di Tanah Melayu?

a)

Pertanian

b)

Perikanan

c)

Teknologi

d)

Perkhidmatan

32.

Manakah padanan yang betul bagi kawasan perlombongan yang dijalankan oleh pihak penjajah di Tanah Melayu?

a)

Antimoni - Kuala Lumpur

b)

Emas - Pekan Pahang

c)

Bijih Timah - Batu Arang Selangor

d)

Arang Batu - Lembah Kinta

33.

Manakah padanan yang betul bagi kawasan perlombongan yang dijalankan oleh pihak penjajah di Sarawak?

a)

Petroleum - Bau

b)

Bijih Timah - Kuching

c)

Emas - Miri

d)

Arang Batu - Sadong

34.

Antara berikut, syarikat manakah yang telah menanam modal dalam aktiviti perlombongan di Sabah?

a)

Syarikat Gopeng Consolidated

b)

The Anglo-Saxon Petroleum Company

c)

Syarikat Cowie Harbour Coal

d)

Eastern Smelting Company

35.

Kelapa sawit ditanam secara komersial oleh pemodal Perancis di...

a)

Kuala Selangor

b)

Kuala Kangsar

c)

Hulu Langat

d)

Taiping

36.

Antara berikut, yang manakah merupakan syarikat yang melabur dalam pertanian komersial di Tanah Melayu?

a)

Straits Trading Company

b)

Pahang Consolidated Company Limited

c)

Syarikat Malayan Tin Dredging

d)

Syarikat Guthrie

37.

Pemodal yang terlibat dalam perusahaan getah di Sarawak ialah?

a)

British North Borneo Para Rubber

b)

British North Borneo Company

c)

Manchester North Borneo Company Limited

d)

Syarikat Borneo Berhad

38.

Apakah kaedah yang digunakan untuk menoreh getah?

a)

Sistem Hidrulik

b)

Sistem torehan tulang ikan hering

c)

Sistem torehan tulang ikan parang

d)

Sistem Jumbo Drilling

39.

Buruh dari manakah yang dibawa masuk oleh Charles Brooke pada tahun 1901?

a)

Buruh cina dari Guangzhou

b)

Buruh cina dari Peking

c)

Buruh cina dari Foochow

d)

Buruh cina dari Beijing

40.

Apakah enakmen yang diperkenalkan oleh pihak British bagi menghalang orang Melayu menanam getah dan tanaman komersial yang lain?

a)

Akta Tanah Simpanan Melayu

b)

Enakmen Tanah Padi 1917

c)

Land Settlement Order

d)

Ordinan Tanah Getah 1900

41.

Rajah berikut berkaitan dengan sistem kerajaan berpelembagaan di Terengganu.

Siapakah tokoh X berikut ___________________

a)

Sultan Ibrahim

b)

Sultan Muhammad II

c)

Sultan Zainal Abidin III

d)

Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah

42.

Gambar berikut merupakan tokoh yang terlibat dalam pentadbiran Syarikat Borneo Utara British (SBUB) di Sabah?

Apakah peranan tokoh tersebut kepada masyarakat tempatan ?

a)

Pegawai daerah

b)

Mengetuai Jabatan

c)

Mengusahakan pembalakan

d)

Hakim di Mahkamah Anak Negeri

43.

Logo berikut digunakan oleh pasukan Rejimen Askar Melayu.


Sejauhmanakah semangat dapat dizahirkan melalui logo tersebut?


I Kedaulatan undang-undang

II Memupuk sikap bersatu padu

III Menegakkan kesucian agama Islam

IV Keberanian mempertahankan raja dan negara

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

I dan III

d)

III dan IV

44.

Antara berikut, perjanjian manakah yang tidak diterima oleh sultan di Negeri-negeri Melayu Utara?

a)

Persetiaan British dengan Sultan Kedah 1791

b)

Perjanjian Bangkok 1909

c)

Perjanjian British- Johor 1914

d)

Perjanjian British-Kedah 1923

45.

Mengapakah pemerintah Negeri-negeri Melayu Utara tidak mahu menerima penasihat British selepas perjanjian Bangkok 1909?

a)

Kedudukan politik raja dan pembesar terancam

b)

Berusaha mempertahankan hak dan identiti negeri

c)

British mengambil alih peranan pemerintah di negeri masing masing

d)

British memberi layanan buruk kepada pemerintah Negeri-negeri Melayu Utara

46.

Apakah tujuan kerajaan Johor dan Terengganu menggubal Undang-Undang Tubuh ?

a)

Memudahkan pentadbiran negeri

b)

Memperkenalkan Birokrasi Barat

c)

Memperkukuh kuasa pemerintahan negeri

d)

Memperkenalkan sistem pentadbiran secara demokrasi

47.

Jadual berikut merupakan inisiatif Sultan yang telah memperkenalkan Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri masing-masing.

Apakah iktibar yang dapat diambil daripada perlaksanaan Undang-undang tersebut?

a)

Berwaspada terhadap anasir luar

b)

Bijak dalam membuat keputusan

c)

Sentiasa berusaha memajukan negara

d)

Bekerjasama menegakkan undang-undang

48.

Apakah sumbangan Wan Muhammad Saman sebagai Perdana Menteri Kedah yang pertama?

a)

Membangunkan bidang pertanian

b)

Memodenkan sistem pengangkutan

c)

Meningkat aktiviti perlombongan

d)

Menggubal undang-undang tubuh negeri

49.

Gelaran berikut diberikan kepada tokoh pemodenan negeri Johor


  • Digelar Dato’ Bentara Dalam
  • Digelar Bapa Pendidikan Melayu Johor

Siapakah pembesar berwibawa tersebut?

a)

Dato’ Jaafar bin Muhammad

b)

Dato’ Abdul Rahman bin Andak

c)

Dato’ Muhammad Ibrahim Munsyi

d)

Dato’ Muhammad Salleh bin Perang

50.

Tengku Menteri Ngah Ibrahim mempelajari sistem pentadbiran daripada Sultan Johor bagi memajukan daerah Larut.

Mengapakah usaha beliau terhenti?

a)

Pembangunan tergendala akibat campurtangan British

b)

Beliau dipaksa oleh British untuk bersara awal

c)

Beliau dijatuhkan hukuman mati

d)

Beliau dibuang negeri

51.

Persidangan Raja- raja Melayu dikenali sebagai Durbar merupakah wadah pertemuan

antara Raja-raja Melayu dengan British.

Apakah peranan Raja-raja Melayu dalam Durbar?


I . Menyelesaikan pertikaian

II. Berperanan sebagai jurubicara

III. Melindungi kepentingan bangsa

IV. Penggubal undang-undang kerajaan negeri

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

52.

Apakah nilai yang dicontohi dari usaha pembesar negeri memajukan negeri-negeri Melayu?

a)

Berkorban

b)

Bijaksana

c)

Taat setia

d)

Berani

53.

Apakah persamaan di antara Raja Chulan, Raja Di Hilir Perak dengan Dato’ Abdullah Haji Dahan, Undang Luak Rembau?

a)

Merupakan Ahli Majlis Persekutuan

b)

Menjawat jawatan Syeikhul Islam

c)

Merupakan tokoh pejuang kemerdekaan

d)

Merupakan pembesar negeri yang dibersarakan awal oleh British

54.

Siapakah tokoh yang telah menjadikan Kedah sebagai negeri Jelapang Padi di negara kita.

a)

Tengku Menteri Ngah Ibrahim

b)

Wan Muhamad Saman

c)

Tengku Muhammad

d)

Long Jaafar

55.

Berikut adalah sumber utama negeri Sarawak


Antimoni

Emas

X

Pada tahun 1820-an Sarawak merupakan pengeksport utama antimoni, emas dan X .

Apakah X ?

a)

Bijih timah

b)

Sagu

c)

Kelapa

d)

Petroleum

56.

Kemunculan ekonomi di Sarawak dan Sabah telah mewujudkan pelabuhan seperti Kota Batu, Santubung , Banjarmasin dan Sambas.

Apakah kegiatan utama penduduk ketika itu?

a)

Pertanian

b)

Perikanan

c)

perdagangan

d)

Pembalakan

57.

Tindakan diplomasi membuktikan kesungguhan Raja-raja Melayu menghadapi cabaran perluasan kuasa Barat. Apakah usaha yang dilakukan Sultan Abu Bakar dalam

mengekalkan kedaulatan kesultanan Johor sehingga tahun 1914.


I Menubuhkan Lembaga Penasihat

II Menandatangani perjanjian dengan British

III Membuat rundingan untuk menyelesaikan masalah

IV Mengadakan hubungan baik dengan kerajaan Negeri-negeri Selat.

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

58.

Undang-undang Bagi Diri Kerajaan Terengganu mengandungi 53 fasal.

Apakah kandungan penting berkaitan perlantikan Ahli Mesyuarat Negeri?


I Boleh terdiri daripada orang bukan beragama Islam

II Mestilah rakyat negeri

III Bersemangat patriotik

IV Berbangsa Melayu

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

59.

Apakah tindakan yang telah diambil oleh tokoh di bawah untuk menyekat kemaraan British di Johor?

I Memastikan perairan Johor dan Singapura selamat untuk Perdagangan

II Memindahkan pusat pentadbiran Johor ke Teluk Belanga, Singapura

III Memperkenalkan Sistem Kangani

IV Memodenkan pentadbiran negeri

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

60.

Peranan pemerintah tempatan dan pembesar negeri telah berjaya melambatkan perluasan kuasa British di negara kita. Apakah iktibar yang boleh dipelajari daripada kenyataan tersebut. .

a)

Sikap berhati-hati dan berwaspada

b)

Bekerjasama dengan penjajah

c)

Menandatangani perjanjian

d)

Menghormati penjajah

61.

15 Julai 1909, British telah melantik X sebagai penasihat British di Perlis. Siapakah X?

a)

Meadow Frost

b)

Meadow Frozt

c)

W.G Maxwell

d)

Cecil Cllementi Smith

62.

28 April 1930, satu perjanjian ditandatangani oleh Perlis. Apakah kesan daripada perjanjian tersebut?

a)

Perlis masih menjadi naungan Siam

b)

Perlis bebas daripada British

c)

Perlis menjadi naungan British secara rasmi

d)

Perlis menjadi naungan Belanda

63.

Kedah secara rasmi menjadi naungan British pada 1923. Namun, Kedah mampu mengekalkan identiti negeri Melayu. Apakah ia?

a)

Cuti umum pada hari Sabtu

b)

Melantik pegawai British sahaja

c)

Penggunaan Bahasa Inggeris

d)

Kalendar Hijrah, Cuti umum pada hari Jumaat

64.

SultanMuhammad IV enggan bersetuju dengan Perjanjian Bangkok 1909 telah menyebabkan British berunding dengan baginda. Apakah kesan daripada rundingan tersebut?

a)

J.S Mason dihantar ke Kelantan sebagai Penasihat British

b)

W.G Maxwell dilantik sebagai penasihat British di Kedah

c)

Sultan Kelantan boleh berhubung denga kuasa luar

d)

Sulatan Kelantan tidak boleh campur tangan dalam hal keagamaan juga

65.

Berdasarkan Perjanjian Terengganu-British 1919 berlaku perubahan kuasa di dalam negeri Terengganu. Apakah yang dimaksudkan dengan perubahan kuasa tersebut?

a)

Wakil British menjadi Sultan Terengganu

b)

Status Wakil British bertukar kepada Penasihat British

c)

Penasihat British boleh campur tangan dalam hal adat resam Melayu

d)

penggunaan Kalendar HIjrah

66.

Kesungguhan British mengusai Negeri melayu utara terhasil dengan

a)

Perjanjian London

b)

Perjanjian Bangkok

c)

Tipu helah British

d)

Perjanjian Damai

67.

Siam dan British mementingkan kedudukan pengaruh masing masing tanpa mengambil kira..pilih 3 jawapan

a)

keturunan

b)

soal kebudayaan

c)

geografi

d)

etnik dan agama

68.

Perjanjian Bangkok 1909 telah berjaya memecahbelahkan ..

a)

perpaduan kaum

b)

hubungan etnik

c)

hubungan persaudaraan

d)

Wilayah negeri melayu utara

69.

British dan siam bersetuju menjadikan __________________________sebagai pembahagian atau garis sempadan berdasarkan perjanjian Bangkok.

a)

Lembah sungai

b)

laut

c)

tasik

d)

kolam

70.

Sultan ___________________________berasa tersinggung kerana tidak dibawa berunding berkaitan dengan negeri Kedah.

a)

Abdul Samad

b)

Abdul Hamid Halim Shah

c)

Muhammad

d)

Ismail petra

71.

1.Perjanjian ini telah memecahbelahkan wilayah negeri-negeri Melayu Utara. Apakah perjanjian tersebut?

a)

A. Perjanjian Bangkok 1909

b)

B. Perjanjian Bangkok 1910

c)

C. Perjanjian Terengganu-British

d)

D. Perjanjian Pangkor

72.

2.Berikut merupakan negeri-negeri Melayu Utara. Kecuali?

a)

A. Kedah

b)

B. Perlis

c)

C. Johor

d)

D. Terengganu

73.

3.Perjanjian Bangkok telah menyebabkan Perlis kehilangan wilayah _____________.

a)

A. Tabal

b)

B. Setul

c)

C. Butang

d)

D. Pujoh

74.

4.Baginda mengumpamakan Kedah dijual seperti seekor kerbau. Siapakah baginda?

a)

A. Sultan Abdul Hamid Halim Shah

b)

B. Raja Syed Alwi Jamalullail

c)

C. Sultan Zainal Abidin III

d)

D. Sultan Idris Murshidul Adzam Shah

75.

5.Sultan Zainal Abidin III tidak mengiktiraf perjanjian Bangkok kerana menganggap penghantaran ___________ hanya sekadar tanda persahabatan.

a)

A. Sutera

b)

B. Bijih Timah

c)

C. Bunga emas

d)

D. Kuprum

76.

6.Berikut merupakan tindakan raja Melayu dalam menangani cabaran barat. Kecuali..

a)

A. Tuntutan melalui durbar

b)

B. Keengganan menerima penasihat British

c)

C. Mengadakan persahabatan

d)

D. Diplomasi menangani tekanan British

77.

7.Antara yang berikut, yang manakah kepentingan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor?

a)

A. Mengimbangi kuasa negeri-negeri Melayu Utara

b)

B. Mengimbangi kuasa British dan mempertahankan identiti negeri.

c)

C. Menghalang campur tangan Siam

d)

D. Meluaskan wilayah Johor

78.

8.Tindakan penasihat British mengibarkan bendera Union Jack dikediamannya dianggap mencabar identiti negeri. Siapakah penasihat british tersebut?

a)

A. Meadow Frost

b)

B. Humprheys

c)

C. J.S Mason

d)

D. W.G Maxwell

79.

9.Antara berikut, yang manakah merupakan langkah yang diambil oleh Sultan Abu Bakar dalam menangani tekanan British?

a)

A. Bertemu dengan Siam

b)

B. Menubuhkan lembaga penasihat Johor di London

c)

C. Mengadakan hubungan baik dengan Siam

d)

D. Menandatangani perjanjian dengan British

80.

10.Sistem kangcu merupakan satu sistem yang........

a)

A. Menggalakkan pemodenan negeri

b)

B. Memperkenalkan sistem tanaman baharu

c)

C. Menjamin keselamatan perdagangan

d)

D. Menggalakkan kemasukan orang Cina untuk mengusahakan tanaman.