WorksheetsSUKA-SUKA PROSA
Total questions: 15
Worksheet time: 14mins
Raja Siam iaitu (a) menghantar wakil untuk berjumpa dengan Sultan Muzaffar Syah meminta supaya Melaka menyembah / mengaku ketuanan Raja Siam (membayar ufti)
Sultan Melaka iaitu (a) telah menolak permintaan Raja Siam yang meminta Melaka menyembah / mengaku ketuanan Raja Siam (membayar ufti).
Raja Siam marah lantas menghantar hulubalangnya iaitu (a) menyerang Melaka. Sultan Muzaffar mengetahui berita itu.
Baginda mengumpulkan semua orang lelaki di Melaka. (a) dari kelang mengumpulkan orang lelaki dari Kelang dengan keluarga mereka bertujuan supaya mereka berperang dengan bersungguh-sungguh demi menyelamatkan keluarga mereka. Tentera Siam dapat dikalahkan.
Kebijaksanaan Tun Perak mendapat perhatian sultan dan diminta tinggal di Melaka serta dilantik sebagai (a) .
Namun begitu, terdapat seorang dari Kelang yang iri hati kepada Tun Perak lalu memfitnahnya. Sultan memanggil Tun Perak mengadap untuk mengetahui kedudukan perkara sebenar. Tun Perak memberitahu Sultan Muzaffar bahawa beliau bertugas untuk Negara, dan meminta Sultan Muzaffar memecatnya jika mempercayai fitnah tersebut. Sultan Muzaffar sangat gembira dengan ketegasan Tun Perak lalu melantiknya sebagai perdana menteri dengan gelaran (a) .
Kedudukan Tun Perak setaraf dengan seorang lagi pegawai iaitu (a) di balai perjumpaan. Ekoran pelantikan tersebut, penduduk Melaka berpecah kepada dua kumpulan.
Bagi mengelakkan permusuhan antara Paduka raja dan Seri Nara Diraja, Sultan Muzaffar nekad untuk menceraikan isterinya iaitu (a) (anak bendahara Seri Wak Raja iaitu saudara Paduka Raja) supaya dapat dikahwinkan dengan Seri Nara Diraja.
Setelah beberapa lama kemudian, orang Siam, iaitu di bawah panglima (a) mahu menyerang Melaka lagi. Sultan Muzaffar memerintahkan Bendahara Paduka Raja agar bersiap sedia untuk menentang orang Siam.
Seri Bija Diraja juga diperintahkan untuk membantu Bendahara Paduka Raja untuk mengusir orang Siam yang telah menghampiri Batu Pahat. Bendahara Paduka Raja telah memerintahkan (a) supaya menaiki perahu untuk memeriksa perahu Siam.
Setelah hari malam, Bendahara Paduka Raja mengarahkan agar pohon-pohon kayu bakau, nyirih, dan tumpu api-api dibakar. Tindakan tersebut telah dilihat oleh orang Siam. Hulubalangnya berpendapat bahawa kelengkapan di negeri (a) sungguh banyak. Dengan itu, orang Siam menjadi takut dan tidak jadi berperang lalu kembali ke Siam semula.
Sultan Muzaffar merayakan kemenangan askar Melaka dengan hadiah persalinan baru. Di Siam,Paduka Babunnya sangat marah. Baginda mengarahkan anaknya iaitu (a) untuk menyerang Melaka dengan pelbagai kelengkapan dan perahu yang sangat banyak bilangannya.
Apabila mendengar berita itu, Sultan Muzaffar memerintahkan seorang yang warak (kuat ugama) iaitu (a) menggunakan kesaktiannya
Dia menggunakan panahnya, dan mengarahkan panahnya itu ke Siam sambil mengatakan Cau Pandan akan mati. Di Siam, Cau Pandan berasa sakit dada kemudian (a) lalu mati.
Setelah 42 tahun memegang takhta, akhirnya Sultan Muzaffar Syah pun mangkat. Takhta Melaka telah digantikan oleh anakanda baginda, iaitu (a) dengan gelaran Sultan Mansur Syah.
