wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

APLIKASI TEKANAN UDARA DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN

Total questions: 11

Worksheet time: 6mins

Name
Class
Date
1.
Mengapakah air tidak boleh disedut masuk ke dalam picagari apabila omboh di tarik ke atas?
a)
Tekanan udara di dalam picagari lebih tinggi daripada tekanan atmosfera.
b)
Tekanan udara di dalam picagari lebih rendah daripada tekanan atmosfera.
c)
Tekanan udara di dalam picagari sama daripada tekanan atmosfera.
2.
Apabila disedut, udara di dalam penyedut minuman disingkirkan. Kawasan tekanan ___________ terhasil di dalam penyedut minuman. Tekanan udara di luar yang lebih _____________ menolak air masuk ke dalam penyedut minuman. 
a)
Tinggi , Rendah
b)
Tinggi, Tinggi
c)
Rendah, Tinggi
d)
Rendah, Rendah
3.

Antara alat berikut, yang manakah menggunakan prinsip tekanan udara?

a)

sifon

b)

penyedut minuman

c)

kipas

d)

pam sedut

4.

Rajah menunjukkan tin susu pekat dengan 2 lubang di tebuk bagi membolehkan susu mengalir dengan lebih mudah. Jelaskan tindakan ini.

a)

kerana tekanan udara dalam tin susu lebih tinggi berbanding luar tin

b)

kerana tekanan udara dalam tin susu lebih rendah berbanding luar tin

c)

kerana tekanan udara dalam tin susu adalah sama dengan luar tin.

5.
Apabila pelocok ditekan ke bawah, udara di dalamnya dipaksa keluar. Kawasan tekanan _______ terhasil. Tekanan udara di luar yang lebih ________ menekan penyedut getah dan melekapkannya pada permukaan sinki. Apabila pelocok ditarik ke atas, tekanan yang lebih ______ di dalam saluran paip menolak keluar kotoran yang tersumbat. 
a)
Rendah, Tinggi, Rendah
b)
Rendah, Tinggi, Tinggi
c)
Tinggi, Rendah, Rendah
d)
Tinggi, Rendah, Tinggi
6.
Semua udara dapat disingkirkan jika mangkuk penyedut getah ditekan di bahagian ___________________. 
a)
tepi
b)
tengah
7.
Mengapa Amirul tidak dapat menyedut air dalam gelas dengan menggunakan penyedut minuman seperti di Rajah. 
a)
Tekanan atmosfera adalah lebih tinggi daripada tekanan udara dalam penyedut minuman
b)
Tekanan atmosfera adalah lebih rendah daripada tekanan udara dalam penyedut minuman
c)
Tekanan atmosfera adalah sama dengan tekanan udara dalam penyedut minuman
d)
Tekanan atmosfera adalah tidak sama dengan tekanan udara dalam penyedut minuman
8.
Rajah menunjukkan sinki dapur Farah yang telah tersumbat. Cadangkan alatan yang boleh digunakan untuk membantu Farah menyelesaikan masalahnya.
a)
Pam sedut/ Pelocok
b)
Sifon
c)
Pam Penyembur
d)
Picagari
9.
Rajah menunjukkan susu pekat dituangkan keluar daripada sebuah tin. Dua lubang diperlukan untuk menuang susu pekat lebih mudah daripada tin itu. Ini adalah kerana
a)
susu itu berada dalam keadan cecair
b)
tekanan atmosfera di luar tin berkurang
c)
tekanan udara di dalam tin dan di luar tin adalah sama
d)
tekanan udara menolak udara masuk ke dalam suatu lubang dan menolak susu keluar daripada satu lubang lagi.
10.
Apabila menggunakan gas di bawah tekanan tinggi, antara langkah-langkah berjaga yang perlu diambil termasuklah
  I.   silinder gas perlu disimpan berjauhan daripada sumber haba.
II. silinder gas perlu sentiasa diletak dalam keadaan tegak.
III. silinder gas tidak sepatutnya disimpan dalam keadaan tertutup.
IV. silinder gas perlu sentiasa dijaga kebersihannya
a)
I dan III sahaja
b)
II dan IV sahaja
c)
I, II dan III sahaja
d)
I, II, III dan IV
11.
Aktiviti yang manakah mengaplikasikan prinsip tekanan udara?
a)
memanaskan campuran serbuk besi dan sulfur
b)
menyulingkan campuran air dan alkohol
c)
memindahkan air di dalam akuarium dengan menggunakan sifon
d)
menggunakan serbuk penaik untuk membuat kek span.