Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

INTERVENSI 07

Total questions: 38

Worksheet time: 1hrs 14mins

Name
Class
Date
1.

Kuantiti fizik manakah adalah kuantiti asas?

a)

Arus elektrik

b)

Berat

c)

Halaju

d)

Ketumpatan

2.

Rajah menunjukkan sebuah tolok skru mikrometer. Apakah fungsi X?

a)

untuk menentuukur bacaan.

b)

untuk mengukur diameter dalam

c)

untuk mencengkam objek yang diukur

d)

untuk mengelakkan tekanan berlebihan kepada objek

3.

Rajah di atas menunjukkan kedudukan sebiji botol sebelum dan selepas alas meja disentap. Konsep fizik manakah menyebabkan botol itu kekal pegun?

a)

inersia

b)

impuls

c)

momentum

d)

gerakan linear

4.

Rajah menunjukkan dua biji bola yang serupa, P dan Q, bergerak ke arah satu sama lain dengan halaju v dan 2v masing-masing. Perlanggaran di antara dua biji bola itu adalah perlanggaran kenyal.

Pernyataan manakah yang betul tentang perlanggaran kenyal itu?

a)

Momentum bola P sebelum perlanggaran adalah sama dengan momentum bola Q sebelum perlanggaran.

b)

Jumlah momentum sebelum perlanggaran adalah sama dengan jumlah momentum selepas perlanggaran.

c)

Tenaga kinetik bola P sebelum perlanggaran adalah sama dengan tenaga kinetik bola Q sebelum perlanggaran.

d)

Jumlah tenaga kinetik sebelum perlanggaran tidak sama dengan jumlah tenaga kinetik selepas perlanggaran.

5.

Rajah menunjukkan seorang budak lelaki mendarat dengan kakinya bengkok dalam kategori lompat jauh.Kenapa budak membengkokkan kakinya?

a)

Untuk mengurangkan momentum

b)

Untuk menambahkan geseran

c)

Untuk menambahkan masa hentaman

d)

Untuk mengurangkan impuls

6.

Rajah A, B, C dan D manakah yang menunjukkan daya-daya berada dalam keseimbangan?

a)

A

b)

B

c)

C

d)

D

7.

Rajah menunjukkan beban 1 kg yang digantung pada susunan spring, X, Y dan Z. Semua spring adalah serupa. Perbandingan yang manakah betul tentang pemanjangan X, Y dan Z?

a)

X < Y < Z

b)

Y < Z < X

c)

Z < Y < X

d)

Y < X < Z

8.

Rajah menunjukkan dua roda yang berbeza P dan Q. Roda yang manakah akan tenggelam lebih ke dalam tanah yang lembut, dan mengapa?

a)

P Tekanan yang kecil ke atas tanah

b)

P Tekanan yang besar ke atas tanah

c)

Q Tekanan yang kecil ke atas tanah

d)

Q Tekanan yang besar ke atas tanah

9.

Rajah menunjukkan satu silinder yang mengandungi air. Berapakah tekanan pada titik P?

[Ketumpatan air = 1000 kg m-3]

a)

8.0 x 102 N m-2

b)

1.2 x 103 N m-2

c)

8.0 x 104 N m-2

d)

1.2 x 105 N m-2

10.

Rajah menunjukkan cecair silikon dikeluarkan dari tiubnya dengan menggunakan Senapang Tiub Silikon .

Prinsip manakah yang menerangkan situasi itu?

a)

Prinsip Bernoulli.

b)

Prinsip Pascal

c)

Prinsip Archimedes

d)

Prinsip Keabadian Momentum

11.

Rajah menunjukkan sebuah kapal yang penuh dengan beban terapung di atas permukaan air laut.

Jika air yang tersesar oleh kapal ialah 400 m3, berapakah jumlah keseluruhan berat kapal dan muatan? [Ketumpatan air laut = 1020 kgm-3]

a)

4.08 x 103 N

b)

4.08 x 104 N

c)

4.08 x 105 N

d)

4.08 x 106 N

12.

Rajah menunjukkan pandangan atas sebuah kapal layar yang berlayar menentang arah tiupan angin.

Pernyataan manakah betul?

a)

Tekanan udara di Q lebih rendah daripada tekanan udara di P

b)

Tekanan udara di P lebih rendah daripada tekanan udara di Q

c)

Laju udara di P lebih tinggi daripada laju udara di Q

d)

Operasi sistem adalah berdasarkan kepada prinsip Pascal

13.

Sebuah pemanas yang mempunyai spesifikasi 240 V, 2.0 kW mengambil masa 10 s untuk meningkatkan suhu suatu cecair berjisim 500 g sebanyak 5 oC. Apakah muatan haba tentu cecair tersebut?

a)

0.8 Jkg-1 °C -1

b)

8.0 Jkg-1 °C -1

c)

8 x 10-3 Jkg-1 °C -1

d)

8 x 103 Jkg-1 °C -1

14.

Rajah menunjukkan udara terperangkap dalam sebuah bekas yang terapung di permukaan air laut pada waktu tengahari. Pada waktu malam isipadu udara yang terperangkap berkurang.

Hukum manakah yang menerangkan situasi ini?

a)

Hukum Boyle

b)

Hukum Charles

c)

Hukum Tekanan

15.

Rajah menunjukkan suatu gas terperangkap dalam satu tiub kaca pada suhu 25 °C

Apakah yang berlaku kepada panjang turus gas terperangkap jika suhu bertambah kepada 70 °C ?

a)

Tidak berubah

b)

Bertambah

c)

Berkurang

16.

Graf yang manakah menunjukkan hubungan antara tekanan dan suhu mutlak bagi satu jisim gas yang tetap pada isipadu malar?

a)

A

b)

B

c)

C

d)

D

17.

Rajah 1 menunjukkan satu sinar cahaya merambat dari medium X ke medium Y.

Rajah 2 menunjukkan satu sinar cahaya merambat dari medium X ke medium Z. Susun ketumpatan optik medium mengikut susunan menaik.

a)

X, Y, Z

b)

Y, X, Z

c)

Z, X, Y

d)

Z, Y, X

18.

Satu objek diletakkan 20.0 cm di hadapan sebuah kanta cekung dengan panjang fokus 15.0 cm.

Berapakah jarak imej?

a)

5.00 cm

b)

8.57 cm

c)

35.00 cm

d)

60.00 cm

19.

Rajah manakah yang menunjukkan penghasilan gelombang membujur?

a)
b)
c)
d)
20.

Rajah menunjukkan satu kapal selam memancarkan gelombang ultrasonic ke arah satu batu besar di dasar laut. Selepas 8.3 saat, kapal selam mengesan gelombang terpantul. Hitung jarak antara kapal selam dan batu besar

[ Halaju gelombang ultrasonik = 1560 ms-1]

a)

3.760 km

b)

6.474 km

c)

12.948 km

d)

25.896 km

21.

Rajah menunjukkan muka gelombang merambat menuju pantai dari laut. Adalah diperhatikan laut lebih tenang di teluk berbanding di tanjung. Fenomena ini dikenali

a)

Pantulan

b)

Pembiasan

c)

Pembelauan

d)

Interferens

22.

Kenapa bunyi berfrekuensi rendah digunakan dalam siren ambulans?

a)

mudah dibiaskan

b)

mudah dibelaukan

c)

mengalami interferens

d)

menghasilkan bunyi yang lebih kuat

23.

Seorang pelajar memperoleh keputusan yang berikut dalam suatu eksperimen dwicelah Young.


Panjang gelombang cahaya yang digunakan = 6.5 × 10–7 m

Jarak dari dwicelah ke skrin = 1.8 m

Pemisahan celah = 0.2 mm


Berapakah jarak antara dua pinggir gelap berturutan pada skrin?

a)

5.85 ´ 10–3 m

b)

5.85 ´ 10–6 m

c)

7.22 ´ 10–8 m

d)

7.22 ´ 10–11 m

24.

Graf manakah yang menunjukkan kelansingan dan kenyaringan paling tinggi?

a)
b)
c)
d)
25.

Rajah menunjukkan sebatang lilin diletakkan dalam satu medan elektrik.

Pemerhatian bentuk api adalah kerana

a)

bilangan ion negatif lebih banyak daripada bilangan ion positif.

b)

bilangan ion positif lebih banyak daripada bilangan ion negatif.

c)

ion negatif lebih berat daripada ion positif.

d)

ion positif lebih berat daripada ion negatif

26.

Rajah menunjukkan sebuah litar elektrik. Bacaan ammeter ialah 3.0 A. Berapakah arus yang mengalir melalui setiap perintang 4 Ω?

a)

1.5 A

b)

3.0 A

c)

4.0 A

d)

6.0 A

27.

Rajah menunjukkan satu litar elektrik. Apabila suis dibuka bacaan voltmeter adalah 9.0 V. Berapakah bacaan voltmeter apabila suis ditutup?

a)

Lebih besar daripada 9.0 V

b)

Lebih kecil daripada 9.0 V

c)

9.0 V

28.

Rajah menunjukkan sebuah litar elektrik. Berapakah kuasa yang dilesapkan dalam perintang apabila suis ditutupkan?

a)

0.5 W

b)

1.5 W

c)

2.0 W

d)

18.0 W

29.

Rajah menunjukkan radas yang disediakan oleh seorang murid untuk membina sebuah loceng elektrik. Logam yang manakah patut digunakan untuk dijadikan teras?

a)

Aluminium

b)

Besi lembut

c)

Kuprum

d)

Keluli

30.

Rajah menunjukkan seutas dawai yang membawa arus di antara kutub-kutub sepasang magnet kekal. Apakah arah daya pada dawai itu?

a)

A

b)

B

c)

C

d)

D

31.

Rajah menunjukkan sebuah magnet berayun di dalam satu solenoid. Tindakan manakah akan mengurangkan pesongan jarum galvanometer?

a)

Menukar kekutuban magnet

b)

Meningkatkan panjang spring

c)

Meningkatkan kadar ayunan magnet

d)

Meningkatkan bilangan lilitan solenoid

32.

Elektrik yang dijana oleh stesen kuasa dihantar pada voltan tinggi oleh kabel penghantaran ke kawasan perumahan kerana

a)

arus berkurang

b)

kelajuan penghantaran meningkat

c)

rintangan kabel berkurang

d)

sesetengah alat elektrik di rumah memerlukan voltan kerja yang tinggi

33.

Zarah manakah yang dipancarkan daripada proses pancaran termion?

a)

Neutron

b)

Proton

c)

Alur elektron

d)

Zarah alfa

34.

Rajah menunjukkan bentuk gelombang radio yang diterima oleh sebuah penerima ringkas.

Apakah bentuk gelombang yang terhasil selepas melalui satu diod?

a)
b)
c)
d)
35.

Rajah menunjukkan litar transistor. Berapakah bacaan V2 apabila V1 ialah 2.5 V?

a)

2.5 V

b)

6.5 V

c)

9.0 V

d)

11.5 V

36.

Jisim awal suatu unsur radioaktif ialah 15g dan separuh hayatnya ialah 7 hari.

Pernyataan manakah yang betul tentang jisim unsur radioaktif itu?

a)

7 hari sebelum, jisimnya ialah 30 g

b)

14 hari sebelum, jisimnya ialah 120 g

c)

7 hari sebelum, jisimnya ialah 3.5 g

d)

14 hari sebelum, jisimnya ialah 7.5 g

37.

Bekas yang digunakan untuk menyimpan sisa bahan radioaktif mestilah diperbuat daripada

a)

plumbum

b)

kayu

c)

plastik

d)

aluminium

38.

Rajah menunjukkan satu siri pereputan radioaktif bagi nukleus J kepada nukleus M. Berapakah bilangan zarah alfa dan zarah beta yang dipancarkan dalam proses ini?

a)

Bilangan zarah alfa : 2

Bilangan zarah beta : 1

b)

Bilangan zarah alfa : 1

Bilangan zarah beta : 2

c)

Bilangan zarah alfa : 2

Bilangan zarah beta : 2

d)

Bilangan zarah alfa : 1

Bilangan zarah beta : 1