WorksheetsLatihan Peribahasa
Total questions: 15
Worksheet time: 8mins
Jalan raya menuju ke Cameron Highlands agak curam dan bengkang-bengkok seperti ______________ .
aur ditarik songsang
bumi dengan langit
pinang dibelah dua
ular kena palu
Hubungan keluarga Encik Majid dan Dato’ Halim seperti ______________.
melukut di tepi gantang
cincin dengan permata
aur dengan tebing
ular kena palu
Kampung Setia terpilih sebagai kampong contoh pada peringkat kebangsan kerana penduduknya mengamalkan cara hidup _________________________.
isi dengan kuku
enau dalam belukar
berat sama dipikul, ringan sama dijinjing
berat mata memandang, berat lagi bahu memikul
Ibu Anita sangat jelita, manakala bapanya tampan dan bergaya. Mereka diibaratkan bagai ________________.
isi dengan kuku
cincin dengan permata
aur dengan tebing
bulan dipagari bintang
Pak Amin dan Mak Bedah memastikan anak-anaknya mendapat didikan ilmu agama yang mencukupi kerana bagi mereka ___________________________.
tepuk dada tanya selera
bersatu teguh, bercerai roboh
bagaimana acuan begitulah kuihnya
melentur buluh biarlah daripada rebungnya
Setelah 10 tahun menetap di England, akhirnya Encik Saleh membawa keluarganya pulang ke tanah air.
Seperti kerbau di cucuk hidung
Seperti si buta mendapat tongkat
Seperti gagak pulang ke benua
Seperti aur dengan tebing
Hazim dan Zahin merupakan saudara kembar. Wajah mereka hampir sama.
bagai pelanduk dua serupa
Bagai isi dengan kuku
Bagai belangkas
Bagai bulan dengan matahari
Iman dan Imani merupakan saudara kembar. Hubungan mereka sangat rapat.
Bagai cincin dengan permata
Bagai isi dengan kuku
Bagai kera mendapat bunga
Bagai buku dengan ruas
Fatih kelihatan tercengang-cengang kehairanan kerana pertama kali melancong ke Seoul, Korea Selatan .
Seperti langit dengan bumi
Bagai kunyit dengan kapur
Seperti pungguk rindukan bulan
Seperti rusa masuk kampung
Encik Zailan berasa amat gelisah ketika duduk di luar bilik pembedahan itu kerana menanti isterinya menjalani pembedahan.
seperti kera mendapat bunga
Seperti katak kena simbah air
seperti cacing kepanasan
Seperti langau di ekor gajah
Jelaskan maksud peribahasa, "Bagai mencurah air ke daun keladi"
Memberikan nasihat atau ajaran kepada seseorang yang tidak akan menerima ajaran tersebut.
Orang yang mendapat sesuatu barang yang disukai akan bersifat tamak dan tidak akan memberikan barang itu kepada orang lain.
Perasaan yang sangat pedih
Percakapan seseorang yang tidak boleh dipercayai.
Jelaskan maksud peribahasa berikut:-
Bagai kacang lupakan kulit
Percakapan seseorang yang tidak boleh dipercayai.
Orang yang melupakan jasa orang lain terhadapnya.
Makin banyak ilmu atau makin tinggi pangkat makin merendah diri.
Memanjakan anak dengan penuh kasih sayang.
Jurang perbezaan yang terlalu besar
Bagai tikus jatuh ke beras
Bagai bulan jatuh ke riba
Bagai dihiris dengan sembilu
Bagai langit dengan bumi
Seseorang yang dianggap tidak berguna dan tidak dipedulikan
Seperti rumput di tepi jalan
Bagai tikus jatuh ke beras
Berpantang maut sebelum ajal
Yang lama dikelek, yang baharu didukung
Orang yang selalu bertengkar
Bagai aur dengan tebing
Air dicincang tidak akan putus
Seperti anjing dengan kucing
Bagai dihiris sembilu
