NEW
Font size
WorksheetsTATABAHASA UPSR
Total questions: 30
Worksheet time: 13mins
“…………… berjanji akan belajar bersungguh-sungguh demi kecemerlangan dalam peperiksaan SPM pada tahun ini,” ikrar murid-murid Tingkatan 5 SMK Kuala Kurau.
Saya
Kami
Kamu
Kalian
Salina lebih suka mengulangkaji pelajaran di dalam bilik yang …………… kerana lebih mudah mengingati pelajaran yang dibaca.
Nyaring
Tegang
Sunyi
Kasar
Lelaki yang berbadan ………………. itu telah berjaya dalam temu duga menjadi anggota tentera.
kurus
tegap
buncit
gempal
Melisa menghidangkan sedulang jus oren di atas meja …………….. menjemput tetamunya minum.
jika
lalu
agar
serta
Para guru sanggup mengorbankan masa dan tenaga …………. kejayaan murid-murid dalam pelajaran.
terhadap
antara
sejak
demi
Mereka lari .................. apabila dikejar oleh seekor lembu yang mengamuk akibat dari kehilangan anaknya.
hiruk pikuk
kelam kabut
lintang pukang
compang camping
KATA NAMA : Kakak Mila membeli ___________ biskut berbentuk bunga dan bintang.
tekapan
tenunan
adunan
acuan
Ayah berusaha untuk __________ bakat adik dalam bidang lukisan dengan menghantarnya bertanding.
menerap
mengelap
menggilap
mengasuh
"Pertandingan lukisan itu akan dimulakan pada __________ masa sahaja,"kata kakak kepada ibu.
bila-bila
siapa-siapa
mana-mana
wak-waktu
Kami mengambil keputusan untuk mengambil jalan _________ menuju ke kampung.
jauh
cepat
pintas
singkat
Datuk dan nenek berasa gembira apabila melihat __________ anak dan cucunya semasa mereka pulang ke kampung.
suka duka
pahit manis
gurau senda
tepuk tampar
Kami sedang berbincang _________ rancangan berkelah pada minggu hadapan.
akan
dalam
tentang
terhadap
Cikgu Rosli memberi taklimat tentang _________ bermain alat muzik.
tatacara
tataetika
tatatertib
tatarias
Nasi lemak yang dimasak oleh kakak agak _________ sedikit kerana terlebih air.
lembut
keras
cair
lembik
Perahu itu _________ dipukul ombak menyebabkan abang menjadi pening dan mual.
lalu-lalang
olang-aling
simpang-siur
tunggang-langgang
Ayah menggunakan sebatang galah untuk __________ buah rambutan di atas pokok.
mengait
menjolok
menunjal
memetik
Kemunculan Cikgu Ariffin di dalam Buletin Utama telah menjadi perbualan dalam kalangan murid di sekolahnya.
buah hati
buah tangan
buah mulut
buku lima
Bangunan yang unik itu dibina oleh pekerja-pekerja mahir di bawah pengawasan __________ tempatan yang bertauliah.
jurutera
juruselam
juruhebah
jurugegas
Pihak sekolah akan mengadakan gotong-royong bagi _________ taman herba yang telah lama terbiar itu.
perindah
perindahkan
memperindah
memperindahkan
Zamir terpaksa menghentikan lariannya ketika merentas desa kerana kakinya _____.
kaku
kejang
kebas
keras
Saiful berjalan ______ ke sekolah kerana kakinya terseliuh akibat terjatuh dari basikal semalam.
terkial-kial
terhuyung-hayang
terpontang-panting
terhincut-hincut
Puan Zita sedang menunjukkan cara-cara untuk ______ bakul kepada anaknya.
menganyam
menenun
menyulam
menjalin
Farah menjadi _______ apabila diminta untuk menggantikan Amani yang tidak hadir untuk menyampaikan ucapan bersempena dengan Hari Guru.
bidang terjun
kutu embun
pisau cukur
rabun ayam
Pilih ayat yang betul.
Encik Hakimi sekeluarga tinggal sehelai sepinggan selepas kebakaran itu.
Para peserta-peserta dikehendaki mendaftarkan diri pada hari Sabtu depan.
Jeremy mencatat segala barang-barang yang hendak dibeli.
Berbagai jenis makanan yang enak dijual di gerai itu.
Pilih ayat yang betul.
Sri Irama Restoran menyediakan pelbagai jenis masakan Melayu.
Hisyam tersentap bila namanya dipanggil oleh Cikgu Yusuf.
Setengah-setengah murid tidak suka menyertai kegiatan kokurikulum.
Trofi kemenangan bagi pertandingan pidato disampaikan oleh guru besar pada para pemenang.
Juruacara majlis itu _________ para hadirin ________ selera.
menjemputkan ... berjamu
menjemput ... menjamu
jemputan ... menjamu
dijemput ... berjamu
