NEW
Font size
WorksheetsPENDIDIKAN ISLAM TAHUN 2
Total questions: 15
Worksheet time: 5mins
AL-QURAN
Berapakah bilangan ayat di dalam surah al-Falaq?
3 ayat
4 ayat
5 ayat
6 ayat
AL-QURAN
Pilih kalimah yang mengandungi huruf mad asli (و )
اَعُوذُ
طَوِيلاً
نَدرِى
وَتَوَلى
JAWI
Pilih ejaan yang mengandungi rangkai kata dan tulisan jawi yang betul.
بيليك تيدر
كاسوت بولا
ناسي ليماق
قاري ايكن
JAWI
Pilih jawapan yang betul dan sesuai.
_____________ كامل سوك برمأين
كوكو
بوكو
بولا
توماتو
AKIDAH
Maksud Asma'ul Husna - 'al-Ahad'
Hari Ahad
Tiada yang berhak disembah melainkan Allah
Nabi Muhammad pesuruh Allah
Allah adalah Esa
AKIDAH
Pernyataan berikut adalah benar mengenai malaikat KECUALI ______________
Malaikat tidak pernah melakukan dosa dan maksiat
Malaikat dicipta daripada cahaya
Malaikat perlu makan dan minum
Bilangan malaikat yang wajib diketahui ialah 10
IBADAH
Berikut adalah orang yang wajib solat, KECUALI ____________
Gila
Islam
Baligh
Berakal
IBADAH
Berikut adalah bacaan wajib semasa solat, KECUALI
Lafaz takbiratul ihram
Membaca doa iftitah
Membaca surah al-Fatihah
Ucapan salam pertama
SIRAH
_______________ melindungi Nabi Muhammad S.A.W dalam perjalanan baginda.
Langit
Pokok
Pelangi
Awan
SIRAH
Bilal bin Rabah telah dijemur di _____________
Padang pasir
Padang bola
Madinah
Makkah
SIRAH
Namakan sahabat Nabi Muhammad SAW yang diberi gelaran as-Siddiq
Ali bin Abu Talib
Bilal bin Rabah
Sumayyah binti Khayyat
Abu Bakar
ADAB DAN AKHLAK
Maksud sahabat ialah ______
Orang yang tinggal berhampiran dengan rumah kita
Orang yang belajar bersama-sama dengan kita di sekolah
Orang yang tinggal bersama-sama kita di rumah
Orang yang dikenal rapat dan mereka sentiasa bersama kita semasa susah mahupun senang
ADAB DAN AKHLAK
Pilih pernyataan yang betul tentang adab bersahabat
Kita perlu sentiasa mengejek sahabat untuk memupuk kemesraan
Elakkan berbaik dengan sahabat sendiri
Berikan nasihat secara berhikmah untuk sahabat
Sahabat sentiasa membiarkan kawannya dalam kesusahan
ADAB DAN AKHLAK
Adab selepas makan dan minum ialah ______
Mengambil makanan yang paling hampir
Tidak meniup makanan dan minuman yang masih panas
Membasuh tangan
Menggunakan tangan kanan
ADAB DAN AKHLAK
Pilih situasi yang menunjukkan seseorang itu beradab semasa berdoa
Laila berbual-bual ketika berdoa
Khaidir berdoa dengan suara yang nyaring
Semasa berdoa, Iman bermain telefon bimbit
Adam berdoa menghadap ke arah kiblat
