wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KUIZ KATA ADJEKTIF

Total questions: 70

Worksheet time: 1hrs 10mins

Name
Class
Date
1.

Dapur ibu ________ sekali.

a)

nyaris

b)

bersih

c)

jauh

d)

sunyi

2.

Ayah mengajak kami sekeluarga pergi berkelah kerana cuaca pada hari ini sungguh _________.

a)

mendung

b)

cerah

c)

gelap

3.

Tapak tangan ayah menjadi _______ kerana tidak dijaga dengan baik.

a)

kasar

b)

halus

c)

licin

4.

Rambutnya berbau ______ selepas dicuci dengan syampu.

a)

hapak

b)

hancing

c)

harum

5.

Baju kurung itu diperbuat daripada kain yang ________.

a)

lembut

b)

kasar

c)

keras

6.

Ibu telah menyediakan hidangan yang ______ untuk kami sekeluarga sempena Tahun Baru Cina.

a)

pedas

b)

lazat

c)

basi

7.

Kelihatan beberapa ekor ikan sedang berenang di dalam sungai yang ______ itu.

a)

harum

b)

kotor

c)

jernih

8.

Udara di Genting Highland sangat ________.

a)

busuk

b)

nyaman

c)

panas

9.

Pengelap lantai itu menjadi ______ setelah dua tahun digunakan.

a)

pandai

b)

bersih

c)

buruk

10.

Buah limau itu ______________rasanya.

a)

masin

b)

pahit

c)

manis

11.

Suara penyanyi itu sungguh__________.

a)

merdu

b)

lantang

c)

senyap

d)

besar

12.

Kek coklat yang dibeli oleh ibu sangat__________.

a)

pahit

b)

manis

c)

pedas

d)

masin

13.

Limau ini amat __________.

a)

tawar

b)

masin

c)

manis

d)

masam

14.

Bola ragbi berbentuk _____________.

a)

bujur

b)

bulat

c)

segi tiga

d)

segi empat

15.

Rambut Aliya berwarna hitam dan ____________.

a)

kerinting

b)

panjang

c)

bengkok

d)

pendek

16.

Bunga mawar berbau _________.

a)

harum

b)

busuk

c)

hancing

d)

hanyir

17.

Ikan itu berbau ______________.

a)

hancing

b)

hanyir

c)

busuk

d)

wangi

18.

Pemandangan di sini sangat ____________.

a)

cantik

b)

hodoh

c)

indah

d)

kacak

19.

Hari ini, Ben Li kelihatan __________.

a)

cantik

b)

hodoh

c)

buruk

d)

kacak

20.

Abang terjatuh kerana lantai sangat ____________.

a)

licin

b)

panas

c)

tajam

d)

keras

21.

Setiap _______ Isnin sekolah saya ada perhimpunan pagi.

a)

petang

b)

pagi

c)

subuh

22.

Setiap _______ saya beriadah di padang.

a)

petang

b)

awal

c)

pantas

23.

Abu bangun _______ supaya tidak lewat ke sekolah.

a)

perlahan

b)

lambat

c)

awal

24.

Walaupun kura - kura berjalan _____ tetapi dia dapat mengalahkan arnab.

a)

pantas

b)

perlahan

c)

awal

25.

Ali merupakan pelari harapan sekolah yang paling _______ .

a)

licin

b)

perlahan

c)

laju

26.

Tindakan polis yang ________ dapat menangkap penculik itu.

a)

pantas

b)

perlahan

c)

awal

27.

Shira selalu datang _______ kerana bangun __________ .

a)

lewat/ awal

b)

awal/ lambat

c)

lewat/ lambat

28.

Aktiviti senaman ________ dijalankan dalam masa yang ________ sahaja kerana hujan.

a)

pagi/ singkat

b)

pagi/ lama

c)

petang/ laju

29.

Kereta ini bergerak _________

a)

lambat

b)

laju

c)

awal

30.

Syafi menang pingat emas kerana dia berlari sangat ________ .

a)

pantas

b)

awal

c)

lewat

31.

KATA ADJEKTIF WAKTU yang manakah BETUL penggunaannya.

a)

Amira memasak dengan laju.

b)

Aliya berlari sangat perlahan.

c)

Azira belajar dengan pantas.

32.

KATA ADJEKTIF WAKTU yang manakah BETUL penggunaannya.

a)

Saya akan datang lewat kerana ada hal.

b)

Saya akan datang perlahan kerana ada hal.

c)

Saya akan datang laju kerana ada hal.

33.

KATA ADJEKTIF WAKTU yang manakah BETUL penggunaannya.

a)

Ana selalu datang awal ke sekolah.

b)

Ana selalu datang pantas ke sekolah.

c)

Ana selalu datang singkat ke sekolah.

34.

Pakaian yang sudah ______ itu hendaklah dibuang.

a)

baru

b)

lama

c)

terang

35.

Usah dikenang kisah _________ .

a)

lambat

b)

silam

c)

antik

36.

Dia mengulangkaji di perpustakaan sehari _________ .

a)

semalam

b)

suntuk

c)

subuh

37.

Jalan ______ di kampung itu telah dibaiki.

a)

lama

b)

baharu

c)

pantas

38.

Dia balik ________ kerana kerjanya belum siap.

a)

lewat

b)

awal

c)

cepat

39.

Ahmad berjalan ke rumah Siti yang _________ dengan rumahnya.

a)

jauh

b)

pantas

c)

perlahan

d)

dekat

40.

Kereta Ayah letak di tempat yang __________ dari rumah kerana tidak mempunyai ruang yang cukup.

a)

hampir

b)

cepat

c)

jauh

d)

pantas

41.

Ali duduk __________ dengan tingkap dalam kelas saya.

a)

nyaris

b)

perlahan

c)

hampir

d)

pantas

42.

Razi membuat kerja rumahnya dengan ____________ supaya tiada kesalahan.

a)

nyaman

b)

singkat

c)

gopoh

d)

teliti

43.

Bapa membersihkan takungan air dengan ____________ kerana pihak pengawai kesihatan akan melakukan kerja-kerja pembasmian nyamuk aedes pada petang ini.

a)

pantas

b)

perlahan

c)

lambat

d)

cuai

44.

Vivian bertindak ______________ semasa membuat kerja rumahnya kerana ingin memain permainan komputer.

a)

cermat

b)

berhati-hati

c)

lambat

d)

gopoh

45.

Kura-kura itu bergerak dengan ____________ sebelum masuk ke dalam sungai.

a)

pantas

b)

perlahan

c)

lekas

d)

cermat

46.

Encik Lim mengalami kemalangan jalan raya kerana bertindak ____________ semasa memandu keretanya.

a)

berhati-hati

b)

cuai

c)

cermat

d)

laju

47.

Kita mestilah ______________ semasa melintas jalan raya.

a)

bertindak lekas

b)

bergerak cepat

c)

berhati-hati

d)

berjimat cermat

48.

"Berapa ________ dari Alor Setar ke Hatyai?" tanya pelancong Thai itu kepada Puan Liza.

a)

dekat

b)

jauh

c)

singkat

d)

hampir

49.

Sang Arnab ___________ tertinggal di belakang kura-kura.

a)

A. jauh

b)

B. pantas

c)

C. hampir

d)

D. nyaris

50.

Laila __________ dilanggar oleh sebuah lori semasa melintas jalan raya.

a)

A. dekat

b)

B. nyaris

c)

C. jauh

d)

D. perlahan

51.

Kura-kura itu merangkak 爬 dengan _____________

a)

A. perlahan

b)

B. cepat

c)

C. lincah

d)

D. selalu

52.

Ming Keong __________ menziarahi datuk dan neneknya yang tinggal di kampung.

a)

A. perlahan

b)

B. cermat

c)

C. gopoh

d)

D. sering

53.

Rumah Arif __________ dengan sekolah.

a)

A. pantas

b)

B. nyaris

c)

C. dekat

d)

D. jelas

54.

Adik berlari dengan _____________ ke garisan penamat.

a)

A. deras

b)

B. pantas

c)

C. gopoh

d)

D. sering

55.

Najwa menaiki dan menuruni tangga dengan __________.

a)

A. nyaris

b)

B. dekat

c)

C. jauh

d)

D. cermat

56.

Dolah memakai pakaiannya dengan _________ dan kemudian berlari meninggalkan bilik itu.

a)

A. gopoh

b)

B. cermat

c)

C. lincah

d)

D. perlahan

57.

Puan Wahida........menyiapkan tempahan baju pelanggannya walaupun hari telah lewat malam.

a)

Masih

b)

Belum

c)

Dapat

d)

Sudah

58.

Shahira........mengikuti seminar kecemerlangan UPSR anjuran sisipan Didik pada tahun lepas.

a)

sedang

b)

pernah

c)

belum

d)

masih

59.

Buah jambu batu yang masih muda itu tidak termakan oleh Rahayu kerana rasanya yang .........

a)

masam

b)

payau

c)

kelat

d)

tawar

60.

Soalan 4 berdasarkan rajah di atas.


Para peserta ekspedisi terpaksa menyeberangi sungai itu dengan menggunakan tali kerana arus sungai agak........

a)

sarat

b)

deras

c)

gopoh

d)

kencang

61.

Ayah saya ..........menjalani pembedahan jantung dua tahun yang lalu.

a)

masih

b)

pernah

c)

mungkin

d)

belum

62.

Sarmeela berasa sungguh cemas ______

a)

cukup

b)

sekali

c)

terlalu

d)

paling

63.

Sarmeela bergerak _____ perlahan kerana suasana biliknya itu gelap.

a)

agak

b)

sekali

c)

pasti

d)

jangan

64.

Keadaan di sekeliling rumah Sarmeela sangat _______ kerana terputus bekalan elektrik.

a)

kabur

b)

gelap

c)

terang

d)

cerah

65.

Hujan turun dengan _______ sekali dan suasana amat sejuk.

a)

renyai

b)

basah

c)

lebat

d)

lencun

66.

Suiz kabel utama rumah Sarmeela ______ panas ketika dia menyentuhnya.

a)

cukup

b)

kurang

c)

lambat

d)

basah

67.

Perasaan Sarmeela menjadi amat ________ kerana dia keseorangan ketika itu.

a)

sedih

b)

gementar

c)

takut

d)

gembira

68.

Angin bertiup _______ kencang diikuti kilat dan bunyi guruh.

a)

sekali

b)

terlalu

c)

cukup

d)

tidak

69.

Ayah dan ibu Sarmeela bergegas pulang ke rumah kerana _____ risau keselamatan anaknya itu.

a)

sekali

b)

amat

c)

cukup

d)

tidak

70.

Daging itu dihiris ............. agar cepat empuk.

a)

tebal

b)

gemuk

c)

nipis

d)

kurus