wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

TRIAL SPM 2020 (Miri, Sarawak)

Total questions: 40

Worksheet time: 21mins

Name
Class
Date
1.

Aktiviti perniagaan dapat dibahagikan kepada aktiviti berasaskan barang dan perkhidmatan. Antara yang berikut, yang manakah merupakan aktiviti berasakan perkhidmatan?

a)

Pembuatan

b)

Penternakan

c)

Pemasangan

d)

Pengangkutan

2.

Kerajaan memberi subsidi minyak agar harga minyak di pasaran tidak meningkat secara berterusan. Apakah kaedah perniagaan yang digunakan?

a)

Secara percuma

b)

Jualan pada harga kos

c)

Jualan pada harga di atas kos

d)

Jualan pada harga di bawah kos

3.

Antara yang berikut, yang manakah menerangkan kelebihan bentuk perniagaan usaha sama?

a)

Cara pengurusan yang sama

b)

Mudah mendapat bahan mentah

c)

Membantu memperluaskan pasaran

d)

Visi dan misi antara duua pihak adalah sama

4.

Maklumat di bawah berkaitan skala perniagaan.


Aktiviti perniagaan yang melibatkan sebuah negara dengan negara lain. Barang yang dihasilkan dieksport ke luar negara.


Skala perniagaan tersebut ialah ...

a)

skala zon

b)

skala negeri

c)

skala tempatan

d)

skala kebangsaan

5.

Sektor Perniagaan terdiri daripada Primer, X, dan Tertier.


Manakah yang mewakili X?

a)

Pertanian

b)

Pembinaan

c)

Kejuruteraan

d)

Perkhidmatan awam

6.

Sebab undang-undang yang berkaitan dengan perlindungan pengguna digubal ialah ...

a)

mengawal perjalanan aktiviti perniagaan

b)

menggalakan rakyat menceburi bidang perniagaan

c)

menjadi sumber pembiayaan untuk menjalankan aktiviti perniagaan

d)

melindungi pengguna supaya tidak ditindas oleh peniaga yang tidak beretika

7.

Maklumat di bawah ini berkaitan dengan Langkah yang diambil oleh kerajaan untuk mengatasi sejenis pengangguran.


1. Melaksanakan dasar fiskal dan kewangan untuk mengatasi masalah kemelesetan ekonomi.

2. Perniagaan terus dapat beroperasi dan mengelakkan pengurangan bilangan pekerja.


Apakah jenis pengangguran yang berkenaan?

a)

Pengangguran bermusim

b)

Pengangguran teknologi

c)

Pengangguran kitaran

d)

Pengangguran struktur

8.

Maklumat berikut berkaitan dengan analisis SWOT.


Faktor dalaman yang membawa kesan negatif kepada perniagaan seperti kekurangan kepakaran.


Faktor tersebut dikenal sebagai ...

a)

peluang

b)

ancaman

c)

kekuatan

d)

kelemahan

9.

Situasi manakah yang berkaitan dengan gaya pengurusan sederhana?

a)

Majikan bertindak tegas dengan pekerja

b)

Majikan terlalu memberi ruang kepada pekerja mereka

c)

Majikan menjaga hubungan baik dengan pekerja mereka

d)

Majikan menjalinkan hubungan baik dengan pekerja mereka

10.

Maklumat berikut berkaitan dengan Excellent Sdn. Bhd..


Sewa kilang RM4,500

Kos bahan mentah seunit RM13

Kos buruh langsung seunit RM15

Harga jualan seunit RM43


Hitungkan titik pulang modal bagi syarikat tersebut.

a)

150 unit

b)

250 unit

c)

300 unit

d)

350 unit

11.

Apakah faedah pihak bank mengetahui misi sesebuah perniagaan?

a)

Menilai aktiviti perniagaan yang dijalankan

b)

Menentukan jumlah pinjaman perniagaan yang ingin diluluskan

c)

Menjangkakan kejayaan organisasi perniagaan pada masa panjang

d)

Menilai kemampuan organisasi perniagaan membayar balik pinjaman

12.

Pernyataan di bawah berkaitan dengan objektif sebuah restoran makanan laut.


Restoran Makanan Laut Emma ingin meningkatkan keuntungan sebanyak 25% dalam masa setahun


Apakah ciri-ciri SMART yang terdapat dalam objektif Restoran Makanan Laut Emma?

a)

Munasabah

b)

Ringkas

c)

Boleh diukur

d)

Boleh dicapai

13.

Maklumat yang berikut berkaitan dengan beberapa persoalan semasa membuat perancangan strategik.


· Apakah perniagaan yang sedang dijalankan?

· Siapakah pelanggan perniagaan tersebut?

Apakah jenis perniagaan yang ingin dijalankan pada masa akan datang?


Konsep perancangan strategik manakah yang berkaitan dengan persoalan berkenaan?

a)

Visi

b)

Misi

c)

Objektif

d)

Strategi

14.

Maklumat yang berikut berkaitan dengan pembangunan produk baharu.


Pada peringkat ini, satu kajian akan dilakukan untuk menilai ssesuatu idea produk baharu sebelum prototaip dibentuk.


Apakah peringkat tersebut?

a)

Penjanaan idea

b)

Penyaringan idea

c)

Pembangunan strategi pemasaran

d)

Pembangunan produk dan pengujian konsep

15.
a)

A

b)

B

c)

C

d)

D

16.

Maklumat yang berikut merujuk kepada salah satu bahagian fungsian dalam organisasi.


· Menjalankan urusan dalam organisasi

· Menguruskan rekod

Mengendalikan mmesyuarat


Apakah bahagian fungsian berkenaan?

a)

Kewangan

b)

Pentadbiran

c)

Sumber manusia

d)

Teknologi maklumat dan komunikasi (ICT)

17.

Susun tatacara pembelian bahan mentah dengan betul.


I Mencari pembekal yang sesuai

II Membuat pesanan pembelian

III Menilai pembekal-pembekal berdasarkan sebut harga yang dikemukakan

IV Menerima sebut harga daripada syarikat-syarikat pembekal

a)

I, II, IV, III

b)

IV, I, III, II

c)

I, IV, III, II

d)

IV, III, I, II

18.

Manakah antara berikut bukan fungsi utama bagi Standard Prosedur Operasi (SOP) dalam sesebuah organisasi?

a)

Polisi piawaian kerja

b)

Memelihara keselamatan pekerja

c)

Meminimumkan risiko dalam melaksanakan kerja

d)

Mewujudkan hubungan yang harmoni antara pekerja dengan majikan

19.

Maklumat yang berikut berkaitan dengan penggajian.


Encik Elden bertugas sebagai pengurus cawangan sebuah syarikat insurans. Beliau dibayar gaji asas sebanyak RM16 500 sebulan. Kadar caruman bulanan KWSP beliau ialah 11% dan bahagian majikan ialah 12%.


Berapakah jumlah caruman KWSP bagi Encik Elden dalam sebulan?

a)

RM1 320

b)

RM1 815

c)

RM2 760

d)

RM3 795

20.

Pada pendapat anda, apakah kelemahan struktur organisasi berdasarkan matriks?

a)

Berlaku konflik autoriti

b)

Berlaku perkongsian kepakaran

c)

Sesuai untuk organisasi kecil sahaja

d)

Memerlukan bilangan pekerja yang ramai

21.

Apakah maksud pengurusan sumber manusia?

a)

Satu usaha pembangunan pekerja dalam sesebuah organisasi bertujuan untuk memberikan latihan dan pembangunan yang mencukupi kepada pekerja

b)

Satu usaha pembangunan pekerja dalam sesebuah organisasi bertujuan untuk menilai prestasi pekerja supaya dapat memberikan insentif atau mengenakan hukuman

c)

Satu usaha pembangunan pekerja dalam sesebuah organisasi bertujuan untuk meningkatkan masi dan semangat pekerja supaya lebih bekerja kuat

d)

Satu usaha pembangunan pekerja dalam sesebuah organisasi bertujuan untuk menarik, membangun, dan mengekalkan pekerja yang berprestasi tinggi

22.

Manakah yang merujuk kepada pengurusan sumber teknologi bagi sebuah syarikat telefon pintar?

a)

Kilang dan mesin yang canggih

b)

Jenis dan model telefon yang pelbagai

c)

Mendaftar paten reka bentuk baharu telefon

d)

Bangunan dan kemudahan yang serba lengkap

23.

Gambar di atas merupakan sebuah agensi kerajaan.

Berdasarkan logo di atas, manakah antara berikut merupakan fungsi agensi tersebut?

a)

Menyediakan bangunan untuk sesebuah perniagaan

b)

Memberi khidmat nasihat berkaitan urusan harta intelek

c)

Mengukuhkan undang-undang harta intelek

d)

Memberi bantuan pinjaman kepada perniagaan yang baru memulakan operasi

24.

Gambar di atas menunjukkan alatan yang terdapat dalam Kedai Kek Enak.


Apakah tindakan yang perlu diambil oleh pemilik bagi memastikan kedua-dua alat tersebut dapat berfungsi dengan baik?

a)

Letak di tempat yang selamat

b)

Membeli polisi insurans kerosakan

c)

Menyelenggara peralatan secara berkala

d)

Melakukan kerja-kerja pembaikan dengan segera apabila rosak

25.

Pernyataan manakah yang berkaitan dengan pengurusan sumber teknologi bagi sebuah syarikat penerbitan?

a)

Menginsuranskan bangunan, mesin dan peralatan untuk mengelakkan risiko kerugian

b)

Menyelenggaraan mesin dan peralatan supaya proses pencetakan tidak tergendala

c)

Menerbitkan pelbagai jenis bahan bacaan untuk memenuhi keperluan pembaca

d)

Mendaftarkan hak cipta semua karya penulisan dengan MyIPO

26.

Apakah peranan syarikat pemfaktoran?

a)

Memberikan kemudahan overdraf kepada pelanggan

b)

Memberikan pinjaman kewangan kepada syarikat awam

c)

Menyewa aset tetap daripada institusi kewangan atau bank

d)

Mengutip hutang bagi pihak peniaga daripada pelanggan mereka

27.

Agensi kerajaan manakah yang mengamalkan konsep “pinjaman asas simpanan”?

a)

CGC

b)

MARA

c)

MOSTI

d)

TEKUN

28.

Jenis perniagaan manakah yang sesuai untuk memohon penerbitan syer sebagai sumber dana?

a)

Gerai Nasi Lemak Eunice

b)

Kedai Runcit Ella

c)

Perniagaan Perkongsian Elisha dan Ezandra

d)

Syarikat Everready Berhad

29.

Gambar berikut menunjukkan Kedai Dobi Cuci Elok.

Apakah jenis pembiayaan yang paling sesuai untuk mendapatkan mesin basuh perniagaan ini?

a)

Pajakan

b)

Gadaian

c)

Sewa beli

d)

Pemfaktoran

30.

Apakah fungsi nisbah semasa?

a)

Keupayaan perniagaan membeli aset secara tunai

b)

Keupayaan perniagaan membeli aset secara kredit

c)

Kemampuan perniagaan menjelaskan liabiliti jangka pendek

d)

Kemampuan perniagaan menjana keuntungan daripada aset sedia ada

31.

Berikut berkaitan dengan pihak berkepentingan kepada penyata kewangan sesebuah perniagaan.


Pembekal

Pemegang Saham

Pelabur

X


Siapakah X?

a)

Pihak pengurusan

b)

Institusi kewangan

c)

Pelanggan

d)

Pengimport

32.

Maklumat yang berikut menunjukkan kewangan Syarikat Elizabert Berhad.


Jualan RM1,500

Pulangan Jualan RM500

Premis RM1,500

Kenderaan RM500

Mesin RM500


Kirakan nisbah pusing ganti aset bagi Syarikat Elizabert Berhad.

a)

0.4 kali

b)

0.6 kali

c)

1.67 kali

d)

2.5 kali

33.

Apakah fungsi Penyata Aliran Tunai kepada usahawan?

a)

Menunjukkan penerimaan dan pembayaran perniagaan

b)

Membantu usahawan mengehadkan perbelanjaan semasa

c)

Menunjukkan kedudukan anggaran tunai pada masa depan

d)

Menjadi panduan kepada pihak bank untuk menuntut hutang

34.

Maklumat di bawah ini berkaitan dengan Encik Edward.


Encik Edward adalah pemilik sebuah farmasi yang Berjaya. Beliau terbaca satu laporan yang mengatakan bahawa bilangan penduduk negara akan bertambah pada kadar antara 8% dan 15% setiap tahun dari tahun 2019 hingga tahun 2025. Justeru, keperluan penjagaan kesihatan akan meningkat. Beliau mengambil keputusan untuk membuka rangkaian kedai farmasi di seluruh dunia.


Apakah ciri keperibadian usahawan yang dimiliki oleh Encik Edward?

a)

Berdikari

b)

Fleksibel

c)

Semangat sepasukan

d)

Pandai mengambil peluang

35.

Campuran pemasaran terdiri daripada harga, produk, promosi dan X.


Pernyataan manakah yang berkaitan dengan unsur yang bertanda X?

a)

Kos pengeluaran yang tinggi akan merugikan peniaga

b)

Pembungkusan penting untuk menjamin produk tahan lama

c)

Barang perlu diedarkan ke merata-rata tempat untuk meningkatkan jualan

d)

Peniaga perlu menjalankan kegiatan pengiklanan untuk meningkatkan jualan

36.

Maklumat di bawah ini berkaitan denfan Puan Everlyn.


Puan Everlyn merupakan pengusaha kilang batik. Beliau menggaji seramai 50 pekerja dalam kilangnya. Hasil beliau dieksport ke seluruh dunia.


Apakah kelebihan menjadi usahawan kepada masyarakat?

a)

Membuka peluang pekerjaan

b)

Sumber pendapatan diri dan keluarga

c)

Memenuhi keperluan dan kehendak masyarakat

d)

Dapat memperkenalkan produk tempatan ke luar negara

37.

Antara berikut, manakah merupakan kategori stok bergerak pantas?

a)

Beras

b)

Kereta

c)

Perabot

d)

Penyapu

38.

Apakah tujuan usahawan membuat permohonan carian nama syarikat?

a)

Untuk mencari nama syarikat yang telah muflis

b)

Untuk mencari nama syarikat yang digemari pengguna

c)

Untuk mengelakkan daripada menggunakan akta syarikat yang sama

d)

Untuk mengelakkan daripada menggunakan nama syarikat yang sama

39.

Apakah kepentingan Rancangan Perniagaan kepada peniaga?

a)

Mencari pekerjaan yang baharu

b)

Panduan memberikan pinjaman

c)

Garis panduan untuk menguruskan perniagaan

d)

Untuk membuat pelaburan di dalam perniagaan

40.

Antara yang berikut, yang manakah merupakan komponen rancangan operasi?

a)

Carta aliran proses

b)

Carta organisasi

c)

Spesifikasi kerja

d)

Susun atur ruang operasi