WorksheetsKuiz Ekonomi Ting 4 Cikgu Solehah
Total questions: 20
Worksheet time: 10mins
antara berikut, yang manakah paling tepat mengenai definisi ekonomi?
sains praktikal tentang pengeluaran dan pengagihan
satu kajian bagaimana manusia dapat memenuhi kehendak yang tidak terhad
sains kekayaan yang mengkaji kejayaan dan sebab terdapatnya kekayaan negara
satu kajian tentang cara bagaimana manusia bekerjasama untuk mencapai keperluan kebendaan
masalah utama ekonomi berlaku disebabkan oleh
sumber ekonomi yang tidak terhad berbanding dengan kehendak manusia yang tidak terhad
sumber ekonomi yang terhad berbanding dengan kehendak manusia yang tidak terhad
sumber ekonomi yang terhad berbanding dengan kehendak yang terhad
sumber-sumber ekonomi yang terhad
Pernyataan manakah benar tentang modal?
I Mempunyai mobiliti geografi
II Kuantiti penawarannya terhad
III Tidak mempunyai mobiliti tempat
IV Alat ciptaan manusia yang digunakan untuk menghasilkan keluaran
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Isi rumah menghadapi masalah kekurangan
pilihan
pendapatan
sumber hasil
faktor pengeluaran
Apakah yang menyebabkan wujudnya masalah kekurangan dalam ekonomi?
Kehendak manusia yang terhad dan sumber ekonomi juga terhad
Kehendak manusia yang terhad tetapi sumber ekonomi tidak terhad
Kehendak manusia yang tidak terhad tetapi sumber ekonomi yang terhad
Kehendak manusia yang tidak terhad dan sumber ekonomi juga tidak terhad
Mengapakah isi rumah perlu membuat pilihan perbelanjaan dengan cekap?
Berjimat-cermat dalam membuat perbelanjaan
Mengagihkan sumber ekonomi dengan cekap
Mengelakkan pembaziran sumber ekonomi
Memperoleh kepuasan yang maksimum
Apakah tujuan kerajaan membuat pilihan terhadap pelbagai projek pembangunan yang
akan dijalankan?
Memaksimumkan kepuasan
Memaksimumkan keuntungan
Meminimumkan kos pengeluaran
Memaksimumkan kesejahteraan masyarakat
Antara yang berikut, manakah andaian yang digunakan untuk membentuk keluk
kemungkinan pengeluaran?
I Tingkat harga tetap
II Tingkat teknologi tetap
III Terdapat tiga jenis barang
IV Sumber ekonomi mencapai tingkat guna tenaga penuh
I dan II
I dan III
II dan IV
III dan IV
Sebarang titik di dalam keluk kemungkinan pengeluaran menunjukkan
titik kecekapan
titik ketidakcekapan
titik yang tidak akan tercapai
kombinasi output maksimum
Antara yang berikut, yang manakah merupakan sumber ekonomi dalam kategori buruh mahir?
Petani
Siswazah
Tapak kilang
Pengurus Kilang
Maklumat berikut berkaitan dengan suatu sistem ekonomi.
Firma bersaing dengan bebas tanpa campur tangan kerajaan dan bermotifkan keuntungan dalam pengeluaran.
A. Ekonomi Islam
B. Sistem ekonomi kapitalis
C. Sistem ekonomi campuran
D. Sistem ekonomi perancangan pusat
Kemajuan teknologi dalam pengeluaran menyebabkan
penawaran bertambah
permintaan bertambah
permintaan berkurang
penawaran berkurang
Maklumat yang berikut berkaitan dengan satu situasi di pasaran ikan. " Laut bergelora dengan ombak setinggi 4 meter dijangka berterusan sehingga minggu depan. Keadaan ini amat berbahaya kepada bot-bot nelayan." Apakah kesan terhadap pasaran ikan?
Harga turun dan kuantiti bertambah
Harga naik dan kuantiti berkurang
Harga naik dan kuantiti bertambah
Harga turun dan kuantiti berkurang
Keseimbangan pasaran berlaku apabila kuantiti diminta _____________dengan kuantiti ditawarkan.
tinggi
kurang
sama
Bantuan yang diberikan oleh kerajaan kepada pengeluar dinamakan ___________
Cukai
Subsidi
Royalti
Derma
Logo tersebut merujuk kepada sebuah institusi kewangan di Malaysia.
Antara yang berikut, manakah yang merupakan fungsi institusi kewangan tersebut?
I Mengeluarkan wang kertas
II Mengawal rizab berkanun
III Menerima deposit dari firma besar
IV Memberikan khidmat nasihat terhadap pelaburan kerajaan
I, II dan III
I, II dan IV
I, III dan IV
II, III dan IV
Situasi manakah yang berkaitan
dengan kemudahan membuat bayaran perintah sedia ada?
Cik Wani ingin melanggan saham baru
Cik Rani membayar bil astro setiap bulan
Puan Yus membayar gaji pekerjanya
En. Munahz membayar premium insurans nyawa setiap bulan
Apakah kelemahan menggunakan tunai dalam sesuatu urus niaga?
Diterima secara meluas dalam urus niaga
Tidak sesuai membeli barang yang mahal seperti kereta
Menikmati harga yang murah kerana tidak melibatkan faedah
Memperoleh diskaun tunai mengikut syarat yang ditentukan
Pernyataan manakah yang merupakan kesan peningkatan produktiviti?
A. Menurunkan upah pekerja
B. Menurunkan kos pengeluaran
C. Penggunaan input kurang cekap
D. Meningkatkan kadar pengangguran
Pernyataan yang betul tentang input tetap
Contohnya ialah bahan mentah
Tetap wujud walaupun output sifar
Wujud dalam jangka masa panjang dan pendek
Berubah secara langsung dengan tingkat output
