WorksheetsLiga Perdana Sains Sementa
Total questions: 25
Worksheet time: 19mins
Rajah 1 menunjukkan carta aliran arka refleks bagi tersentuh objek panas. Apakah yang diwakili oleh P, Q, dan R?
P : Neuron Deria
Q : Neuron Motor
R : Neuron Perantaraan
P : Neuron Motor,
Q : Neuron Deria
R : Neuron Perantaraan
P : Neuron Deria
Q : Neuron Perantaraan
R : Neuron Motor
P : Neuron Deria
Q : Neuron Motor
R : Neuron Motor
Rajah menunjukkan sistem endokrin manusia. Pilih padanan yang betul untuk kelenjar endokrin berlabel dan fungsinya.
K : Mengawal perembesan hormon oleh kelenjar endokrin
L : Mengawal kadar metabolik
M : Mengawal aras glukosa dalam darah
N : Mengawal jumlah garam mineral dalam darah
Rajah menunjukkan satu kelenjar endokrin. Kekurangan hormon yang dirembes oleh kelenjar X akan menyebabkan _________ .
Goiter
Myscedema
Penyakit kencing manis
Penyakit Addison
Ali terlibat dalam satu kemalangan yang serius. Serebelumnya telah tercedera. Apakah yang akan berlaku terhadap Ali?
Dia mungkin kehilangan kesedaran seimbang dan koordinasi badan.
Dia mungkin tidak mampu menjalankan pelbagai tindak luar kawal.
Dia mungkin tidak mampu berfikir secara logik.
Fungsi serebelum adalah mengawal keseimbangan badan dan menyelaraskan segala aktiviti yang terlibat dalam pergerakan.
Rajah menunjukkan peringkat-peringkat dalam meiosis I. Antara yang berikut, manakah menunjukkan urutan yang betul dalam meiosis I?
S, T, U, V
T, S, U, V
V, U, T, S
V, U, S, T
Rajah menunjukkan kariotip bagi seseorang. Apakah nama bagi jenis penyakit
itu?
Hemofilia
Sindrom Down
Sindrom Turner
Sindrom Klinefelter
Rajah menunjukkan pembiakbakaan antara tumbuhan bunga merah dengan tumbuhan bunga putih. Berapakah nisbah fenotip oleh tumbuhan bunga merah kepada tumbuhan bunga putih dalam anak pokok?
2 merah : 1 putih
1 merah : 1 putih
1 merah : 2 putih
0 merah : 4 putih
Jadual menunjukkan unsur-unsur W, X, Y dan Z dengan bilangan proton, bilangan neutron dan nombor nukleon masing-masing. Antara yang berikut, yang manakah pasangan isotop?
W dan X
X dan Y
Y dan Z
W dan Z
Apakah proses yang digunakan untuk menghasilkan hablur garam daripada larutan garam?
Pendidihan
Penghabluran
Kondensasi
Penyulingan berperingkat
Antara bahan berikut, yang manakah terbina daripada zarah-zarah ion?
Besi
Air
Gula
Garam
Rajah menunjukkan suatu bikar berisi ais. Apakah yang akan berlaku apabila garam ditambah kepada ais?
Suhu meningkat melebihi 100* C
Suhu menurun kepada kurang 0*C
Suhu kekal pada Suhu meningkat melebihi 100*C
Suhu menurun kemudian meningkat kembali kepada 0*C
Antara yang berikut, yang manakah perubahan fizik?
Respirasi
Peleburan ais
Pembakaran kertas
Pencernaan makanan
Apakah kelebihan akumulator asid-plumbum?
Mahal
Membekalkan voltan tinggi
Tidak boleh dicas semula
Tidak perlu tambah air suling
Jadual menunjukkan kereaktifan logam V, W dan X dengan asid dan air.
Susun logam-logam tersebut mengikut kereaktifan menurun.
X ➡️ V ➡️ W
V ➡️ W ➡️ X
W ➡️ V ➡️ X
W ➡️ X ➡️ V
Sekiranya anda mempunyai sebatang sudu yang lama dan berkarat, bagaimanakah anda dapat memperbaharuinya semula?
Melalui kaedah pengekstrakan
Dengan menggunakan kaedah penyaduran
Dengan menggunakan kaedah penulenan
Tiada kaedah spesifik yang boleh digunakan
Mengapakah sinaran beta lebih banyak digunakan dalam industri berbanding dengan sinaran alfa dan sinaran gama?
Sinaran beta boleh menembus jauh ke dalam objek
Sinaran beta mempunyai kuasa penembusan yang lebih tinggi daripada sinaran alfa tetapi tidak sebahaya sinaran gama.
Sinaran beta bercas negatif.
Sinaran beta mempunyai halaju yang sangat tinggi
Bahan yang manakah sesuai digunakan untuk membuat bekas simpanan bahan radioaktif?
Kertas
Kuprum
Aluminium
Plumbum
Rajah menunjukkan pembentukan imej dengan menggunakan kanta cekung.
Bagaimanakah dengan imej yang terbentuk jika objek dipindah dekat kepada kanta?
Imej adalah maya dan lebih besar daripada imej dahulu.
Imej adalah nyata dan sama saiz dengan imej dahulu.
Imej adalah nyata dan lebih kecil daripada imej dahulu.
Imej adalah maya dan lebih kecil daripada imej dahulu.
KBAT 🔥: Rajah menunjukkan proses percetakan batik.
Apakah warna asal bagi plat percetakan M?
Merah
Hijau
Sian
Kuning
🔥 : Rajah menunjukkan satu tumbuhan dengan bunga kuning dan daun hijau di bawah cahaya putih.
Apakah warna bunga dan daun yang dapat diperhatikan di bawah
cahaya merah?
Bunga : Kuning , Daun : Putih
Bunga : Hijau , Daun : Merah
Bunga : Hitam , Daun : Hijau
Bunga : Merah , Daun : Hitam
Campuran yang manakah menghasilkan gangsa?
Besi dan Karbon
Kuprum and timah
Kuprum dan zink
Timah dan antimoni
Maklumat berikut menunjukkan kegunaan bahan kimia X.
Apakah X?
Ester
Alkohol
Ammonia
Neoprena
Rajah menunjukkan proses penghasilan sebatian X dalam industri.
Apakah sebatian X?
Nitrat
Ammonia
Asid Nitrik
Asid sulfurik
Persamaan perkataan berikut menunjukkan suatu tindakbalas kimia. Apakah R ?
Asid etanoik
Asid sulfurik
Asid hidroklorik
Asid nitrik
Antara industri yang berikut, yang manakah menyebabkan eutrofikasi?
Industri kimia
Industri perlombongan
Industri pertanian
Industri pembalakan
