Font size
WorksheetsPerniagaan tingkatan 4 (2)
Total questions: 20
Worksheet time: 4mins
Antara berikut, yang manakah berkaitan dengan
visi dan misi?
Visi menyokong penyataan misi
Visi lebih umum berbanding misi
Visi dibuat terlebih dahulu daripada misi
Visi dibuat oleh pengurusan atasan sementara
misi dibuat oleh pengurus pertengahan
Mengapakah objektif sesebuah organisasi mesti
selaras dengan visi dan misi?
Objektif dibentuk setelah ditetapkan visi
dan misi
Objektif pendokong kepada pencapaian visi
dan misi
Pencapaian visi dan misi bergantung pada
pencapaian objektif
Objektif dijadikan sebagai penjelasan lanjut
tentang visi dan misi
Antara berikut, yang manakah ciri-ciri
misi yang baik perlu ada pada sesebuah
organisasi perniagaan?
Ringkas, tepat dan mudah difahami oleh
semua pihah
Menerangkan kewujudan sesebuah
organisasi dalam pasaran
Menggambarkan produk yang ditawarkan
Menggambarkan satu harapan yang hendak
dicapai dalam jangka panjang
Ash Nabil menerangkan kualiti sabun yang
dihasilkan oleh syarikatnya kepada pelanggan
supaya pelanggan meyakini dan membuat
keputusan membeli produk tersebut.
Apakah alasan anda yang menyatakan
tindakan Ash Nabil boleh menyumbangkan
kepada pencapaian objektif syarikatnya?
Sabun yang berkualiti tinggi boleh
meningkat imej syarikat
Sabun merupakan produk yang dihasilkan
oleh perniagaan
Jualan sabun boleh meningkatkan
pendapatan syarikat
Kejayaan Muhamad mempengaruhi
pelanggan membuat keputusan
membeli sabun
Syarikat Batik Ehsan Terengganu mensasarkan
pengeluaran batik sebanyak 5,000 helai
dalam tempoh masa seminggu sebagai
memenuhi permintaan pelanggan dalam
dan luar negara.
Nyatakan ciri-ciri SMART dalam penetapan
objektif syarikat Batik Ehsan Terengganu.
Spesifik
munasabah
jangka masa
boleh dicapai
Apakah yang dimaksudkan dengan ciri objektif
boleh dicapai?
Mengeluarkan produk dengan kemampuan
mesin sedia ada
Meramalkan kuantiti produk yang diminta
oleh pelanggan
Selaraskan kemampuan pengeluaran dengan
kuantiti permintaan
Bilangan pekerja yang mencukupi untuk
mengeluarkan jumlah produk yang telah
ditetapkan oleh perniagaan
Objektif The Atlas Corporation ialah
“Meningkatkan simpanan emas sebanyak
1,500,000 aun”. Penyataan objektif di atas
mempunyai ciri SMART, iaitu:
spesifik
munasabah
boleh diukur
boleh di capai
Pemimpin yang mempunyai wawasan mampu
menyampaikan visi organisasi perniagaan
mudah supaya dapat dihayati semua golongan
pekerja. Mengapa pekerja perlu menghayati visi
organisasi perniagaan?
mengelakkan sebarang pembaziran
menjalankan tugas dengan lebih tepat
mewujudkan satu pasukan yang mantap
bekerjasama ke arah hala tuju organisasi
yang sama
Apakah faedah pihak bank mengetahui misi
sesebuah perniagaan?
Menilai aktiviti perniagaan yang dijalankan
Menentukan jumlah pinjaman perniagaan
yang ingin diluluskan
Menjangkakan kejayaan organisasi
perniagaan pada masa panjang
Menilai kemampuan organisasi perniagaan
membayar balik pinjaman
Kegunaan titik pulang modal dalam penetapan
objektif organisasi perniagaan ialah
meramalkan keuntungan
mengira kos berubah seunit
mengelakkan berlaku kerugian
menentukan kuantiti pengeluaran bagi
menghasilkan keuntungan dan mencapai
kerugian sifar
Antara berikut, yang manakah langkah-langkah
yang boleh diambil untuk mengurangkan kos
operasi perniagaan.
Mengambil pekerja secara kontrak
Menghasilkan produk secara besar-besaran
Membeli bahan mentah secara pukal
berdasarkan keperluan
Menyimpan produk yang siap di dalam
stor sebagai langkah mengelakkan
kehabisan stok
Mengapakah struktur organisasi dibahagikan
mengikut bahagian fungsian?
Memaksimumkan keuntungan
Mengurangkan bilangan pekerja
Meminimumkan kos pengeluaran
Anggota organisasi perniagaan mengetahui
tugas masing-masing
Antara berikut, manakah yang berkaitan dengan
tujuan bahagian fungsian?
Boleh melatih lebih ramai pekerja
Dapat mengurangkan kos dan masalah
dalam pengurusan
Mewujudkan pengkhususan dalam
bidang tugas
Memperoleh keuntungan yang banyak
Apakah peranan bahagian fungsian teknologi
maklumat dan komunikasi dalam sesebuah
organisasi perniagaan?
Dapat meningkatkan produktiviti
Memudahkan pengurusan inventori
Dapat membuat perancangan kewangan
Memastikan keselamatan sistem ICT
Apakah kepentingan bahagian fungsian
penyelidikan dan pembangunan dalam
organisasi perniagaan?
Pemasaran produk yang terhad
Mempercepat proses pengeluaran produk
Dapat membangunkan produk baharu dan
berkualiti tinggi
Memastikan pengeluaran barang
yang maksimum
Mengapakah kawalan selepas pengeluaran
perlu dilakukan oleh staf bahagian fungsian
pengeluaran?
Mengawal penggunaan sumber secara efektif
Memastikan peralatan dan mesin dalam
keadaan baik
Mengatasi setiap masalah yang timbul dalam
pengeluaran dengan segera
Memastikan produk yang dihasilkan
mengikut standard yang betul
Apakah kepentingan mewujudkan pasaran
baharu?
Dapat membuat promosi
Dapat menguasai pasaran baharu
Dapat meningkatkan jumlah pekerja
Dapat menggunakan teknologi moden
Antara berikut, yang manakah merupakan
fungsian jualan?
mengurus belian barang
menghantar barang jualan
mengambil tindakan pertanyaan pelanggan
menyediakan sebut harga kepada pelanggan
Apakah bahagian fungsian yang terlibat dalam
pernyataan berikut?
“Pembayaran gaji dan bonus kepada pekerja
dalam sesebuah organisasi perniagaan”
belian
kewangan
khidmat pelanggan
pentadbiran
Mengapakah teknologi maklumat penting
dalam sesebuah organisasi perniagaan?
Dapat meluaskan pasaran
Dapat memproses barang dengan cepat
Dapat meningkatkan kuantiti pengeluaran
Dapat mengagihkan barang kepada pengguna
