Font size
WorksheetsPrinsip Perakaunan Tingkatan 4 (Modul 5: Lejar)
Total questions: 15
Worksheet time: 8mins
Mengikut kitaran perakaunan, apakah yang harus dibuat selepas perekodan di Buku Catatan Pertama?
A. Pengeposan ke lejar
B. Penyediaan Imbangan Duga
C. Penyediaan Penyata Kewangan
D. Catatan Penutup
Penyata Kewangan terdiri daripada berikut, kecuali .....
A. Akaun Perdagangan
B. Akaun Untung Rugi
C. Imbangan Duga
D. Kunci Kira-Kira
Catatan pembukaan perlu dicatatkan dalam Jurnal Belian....
Betul
Salah
Jurnal belian merekodkan semua urus niaga belian secara kredit.
Betul
Salah
Apakah Lejar Subsidiari?
Buku yang merekodkan urus niaga secara kredit sahaja
Buku yang merekodkan hasil dan belanja sepanjang tahun
Buku yang mengandungi pelbagai jenis akaun untuk merekod pelbagai urus niaga.
Buku yang merekodkan urus niaga yang berkaitan dengan akaun belum terima dan akaun belum bayar.
Kenal pasti manakah kegunaan lejar yang tepat.
Mengklasifikasi semua akaun.
Merekod urus niaga dan pelarasan
Menyenarai akaun bagi komponen kos jualan
Mengenal pasti baki debit dan kredit setiap akaun.
Antara berikut, pernyataan manakah yang benar tentang lejar?
I Akaun Modal dan Akaun Ambilan direkodkan
ke dalam Lejar Am
II Lejar Subsidiari terdiri daripada Lejar Jualan
dan Lejar Belian
III Lejar Belian digunakan untuk merekod semua
Akaun Belum Terima
IV Lejar Akaun Belum Bayar dikenali juga sebagai
Lejar Jualan
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Ambilan tunai dalam perniagaan perlu direkod dalam...
Jurnal Am
Jurnal Belian
Buku Tunai
Buku Tunai Runcit
Ambilan barang niaga dan aset direkodkan dalam Jurnal Am.
Betul
Salah
Puan Murni telah mengambil barang niaga bernilai RM65 untuk tujuan promosi.
Apakah akaun yang akan dikreditkan?
Belian
Inventori
Ambilan
Promosi
Akaun manakah yang mempunyai baki kredit...
Akaun Ambilan
Akaun Sewa dibayar
Akaun Insurans prabayar
Akaun Kadar bayaran prabayar
Pilih langkah mengimbangkan akaun mengikut turutan yang betul.
I Jumlahkan kedua-dua lajur debit dan kredit
II Cari perbezaan antara lajur debit dengan lajur
kredit
III Catatkan perbezaan itu sebagai baki hantar ke
bawah
IV Ambil jumlah yang lebih besar dijadikan
sebagai jumlah kedua-dua lajur
I, III, IV, II
I, IV, II, III
IV, I, II, III
IV, I, III, II
Salmah menjelaskan hutang sebanyak RM1000 kepada Pembekal Izam dengan cek selepas mengambil kira diskaun tunai.
Apakah akaun yang didebitkan bagi pihak Salmah?
Pembekal Izam
Diskaun diterima
Diskaun diberi
Bank
Pemilik Kedai Bunga Ria telah mengambil 30 kuntum bunga bernilai RM150 untuk didermakan kepada SK Lunas.
Apakah catatan di sebelah debit bagi urus niaga di atas?
Ambilan
Belian
Derma
Jualan
Pemilik Kedai Pakaian Sri Wangi membuat catatan bergu seperti berikut:
Debit Kredit
Promosi Belian
Urus niaga manakah yang ditunjukkan dengan catatan di atas?
Pemilik menaja pakaian seorang artis dalam Anugerah Juara Lagu
Ambil sehelai baju untuk dipakaikan pada patung di hadapan kedai
Pemilik mengambil sehelai tudung untuk menghadiri majlis perkahwinan rakannya
10 pasang baju Melayu dihadiahkan kepada anak yatim sempena Hari Raya Aidil Fitri
