NEW
Font size
WorksheetsPeperiksaan Percubaan SPM Negeri Pulau Pinang
Total questions: 40
Worksheet time: 20mins
Namakan sungai yang terdapat di lokasi A? [T4B1M9]
Sungai Nil
Sungai Tigris
Sungai Indus
Sungai Kuning
Apakah sumbangan terbesar tamadun C kepada peradaban dunia hari. ini? [T4B1M27]
Penciptaan roda
Penghasilan kertas
Perancangan bandar
Sistem tanaman bergilir
Sekiranya anda merupakan seorang pelajar di negara kota Athens, apakah matlamat anda dalam menuntut ilmu? [T4B2M53]
Menjawat jawatan pegawai kerajaan
Menjadi manusia yang seimbang
Mengetuai upacara keagamaan
Membentuk warganegara yang kuat
Jadual berikut menunjukkan dua orang tokoh yang telah memberikan sumbangan kepada perkembangan tamadun.
Julius Caesar: Rom
Chandragupta Maurya: India
Apakah sumbangan tokoh tersebut? [T4B2M44]
Memperkenalkan pemerintahan monarki
Menjalankan pentadbiran birokrasi
Melaksanakan sistem republik
Membentuk empayar
Pernyataan berikut merupakan keistimewaan yang dimiliki oleh masyarakat maritim.
Mahir dalam pembinaan kapal
Apakah impak keistimewaan tersebut kepada kerajaan maritim? [T4B3M80]
Kegiatan pertanian berkembang
Kerajaan asing salurkan bantuan
Kemampuan meneroka dunia luar
Pusat latihan kelautan ditubuhkan
Petikan berikut menggambarkan pengaruh raja dalam masyarakat di Asia Tenggara.
Rakyat biasa takut untuk menderhaka kepada raja
Berdasarkan petikan tersebut, rumuskan nilai yang perlu dicontohi oleh generasi hari ini? [T4B3M85]
Mentaati pemerintah
Jujur dan amanah
Sayangkan negara
Saling menghormati
Mengapakah masyarakat Arab jahiliah marah dan bermasam muka apabila menerima berita kelahiran anak perempuan? [T4B4M101]
I - Harta tergadai.
II - Hilang pengaruh.
III - Maruah tercabar.
IV - Memalukan keluarga.
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Jadual berikut merujuk kepada peristiwa penting dalam tamadun Islam.
X
Tiga tahun secara rahsia
Sepuluh tahun secara terbuka
Apakah peristiwa X? [T4B4M108-109]
Penyebaran Islam
Penghijrahan orang Islam
Penentangan terhadap Islam
Pemulauan terhadap Nabi Muhammad SAW
Tokoh berikut membantu perjuangan Nabi Muhammad dalam penyebaran Islam.
Abdullah bin Abu Bakar
Amir bin Fuhairah
Abdullah bin Arqat
Apakah sumbangan tokoh tersebut? [T4B5M120]
Menawan semula kota Makkah
Meneruskan dakwah Islam ke Taif
Menandatangani Perjanjian Hudaibiyah
Membantu penghijrahan Nabi Muhammad
Maklumat berikut berkaitan undang-undang Islam di Madinah.
Keadilan undang-undang Islam
Berdasarkan Piagam Madinah, apakah syarat ditetapkan sebelum menjatuhkan sesuatu hukuman? [T4B5M127]
Baiah
Saksi
Syura
Penjamin
Apakah kaedah yang digunakan semasa pelantikan Khalifah Umar bin al-Khattab? [T4B6M143]
Melalui cadangan satu nama
Melalui syura atau musyawarah
Melalui pencalonan beberapa nama
Melalui pencalonan sekelompok masyarakat
Kerajaan Uthmaniyah mengutamakan dasar diplomasi dan toleransi ketika melakukan perluasan kuasa di Eropah.
Bagaimanakah dasar tersebut dilaksanakan? [T4B6M163]
Menandatangani perjanjian damai
Memperkenalkan amalan syura
Mengiktiraf Gereja Ortodok
Membiayai Gerakan Reformation
Apakah saranan yang dikemukakan oleh Wali Songo semasa menyebarkan dakwah di Pulau Jawa? [T4B7M184]
Memajukan pertanian
Mengelakkan pembaziran
Menyokong sekularisme
Menguasai kemahiran
Tokoh ulama berikut telah menghasilkan karya tentang pemikiran Islam.
Syeikh Nuruddin al-Raniri
Abdul Rauf Singkel
Apakah saranan kepada setiap orang Islam dalam penulisan? [T4B7M187]
Setia kepada pemerintah
Kepentingan pendidikan
Sikap berjimat cermat
Kewajipan berjihad
Maklumat berikut berkaitan dengan Adat Perpatih.
Berasal dari Pagar Ruyung
Bersifat matrilineal
Apakah maksud sifat matrilineal? [T4B8M198]
Perlantikan ketua adat
Perempuan mewarisi harta
Perkahwinan dalam kalangan suku
Pemerintah bergelar Yam Tuan Besar
Pendidikan tidak formal menekankan pengajaran nilai-nilai miral dan budaya yang murni.
Apakah kaedah yang paling berkesan dalam sistem pendidikan ini? [T4B8M201]
Bercerita
Hafalan
Leteran
Denda
Senarai berikut merupakan kawasan yang ditakluk oleh Sepanyol pada abad ke-15.
Peru
Mexico
Apakah kesan penaklukan terhadap kawasan tersebut? [T4B9M225-226]
Pengukuhan institusi gereja
Penghapusan tamadun tempatan
Pengekalan pemerintahan tempatan
Perkembangan perdagagan antarabangsa
Jadual berikut merujuk kepada akta yang diperkenalkan semasa Revolusi Perindustrian di Eropah.
1833: Akta Kilang
1847: Akta Sepuluh Jam
Mengapakah akta tersebut diperkenalkan? [T4B9M236]
Mewajibkan majikan menyediakan kemudahan kesihatan
Melarang wanita bekerja dalam sektor perlombongan
Membenarkan pekerja menyertai kesatuan
Melindungi eksploitasi terhadap pekerja
Gambar merupakan peralatan yang digunakan oleh masyarakat Melayu tradisional.
Kegiatan manakah yang paling sesuai untuk menggunakan peralatan tersebut? [T4B10M245]
Perlombongan
Perdagangan
Pertanian
Perikanan
Andaikan anda ialah petani pada masa penguatkuasaan undang-undang di bawah
Undang-undang Tanah
Peraturan Tanah Perak 1879
Peraturan Tanah Sungai Ujong 1887
Kanun Tanah Selangor 1891
Apakah tindakan anda agar tidak melanggar peraturan penggunaan tanah ketika itu? [T4B10M259]
Mengutip hasil hutan dengan kebenaran penghulu
Menggunakan tanah yang diwarisi dengan kebenaran sultan
Mengusahakan tanah terbiar, dengan keizinan pembesar Melayu
Memohon kebenaran Residen untuk membuka kawasan baharu
Pernyataan berikut menunjukkan faktor kedatangan British ke Asia Tenggara.
Kedudukan Asia Tenggara yang begitu strategik kerana terletak di antara China dan India telah menarik minat imperialis Barat untuk menguasainya.
Berdasarkan pernyataan tersebut, mengapakah British berminat untuk menguasai Asia Tenggara? [T5B1M5]
Menjamin pasaran
Menyebarkan tamadun
Melambangkan kekuatan
Mengeluarkan hasil perkilangan
Sistem Birokrasi Barat telah diperkenalkan untuk menggantikan sistem pemerintahan beraja.
Bagaimanakah British melaksanakan sistem tersebut di Tanah Melayu? [T5B1M12]
Memperkenalkan Sistem Residen
Membahagikan pentadbiran kepada dua
Memperkenalkan Sistem Encomienda
Menubuhkan Union Indochinoise
Maklumat berikut berkaitan sikap penjajah terhadap masyarakat tempatan di Asia Tenggara.
Penjajah hanya memberikan pendidikan pada peringkat rendah dan terhad kepada golongan elit dan penduduk bandar.
Rumuskan pernyataan tersebut. [T5B1M16]
Sistem perhubungan menyemarakkan nasionalisme
Sistem pendidikan mencetuskan nasionalisme
Kemunculan golongan intelektual di Asia Tenggara
Dasar penjajah Barat menimbulkan rasa tidak puas hati
Rajah berikut merupakan isu yang dibangkitkan oleh akhbar tempatan.
Isu
Meminta British mengurangkan kemasukan orang dagang
Mengapakah isu tersebut dibangkitkan? [T5B2M51]
Melindungi orang Melayu dalam perkhidmatan kerajaan
Mengekalkan nilai-nilai baik masyarakat Melayu
Menggalakkan orang Melayu berniaga
Mengancam ekonomi orang Melayu
Kesatuan Melayu Muda (KMM) bekerjasama dengan Jepun pada akhir tahun 1940 untuk menghalau British dari Tanah Melayu.
Jelaskan tindakan yang telah diambil oleh KMM untuk menjayakan usaha tersebut. [T5B2M56]
Menggalakkan perpaduan orang Melayu
Menubuhkan persatuan negeri-negeri
Menggabungkan tenaga intelektual
Menjadi badan propaganda Jepun
Maklumat berikut berkaitan pembentukan negara bangsa moden di Eropah.
Itali: Count Camillo Benso di Cavour
Jerman: Otto Eduard von Bismarck
Apakah persamaan tokoh tersebut? [T5B3M68-69]
Menewaskan Austria
Membentuk penyatuan
Mengamalkan realpolitik
Mengadakan musyawarah
Sultan Abu Bakar telah memperkenalkan perlembagaan bertulis yang teratur dan lengkap yang dikuatkuasakan pada tahun 1895.
Mengapakah perlembagaan tersebut digubal? [T5B3M82]
Membentuk kerajaan pusat
Membentuk kerajaan bercorak demokrasi
Menghalang kemasukan komunis
Menghalang penguasaan British
Mengapakah British memperkenalkan Malayan Union di Tanah Melayu pada tahun 1946? [T5B4M95]
Mematuhi Perlembagaan 1941
Menyedarkan orang Melayu
Melicinkan pentadbiran
Menyeragamkan dasar
Maklumat berikut berkaitan pembentukan Persekutuan Tanah Melayu 1957.
British memilih UMNO dan Raja-raja Melayu
Apakah faktor yang menyebabkan British membuat pilihan tersebut? [T5B4M104]
I - Hanya menuntut rundingan
II - Tidak menuntut kemerdekaan
III - Menuntut konsep sebuah republik
IV - Terpengaruh dengan orang dagang
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Maklumat berikut berkaitan tokoh-tokoh kemerdekaan.
Tun Abdul Razak
Tun H.S.Lee
Tun V.T.Sambanthan
Rumuskan maklumat tersebut. [T5B5M131]
Mengamalkan sikap bekerjasama
Mendapatkan kemerdekaan
Mengendalikan mesyuarat
Mentadbir kerajaan
Suruhanjaya Reid telah dibentuk pada bulan Mac 1956. Mengapakah Suruhanjaya ini dibentuk? [T5B5M125]
Menggubal undang-undang bertulis
Membincangkan isu-isu kerakyatan
Membentuk pemuafakatan antara kaum
Merangka perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu
Antara berikut, apakah faktor politik yang mendorong pembentukan Malaysia 1963? [T5B6M139]
I - Keselamatan
II - Kerjasama
III - Kependudukan
IV - Dasar dekolonisasi
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Maklumat berikut berkaitan Perjanjian Malaysia 1963.
Perjanjian Malaysia telah ditandatangani di London pada 9 Julai 1963.
Apakah inti pati perjanjian tersebut yang berkaitan dengan kuasa negeri Sabah dan Sarawak? [T5B6M153]
Hal ehwal imigresen
Hal ehwal kewangan
Hal ehwal pertahanan
Hal ehwal pendidikan
Maklumat berikut berkaitan badan perundangan di negara kita.
Dewan Rakyat
Dewan Negara
Apakah persamaan dewan tersebut? [T5B7M172]
Tempoh masa berkhidmat
Dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong
Ahlinya boleh dilantik sebagai menteri
Pemilihan ahli melalui pilihan raya
Gambar merupakan logo Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia.
Bagaimanakah Suruhanjaya Pilihan Raya bertindak memastikan pilihan raya yang diadakan di Malaysia adil dan telus? [T5B7M177-180]
Menyediakan jadual waktu berkempen bagi calon
Menetapkan manifesto parti politik yang bertanding
Membenarkan pengundi berdaftar sahaja layak mengundi
Melarang pemerhati dari negara luar memantau pengundian
Senarai berikut merujuk kepada lambang-lambang negara.
Jata Negara
Jalur Gemilang
Lagu Kebangsaan
Apakah tujuan lambang tersebut diadakan? [T5B7M187]
Mengukuhkan pentadbiran negara
Mengukuhkan perpaduan bangsa
Menjadikan negara mudah dikenali
Memperkenalkan negara kepada dunia
Maklumat berikut menerangkan matlamat yang ingin dicapai oleh kerajaan.
1) Mengurangkan beban kewangan kerajaan
2) Meningkatkan produktiviti dan kualiti barangan serta perkhidmatan
Apakah dasar untuk menjayakan matlamat tersebut? [T5B8M207]
Dasar Penswastaan
Dasar Ekonomi Baru
Dasar Hala Tuju Cara Baru
Dasar Pensyarikatan Malaysia
Mengapakah sistem persekolahan aneka jurusan diperkenalkan pada tahun 1965. [T5B8M214]
Meningkatkan minat murid dalam akademik
Memperkenalkan sekolah vokasional
Menambah bilangan sekolah teknik
Melahirkan tenaga kerja mahir
Malaysia telah menandatangani perjanjian dengan negara berikut selepas merdeka pada tahun 1957.
Britian, Australia, New Zealand
Mengapakah perjanjian tersebut ditandatangani? [T5B9M262]
Menambah aset ketenteraan
Mengukuhkan pertahanan negara
Meningkatkan hubungan diplomatik
Menggalakkan kemasukan pelabur asing
Industri berasaskan ilmu pengetahuan merupakan penggerak utama dalam menjana keuntungan pada era k-ekonomi.
Apakah sumber paling berharga dalam menjayakan k-ekonomi? [T5B9M262]
Jumlah simpanan dana emas
Pemilikan sumber asli
Kecanggihan senjata
Modal intelek
