NEW
Font size
WorksheetsKUIZ BM TINGKATAN 1
Total questions: 15
Worksheet time: 30mins
1. Ayah ___________ kasut kesayangannya yang telah lama disimpan di atas almari itu hingga berkilat.
mengelap
menggilap
mengusap
mengesat
2. Alias gemar menghabiskan masa lapangnya dengan melayari __________ untuk tujuan meneroka pengetahuan baharu.
kafe siber
pusat sumber
laman sesawang
laman Internet
3. Kita perlulah bersarapan dahulu sebelum memulakan apa-apa aktiviti kerana jika tidak bersarapan, badan kita akan ___________.
lemau
lemah
lembik
longlai
Pilih yang mana salah, jika tiada salah, pilih tiada kesalahan.
4. Ah Keong menggaru-garu kepalanya berkali-kali apabila dia tidak dapat menjawab soalan yang diajukan oleh gurunya. Tiada kesalahan.
menggaru-garu
menjawab
diajukan
Tiada kesalahan.
Pilih yang mana salah, jika tiada salah, pilih tiada kesalahan.
5. Pemuda itu ditangkap oleh pihak polis setelah beliau cuba merenggut beg tangan ibu saya di Lorong Haji Taib. Tiada kesalahan
ditangkap
beliau
merenggut
Tiada kesalahan
6. Pilih ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul.
I. Ilyas membersihkan kandang kereta milik ayahnya.
II. Kawanan lembu milik Pak Saleh itu pulang semula ke kandang.
III Keadaan ruang tamu rumah yang berserakan dilihat seperti kandang kerbau.
IV Murugan yang berusia 20 tahun itu diarahkan berdiri di dalam kandang tertuduh.
I dan II sahaja
III dan IV sahaja
I, II dan III sahaja
II, III dan IV sahaja
7. Pilih ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul.
I Kertas kerja ini akan kami bentang dalam mesyuarat pada petang nanti.
II Bentang yang ditarik oleh kerbau Pak Mat sudah reput.
III Lisa bentang sejadah kepada ibunya yang uzur untuk memudahkan ibunya solat.
IV Aini mengalami bentang kerana tidak berpantang dengan betul selepas bersalin.
I dan II sahaja
III dan IV sahaja
I, II dan III sahaja
II, III dan IV sahaja
Bahagian yang bergaris dalam ayat berikut mungkin mengandungi kesalahan penggunaan bahasa atau mungkin juga tidak. Tandakan sama ada A, B atau C jika ayat itu mengandungi kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan.
8. Aswan memaparkan gambar pelbagai jenis-jenis kain yang digunakan untuk mengikat destar.
pelbagai jenis kain
berbagai jenis kain
pelbagai jenis kain-kain
pelbagai jenis-jenis kain
Bahagian yang bergaris dalam ayat berikut mungkin mengandungi kesalahan penggunaan bahasa atau mungkin juga tidak. Tandakan sama ada A, B atau C jika ayat itu mengandungi kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan.
9. Izara membentangkan hasil kerjanya dengan tenang kepada rakan-rakan sekelasnya.
membentangkan dengan tenang hasil kerjanya
membentang hasil kerja dengan tenangnya
dibentangkan hasil kerja dengan tenangnya
membentangkan hasil kerjanya dengan tenang
10. Pilih ayat-ayat yang betul.
I Kim Yong ke hutan untuk mencari kumbang.
II Ayah tiba-tiba mengalami sesak nafas selepas pulang dari kebun.
III Kumala jatuh terpelanting akibat terpijak paku ketika berjalan pulang ke rumahnya.
IV Pekerja itu memasang alat penghawa dingin di ruang pejabat selepas diarahkan oleh pengurus syarikat itu.
I dan II sahaja
III dan IV sahaja
I, II, dan III sahaja
II, III, dan IV sahaja
11. Pilih ayat-ayat yang betul.
I Pak Wahab mencabut ubi kayu di belakang rumahnya untuk dibuat tapai ubi.
II Emak sedang menggotel kuih onde-onde untuk juadah berbuka puasa nanti.
III Dahi adik bengkak kerana terhantuk pada bucu tangga ketika bermain sorok-sorok.
IV Radzi mengalih sofa diruang tamu rumahnya untuk diganti dengan sofa baharu.
I dan II sahaja
III dan IV sahaja
I, II, dan III sahaja
II, III, dan IV sahaja
12. Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau maksud yang paling hampir dengan
ayat yang dicetak tebal.
Murid-murid tingkatan 1 Bijaksana dikehendaki menghadiri kelas tambahan bahasa Melayu pada setiap hari Sabtu
Kelas tambahan bahasa Melayu perlu dihadiri oleh murid-murid tingkatan 1 Bijaksana pada setiap hari Sabtu.
Kelas tambahan 1 Bijaksana mestilah dihadiri oleh murid-murid bahasa Melayu pada setiap hari Sabtu.
Pada setiap hari Sabtu kelas tambahan bahasa Melayu akan diadakan oleh muri-murid tingkatan 1 Bijaksana.
Tingkatan 1 Bijaksana mengadakan kelas tambahan bahasa Melayu pada setiap hari Sabtu untuk penghuninya.
13. Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau maksud yang paling hampir dengan
ayat yang dicetak tebal.
“Apakah yang diceritakan oleh Zaleha kepada kamu dalam e-mel yang dihantarnya itu?” tanya Nur kepada Salmah.
Salmah bertanya kepada Nur perkara yang diceritakan oleh Zaleha menerusi e-mel yang dihantarnya.
Nur bertanya kepada Salmah perkara yang diceritakan oleh Zaleha melalui emel yang dihantar kepada Salmah.
Zaleha bertanya Nur tentang perkara yang diceritakan oleh Salmah melalui e-mel yang dihantarnya.
Nur bertanya kepada Zaleha tentang isu yang diutarakan dalam e-mel yang dikirimkan oleh Salmah kepadanya.
Pilih peribahasa yang paling sesuai.
14. Tuk Dukun amat berbesar hati dan berterima kasih atas pertolongan ikhlas penduduk kampung yang telah melancarkan tabung derma kilat untuk pembedahan anak tunggalnya.
Keadaan ini diumpamakan seperti peribahasa
kecil tapak tangan, nyiru ditadahkan
bersatu kita teguh, bercerai kita roboh
di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung
bagai enau di dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing
Pilih peribahasa yang paling sesuai.
15. Pasangan pengantin yang sedang bersanding di atas pelamin itu sama cantik dan sama padan. Peribahasa yang sesuai bagi pernyataan di atas ialah
bagai isi dengan kuku
bagai pucuk dilancarkan
bagai pinang dibelah dua
bagai kaca terhempas ke batu
