wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Pendidikan Moral Tahun 3

Total questions: 19

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Apakah yang dimaksudkan dengan berani?

a)

Tabah menghadapi segala kesulitan.

b)

Bercakap benar.

c)

Membuat sesuatu perkara tanpa memikirkan kesan baik dan buruk.

d)

Mengharapkan ganjaran daripada orang lain.

2.

Murid- murid di dalam kelas yang sama perlu ____________ antara satu sama lain.

a)

bertoleransi / tolerate

b)

berlawan / fight

c)

bersaing / compete

d)

bermusuh / enemiy

3.

Rakan - rakan yang baik akan saling _________ antara satu sama lain.

a)

mendengki / envy

b)

bekerjasama / cooperate

c)

bergaduh / fight

d)

membenci / hate

4.

Aman telah melakukan kesalahan, dia telah ditegur oleh gurunya. Apakah yang perlu dilakukan oleh Aman berdasarkan situasi di atas?

a)

Terus pulang ke rumah

b)

Membiarkan saja gurunya

c)

Merajuk dan terus masuk ke kelas

d)

Memohon maaf atas kesalahannya

5.

Situasi manakah yang menunjukkan sifat keberanian yang positif?

a)

Ali dan Abu memonteng sekolah selepas waktu perhimpunan.

b)

Chandran merokok di dalam tandas.

c)

Haris hanya melihat Saiful dibuli oleh rakan-rakannya.

d)

Ravi dan rakan-rakannya telah membantu menyelamatkan rumah daripada kebakaran.

6.

Situasi manakah yang menunjukkan sifat keberanian yang negatif?

a)

Adlin bersemangat untuk menang dalam acara olahraga di peringkat sekolah.

b)

Mei Lan menyertai pertandingan pidato peringkat kebangsaan.

c)

Ramli menconteng dinding tandas sekolah.

d)

Malina membantu guru mengangkat buku.

7.

Sekiranya anda menyertai pertandingan pidato peringkat kebangsaan, apakah yang anda lakukan untuk mempertahankan nama baik sekolah sekiranya mendapat tempat kedua dalam pertandingan tersebut?

a)

Menyumpah pihak lawan di depan khalayak ramai.

b)

Memberitahu pihak juri bahawa pihak lawan menipu dalam pertandingan.

c)

Mengucapkan tahniah kepada pihak lawan dan menerimanya dengan hati terbuka.

d)

Pura-pura pengsan ketika majlis pemberian hadiah di atas pentas.

8.

Apakah yang dimaksudkan dengan jujur?

a)

Segala percakapan atau perbuatan yang tulus dan ikhlas.

b)

Segala percakapan atau perbuatan yang menunjukkan keberanian.

c)

Segala percakapan atau perbuatan yang memberi harapan palsu.

d)

Segala percakapan atau perbuatan untuk mendapatkan ganjaran.

9.

Kamu diminta oleh guru untuk membantu rakan yang lemah dalam subjek Matematik ? Apakah tindakan kamu?

a)

Membantu rakan kamu tanpa mengharapkan balasan.

b)

Membantu rakan kamu dengan mengharapkan balasan.

c)

Tidak membantu rakan kamu.

d)

Bermain dengan rakan kamu

10.

Apakah yang dimaksudkan dengan rajin?

a)

Sesuatu pekerjaan yang dilakukan secara bertangguh-tangguh.

b)

Sesuatu pekerjaan yang dilakukan secara tidak bersungguh-sungguh

c)

Sesuatu pekerjaan yang dilakukan secara bersungguh-sungguh.

d)

Sesuatu pekerjaan yang dilakukan secara menunjuk-nunjuk.

11.

Apakah kepentingan utama menjadi seorang murid yang rajin?

a)

Mendapat pujian daripada guru dan murid-murid lain.

b)

Menjadi perhatian utama di sekolah.

c)

Melatih diri sendiri untuk menjadi seorang yang menepati masa serta menyempurnakan tugasnya dengan baik.

d)

Mengharapkan ganjaran daripada guru dan murid-murid lain.

12.

Apakah kesan jika murid mengamalkan sifat malas?

a)

Dipuji dan disanjung oleh guru dan pelajar lain.

b)

Tidak pernah memajukan dirinya untuk menjadi lebih baik dari semua aspek.

c)

Menjadi seorang yang menepati masa.

d)

Kerja-kerja yang diberi sentiasa siap dan sempurna.

13.

Pilih pernyataan yang tepat.

a)

Amalan bekerjasama dapat memupuk semangat perkauman.

b)

Apabila semua murid bekerjasama, semua kerja akan menjadi susah.

c)

Amalan bekerjasama dapat memupuk semangat kekitaan

d)

Semua kerja lambat disiapkan sekiranya bekerjasama.

14.

Sekiranya guru kamu meminta kamu dan rakan-rakan sekelas kamu untuk membersihkan kelas, apakah tindakan kamu?

a)

Memanggil rakan-rakan kamu untuk membersihkan kelas dan diberi tugas masing-masing.

b)

Teruskan bermain di dalam kelas.

c)

Memberi alasan penat, malas dan sebagainya.

d)

Memarahi guru kamu.

15.

Membuat bising ketika cikgu berada di dalam kelas

a)

BETUL

b)

SALAH

16.

Abu pergi bersiar-siar manakala kawan-kawannya sedang sibuk membersihkan kelas.

a)

BETUL

b)

SALAH

17.

Aminah membantu gurunya dengan membawa buku-buku latihan ke kelas 3 Intan

a)

BETUL

b)

SALAH

18.

Chandran membantu rakannya dengan memeras ugut pelajar tahun 2.

a)

BETUL

b)

SALAH

19.

Ah Cheong membuat kumpulan belajar dengan rakan sekelasnya yang lemah dalam subjek Matematik dan Sains.

a)

BETUL

b)

SALAH