Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

SEJARAH SPM 2015

Total questions: 40

Worksheet time: 40mins

Name
Class
Date
1.

Bagaimanakah ciri kehidupan bandar yang bertamadun menurut pandangan cendekiawan Islam?

a)

Kebebasan mengamalkan sebarang agama

b)

Kemajuan pesat dalam bidang ekonomi

c)

Kesejahteraan semua lapisan rakyat

d)

Ketinggian tatasusila masyarakat

2.

Antara yang berikut, manakah DUA sebab masyarakat Tamadun Indus mampu membina bandar terancang tertua di dunia?

a)

Amalan sikap terbuka

b)

Pertembungan dengan budaya lain

c)

Perluasan wilayah pemerintahan

d)

Kejayaan kegiatan penjelajahan

3.

Masyarakat Athens mementingkan sukan, seni berpidato dan kesusasteraan dalam sistem pendidikan. Mengapakah bidang tersebut penting?

a)

Memudahkan mobiliti sosial

b)

Membina watak kepemimpinan

c)

Melahirkan rakyat yang seimbang

d)

Memperkukuh jati diri masyarakat

4.

Bagaimanakah kedudukan seorang raja di India diperkukuhkan?

a)

Penggunaan gelaran maharaja

b)

Pelantikan golongan Ksyatria

c)

Pengamalan upacara keagamaan

d)

Pengiktirafan golongan Brahmin

5.

Mengapakah konsep berikut dikaitkan dengan raja dalam kerajaan awal di Asia Tenggara?

# Dewa raja

# Orde kosmos

a)

Mengekalkan pemerintahan yang adil

b)

Memantapkan adat istiadat di istana

c)

Mempelbagai upacara keagamaan

d)

Memantapkan kuasa pemerintah

6.

Apakah kepentingan Gunung Jerai kepada kemajuan kerajaan Kedah Tua?

a)

Memudahkan kedatangan pedagang

b)

Simbol penguasaan alam semesta

c)

Lambang kekuatan pemerintah

d)

Benteng pertahanan negeri

7.

Apakah kesan dialog tersebut terhadap Nabi Muhammad SAW?

a)

Penyebaran Islam tersekat

b)

Perjanjian damai dimeterai

c)

Penghijarahan baginda ke Habsyah

d)

Pemulauan terhadap keluarga baginda

8.

Pada peringkat awal penyebaran Islam di Makkah, golongan hamba adalah golongan yang mula-mua tertarik kepada ajaran Islam. Mengapakah mereka tertarik kepada ajaran Islam?

a)

Mempertahankan prinsip kesamarataan

b)

Mendapat galakan daripada keluarga

c)

Diberikan jaminan keselamatan

d)

Peka terhadap perubahan

9.

Apakah peristiwa yang dapat dikaitkan dengan maklumat berikut?

# Menyediakan tempat tinggal

# Menjanjikan keselamatan

# Kesediaan mempertahankan Islam

a)

Perjanjian Hudaibiyah

b)

Perjanjian Aqabah

c)

Baiah al-Ridwan

d)

Majlis Tahkim

10.

Rentetan peristiwa hijrah Nabi Muhammad SAW:

Menerima wahyu => X => Singgah di Quba' => Sampai di Madinah


Apakah X ?

a)

Bersetuju memeterai Perjanjian Aqabah

b)

Sepakat membina masjid al-Nabawi

c)

Muafakat dengan golongan Ansar

d)

Bersembunyi di Gua Thur

11.

Bagaimanakah Khalifah Uthman bin Affan berjaya meluaskan wilayah Islam?

a)

Semangat jihad dipupuk

b)

Armada laut diperkukuh

c)

Perkahwinan politik digalakkan

d)

Perjanjian dengan pemimpin tempatan

12.

Bagaimanakah Khalifah Umar bin Al-Khattab mengawal hakim daripada melakukan penyelewengan?

a)

Mewujudkan peraturan yang tegas

b)

Memberikan gaji setiap bulan

c)

Melantik pegawai risikan

d)

Membuat pemantauan

13.

Sebelum Islam => Sistem beraja

Selepas Islam => X

Apakah X ?

a)

Kesultanan

b)

Demokrasi

c)

Aristokrasi

d)

Republik

14.

Apakah yang dikaitkan dengan tokoh berikut?

# JOHN CRAWFORD

# SNOUCK HURGRONJE

# EMANUEL GADINHO EREDIA

a)

Melaksanakan pentadbiran Barat

b)

Memperkenalkan ilmu matematik

c)

Menterjemahkan karya falsafah Arab

d)

Membincangkan teori kedatangan Islam

15.

Burung, ayam => Tumbuh-tumbuhan, bunga-bungaan

Mengapakah berlakunya perubahan motif dalam seni ukiran masyarakat Melayu?

a)

Pengaruh ajaran Islam

b)

Pengaruh Hindu-Buddha

c)

Pengaruh kepercayaan animisme

d)

Pengaruh sistem adat tradisional

16.

Apakah sumbangan tokoh berikut terhadap pendidikan formal di Tanah Melayu sebelum penjajahan Barat?

# TUK PULAI CONDONG

# TOK KU PALOH

a)

Melancarkan sistem madrasah

b)

Menyeragamkan sukatan pelajaran

c)

Memperkukuh sistem pendidikan pondok

d)

Mengasaskan pendidikan untuk kaum wanita

17.

Akta Antipenggabungan (Anti-Combination Act) diperkenalkan di Britain pada peringkat awal Revolusi Perindustrian. Akta tersebut menyebabkan

a)

buruh asing dilarang bekerja

b)

gaji pekerja tidak meningkat

c)

harga barangan berkurangan

d)

wanita dilarang bekerja di kilang

18.

Mengapakah Martin Luther menentang amalan penganut Kristian seperti dalam dialog di atas?

a)

Ajaran agama diseleweng

b)

Kadar jenayah meningkat

c)

Rakyat jelata tertindas

d)

Kuasa raja tercabar

19.

Pemodal dari Eropah dan China menguasai pertanian komersial di Tanah Melayu pada zaman penjajahan British. Mengapakah keadaan tersebut berlaku?

a)

Menguasai kumpulan kongsi gelap

b)

Mendapat bantuan pembesar tempatan

c)

Menguasai pasaran tenaga kerja tempatan

d)

Mendapat konsesi tanah daripada kerajaan

20.

Mengapakah Rancangan Sekatan Stevenson diperkenalkan pada tahun 1920?

a)

Menstabilkan harga

b)

Mengurangkan import

c)

Meningkatkan pengeluaran

d)

Menyekat kegiatan orang tengah

21.

Gambar 2 menunjukkan seorang pembesar Mandarin di Vietnam. Bagaimanakah pembesar tersebut dilantik?

a)

Keputusan pembesar tradisional

b)

Pemilihan oleh rakyat

c)

Pelantikan oleh penjajah

d)

Melalui sistem peperiksaan

22.

Apakah keistimewaan wilayah tersebut?

a)

Politik stabil

b)

Pentadbiran mantap

c)

Banyak bahan mentah

d)

Mata wang sistematik

23.

Antara yang berikut, yang manakah mencetuskan semangat nasionalisme di Asia Tenggara?

a)

Perang Rusia-Jepun

b)

Perang Dingin di Eropah

c)

Perjuangan golongan Luddite

d)

Perjuangan Parti Komunis Malaya

24.

Senarai berikut adalah tokoh luar negara yang mempengaruhi Gerakan Islah di Tanah Melayu pada awal abad ke-20.

# Syeikh Muhammad Abduh

# Sayyid Jamaluddin al-Afghaniakah

Apakah bukti yang menunjukkan mereka berpengaruh?

a)

Kekukuhan perpaduan pelbagai kaum

b)

Kemunculan semangat kebangsaan

c)

Perluasan penggunaan tulisan jawi

d)

Perkembangan kegiatan kesenian

25.

Apakah tindakan J.W.W. Birch yang menyebabkan orang Melayu bangun menentang British di Pasir Salak, Perak?

a)

Larangan mengutip hasil hutan

b)

Menghalang kemasukan imigran

c)

Campur tangan dalam pentadbiran

d)

Mengambil alih aktiviti perlombongan

26.

Negara dan bangsa Malaysia lahir apabila Persekutuan Tanah Melayu merdeka pada tahun 1957 dan pembentukan Persekutuan Malaysia pada tahun 1963. Apakah DUA faktor yang menjayakan kemerdekaan dan pembentukan Malaysia?

a)

Desakan kumpulan radikal

b)

Pemimpin dan rakyat bermuafakat

c)

Semangat toleransi menjadi amalan

d)

Penduduk terdiri daripada pelbagai kaum

27.

Negara bangsa Jerman dan Itali dibentuk pada abad ke-19. Apakah persamaan pembentukan kedua-dua negara bangsa tersebut?

a)

Mengekalkan sistem monarki

b)

Menggunakan kaedah realpolitik

c)

Mengamalkan prinsip demokrasi

d)

Menguatkuasakan falsafah legalisme

28.

Persidangan Damai Paris telah menghasilkan Deklarasi Empat Belas Perkara Woodrow Wilson. Apakah perkara yang terkandung dalam deklarasi tersebut?

a)

Sistem monarki dipulihkan

b)

Amalan realpolitik diharamkan

c)

Rakyat disatukan berdasarkan agama

d)

Sempadan negara ditentukan berasaskan bangsa

29.

Pertubuhan berikut menyokong pembentukan Malayan Union pada tahun 1946.

> Angkatan Wanita Sedar (AWAS)

> Angkatan Pemuda Insaf (API)

> Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM)

Mengapakah pertubuhan tersebut bertindak demikian?

a)

Mengekalkan sistem beraja

b)

Melicinkan sistem pentadbiran

c)

Mempertahankan hak penduduk tempatan

d)

Mengukuhkan pemerintahan tradisional

30.

Pantun berikut menggambarkan kesan pembentukan Malayan Union di Tanah Melayu.

Dari Bentan ke Kuala Sedili,

Singgah berjaja di Batu Pahat,

Syarat kerakyatan secara jus soli,

Kuasa raja turut tergugat.

Apakah tindakan orang Melayu?

a)

Memohon bantuan luar

b)

Mengukuhkan pertahanan negeri

c)

Menggubal perlembagaan alternatif

d)

Mengadakan demonstrasi secara aman

31.

Gambar berikut berkaitan dengan Rundingan London yang diadakan pada tahun 1956.

Apakah keputusan yang dicapai dalam rundingan tersebut?

a)

Pembentukan Jawatankuasa Antara Kaum

b)

Kelonggaran syarat mendapatkan kerakyatan

c)

Penubuhan suruhanjaya bebas mengkaji perlembagaan

d)

Pelaksanaan pilihan raya Majlis Perundangan Persekutuan

32.

Konvensyen Kebangsaan dianjurkan oleh Tunku Abdul Rahman pada tahun 1953. Apakah hasil konvensyen tersebut?

a)

Pelaksanaan pilihan raya Majlis Perbandaran

b)

Penubuhan Parti Kemerdekaan Malaya

c)

Pelantikan Jawatankuasa Pilihan Raya

d)

Pembentukan Parti Perikatan

33.

Rajah merupakan garis masa menunjukkan proses pembentukan Persekutuan Malaysia.

September 1962 - Referendum Singapura

Ogos 1962 - X

Februari 1962 - Memorandum kepada Suruhanjaya Cobbold

Julai 1961 - Jawatankuasa Perunding Perpaduan Kaum


Apakah X ?

a)

Majlis Perundangan Persekutuan

b)

Jawatankuasa Antara Kerajaan

c)

Jawatankuasa Eksekutif

d)

Suruhanjaya Reid

34.

Mengapakah parti politik berikut menentang penyertaan Sarawak dalam Persekutuan Malaysia pada peringkat awal?


> Sarawak Chinese Association

> Parti Pesaka Anak Sarawak

a)

Bimbang ancaman komunis

b)

Tekanan daripada Indonesia

c)

Ingin mereka terlebih dahulu

d)

Menyokong Persekutuan Borneo

35.

Bagaimanakah Suruhanjaya Pilihan Raya bertindak memastikan pilihan raya yang diadakan di Malaysia adil dan telus?

a)

Menyediakan jadula waktu berkempen bagi calon

b)

Menetapkan manifesto parti politik yang bertanding

c)

Membenarkan pengundi berdaftar sahaja layak mengundi

d)

Melarang pemerhati dari negara luar memantau pengundian

36.

16 Januari 2007 - Suruhanjaya Pilihan Raya telah menetapkan tarikh mengundi bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Batu Talam, Raub, Pahang.


Mengapakah pilihan raya kecil tersebut diadakan?

a)

Pembubaran rasmi parlimen

b)

Wakil rakyat meninggal dunia

c)

Persempadanan semula kawasan

d)

Pertambahan bilangan penduduk

37.

Sistem persekolahan aneka jurusan telah diperkenalkan pada tahun 1965. Mengapakan sistem persekolahan tersebut diperkenalkan?

a)

Melahirkan tenaga kerja mahir

b)

Mengurangkan sekolah vernakular

c)

Memendekkan tempoh pembelajaran

d)

Menempatkan murid kelainan upaya

38.

Dasar Penswastaan dilancarkan dalam Rancangan Malaysia Keempat.

Apakah DUA matlamat dasar tersebut?

a)

Mengimbangi pemilikan harta antara kaum

b)

Mengurangkan beban kewangan kerajaan

c)

Meningkatkan kemajuan ekonomi

d)

Memperhebat pembukaan tanah

39.

Selepas merdeka, Malaysia telah menandatangani perjanjian dengan negara berikut:

> Britain

> Australia

> New Zealand

Mengapakah perjanjian tersebut ditandatangani?

a)

Memperkuat pertahanan

b)

Menambah aset ketenteraan

c)

Mengekalkan hubungan diplomatik

d)

Menggalakkan kemasukan pelabur asing

40.

Pada 1 September 1939, Hitler (Jerman) mara ke sempadan Poland. Dua hari kemudiannya, setelah mendesak agar Hitler berundur, Britain dan Perancis menyertai perang.

Apakah alasan Britain dan Perancis menyertai perang tersebut?

a)

Menguji kekuatan senjata

b)

Mempertahan keselamatan

c)

Merampas kembali wilayah

d)

Menyekat pengaruh komunis