WorksheetsPengesanan PJPK
Total questions: 20
Worksheet time: 10mins
Yang manakah merupakan acara padang dalam sukan olahraga?
Rejam Peluru
Baling Lembing
Lontar Peluru
Lompat Tilam
Yang manakah merupakan acara lari berganti-ganti?
4x100m
1500m
800m
4x400m
Apakah nama alat yang digunakan untuk membolehkan seseorang murid membuat pelbagai bentuk dan layangan di udara?
Troli
Trompet
Trampolin
Tamborin
Antara berikut, yang manakah BUKAN merupakan tips penjagaan muka berjerawat?
Makan makanan seimbang
Memicit jerawat kecil
Guna pencuci muka yang sesuai
Mendapatkan rawatan doktor
Siapakah lagenda pemain bola sepak Malaysia?
Rashid Sidek
Watson Nyambek
Mokhtar Dahari
Shalin Zulkifli
Berikut merupakan tanda-tanda akil baligh bagi seorang murid lelaki kecuali ___________.
ada misai
pinggul mula membesar
saiz otot membesar
suara garau
Berikut merupakan tanda-tanda akil baligh bagi seorang murid perempuan kecuali ___________.
suara semakin lunak
pinggul mula membesar
saiz otot membesar
jerawat mula tumbuh
Alat yang digunakan untuk mengukur peratusan lemak badan adalah ____________.
Thermometer
Jam randik
Kaliper
Kapilari
Berapakah jumlah mata yang perlu diperoleh untuk satu set dalam permainan badminton?
15 mata
18 mata
21 mata
23 mata
Yang manakah merupakan jenis-jenis servis?
Servis pendek dan servis tinggi
Servis pendek dan servis panjang
Servis tinggi dan servis rendah
Remaja wanita juga berhadapan dengan masalah ................................ semasa haid.
jerawat
senggugut
kanser serviks
Barah pangkal rahim juga dikenali sebagai........
jerawat
senggugut
kanser serviks
Berikut merupakan punca-punca kanser serviks berlaku KECUALI,
Bertukar pasangan kelamin
Faktor genetik
Tidak merokok dan tidak meminum minuman beralkohol
Melakukan persetubuhan pada usia muda
Apakah maksud perkahwinan?
Perkahwinan ialah satu ikatan sah yang menghalalkan
hubungan antara lelaki dan perempuan.
Perkahwinan ialah acara kenduri yang melibatkan dua buah keluarga.
Perkahwinan ialah hubungan antara lelaki dan perempuan selepas alam persekolahan.
Manakakah antara berikut BUKAN faedah perkahwinan?
Menghindari seks bebas.
Suka-suka dan permainan.
Melahirkan zuriat dan keturunan.
Manakah antara berikut menerangkan "Keluarga Nukleus"?
Ibu, anak kandung.
Ibu dan bapa, anak kandung, anak angkat.
Datuk, nenek, pakcik, makcik, ibu, bapa, anak, sepupu.
Pertolongan cemas amat berguna dalam situasi berikut …
kematian
perkahwinan
kemalangan
kenduri-kendara
Pernyataan manakah yang betul dalam cara melakukan prosedur pertolongan cemas.
Bahaya – gerak balas – saluran pernafasan – bernafas – peredaran darah
Gerak balas – saluran pernafasan – bernafas – peredaran darah – bahaya
Bahaya – saluran pernafasan – gerak balas – bernafas – peredaran darah
Gerak balas – bahaya – saluran pernafasan – bernafas – peredaran darah
Antara berikut, manakah waktu makan yang penting bagi mengelakkan seseorang pelajar berasa letih dan lesu di dalam kelas sesi pagi?
Minum petang
Sarapan pagi
Makan malam
Makan tengah hari
Antara berikut, manakah langkah yang tidak boleh mengatasi masalah malnutrisi?
Mengamalkan pemakanan yang seimbang
Menjalankan aktiviti-aktiviti kecergasan kardiovaskular
Makan sekenyang-kenyangnya setiap kali bersarapan
Menjalani pemeriksaan doktor setiap kali menghadapi gastrik
