wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Kuiz BM STPM(Semester 1)

Total questions: 10

Worksheet time: 5mins

Name
Class
Date
1.

Marlapas, niparwuat, sapuluh duo


Berdasarkan kata-kata bahasa Melayu kuno di atas bermaksud?

a)

berlepas, dibuat, dua puluh

b)

melepas, diperbuat, dua belas

c)

berlepas, diperbuat, dua belas

d)

melepas, memperbuat, dua puluh

2.

Yang manakah batu bersurat yang tidak menunjukkan pengaruh Arab?

a)

Batu bersurat di Minye Tujuh, Acheh

b)

Batu bersurat di Kuala Berang, Terengganu

c)

Batu bersurat di Kedukan Bukit, Palembang

d)

Batu bersurat di Pagar Ruyung, Minangkabau

3.

Terdengarlah cerita musafir yang berjalan itu. Maka berjalanlah ia ke bandar Mengkaleh, direntasnya padang dan desa. Sampailah ia ke sungai Jengkala lalu berhentilah ia di situ.


Yang berikut ialah ciri bahasa Melayu klasik yang terdapat dalam petikan di atas, kecuali.

a)

menggunakan kata pangkal ayat

b)

menggunakan ayat songsang

c)

menggunakan ayat tunggal

d)

menggunakan ayat pasif

4.

Perihal Tokoh X

*Tokoh bahasa yang tersubur di Tanah Melayu

*Golongan bangsawan Riau yang memainkan peranan untuk mengembangkan kebudayaan Melayu

*Menghasilakan karya bahasa, sejarah, dan sastera, khususnya syair dan pantun


Yang manakah hasil karya X yang berkaitan dengan perkembangan bahasa Melayu?

a)

Jalan Basa Melayu

b)

Pelita Bahasa Melayu

c)

Ilmu Mengarang Melayu

d)

Kitab Pengetahuan Bahasa

5.

Yang manakah batu bersurat yang ditulis huruf dengan huruf Nagiri?


a Batu bersurat di Gandasuli


b. Batu bersurat di Kota Kapur


c. Batu bersurat di Bangkahulu


d. Batu bersurat di Karang Brahi

a)

a dan c

b)

a dan d

c)

b dan c

d)

b dan d

6.

a. Mengail

b. Menggosok

c. Menyembur

d. Membantah


Yang manakah perkataan yang mengandungi konsonan sengauan lelangit lembut?

a)

a dan b

b)

a dan d

c)

b dan c

d)

c dan d

7.

* Dua bibir dirapatkan

*Udara keluar dari paru-paru melalui rongga hidung

*Pita suara bergetar


Yang manakah pasangan perkataan yang kedua-keduanya mengandungi bunyi konsonan yang terhasildengan cara di atas?

a)

Bulat, lebam

b)

Pesan, harap

c)

Wang, laman

d)

Masak, semak

8.

Yang manakah bunyi yang terhasil apabila bibir di bawah menjadi artikulator?

a)

[p], [t], [v]

b)

[b], [f], [m]

c)

[m], [p], [s]

d)

[w], [n], [v]

9.

Yang manakah pernyataan yang benar tentang penghasilan [c] ?


1. Pita suara bergetar


2. Udara mengalami sekatan


3. Lelangit lembut dinaikkan


4. Sekatan udara dilepaskan serta-merta

a)

1 dan 3

b)

1 dan 4

c)

2 dan 3

d)

3 dan 4

10.

Yang manakah ayat yang mengandungi kesalahan tanda baca?

1. Wah! Besarnya rumah awak!

2. Sajak "Dirgahayu Bahasaku" ditulis oleh Ahmad Sarju

3. Jurulatih bertanya, "Pertandingan akan bermula sebentar lagi?"

4. Surat "tawaran' daripada Universiti Sains Malaysia itu bertarikh 8 Mac, 2040

a)

1 dan 2

b)

1 dan 4

c)

2 dan 3

d)

3 dan 4