WorksheetsPERMAINAN BAHASA
Total questions: 15
Worksheet time: 8mins
Hamdan pergi ke sekolah tanpa ......... kerana ibunya telah menyediakan bekalan.
wang kopi
wang saku
wang sagu hati
Abang pergi ke hospital dengan membawa ......... untuk diberikan kepada pesakit itu.
buah tangan
buah mulut
buah hati
Adam bersedih kerana dia ......... maka dia tidak terpilih untuk mewakili sekolahnya dalam pertandingan bola sepak.
kaki botol
kaki belit
kaki bangku
Walaupun hidupnya susah, Pak Mail seorang yang ......... kerana suka menderma untuk tujuan kebajikan.
murah hati
murah rezeki
murah diri
"Jangan dipujuk adik itu, dia seorang yang .........," kata ibu kepada kakak.
hati batu
hati waja
hati kecil
Kamal tidak disenangi rakan-rakan kerana dia ......... iaitu suka melaga-laga sesama rakan.
batu penghalang
batu api
batu loncatan
Ketiadaan Sufian sebagai ......... pasukannya telah menyebabkan pasukan itu kalah dalam perlawanan separuh akhir.
ayam tambatan
ayam berak kapur
kaki ayam
cakar ayam
Sikap suhada yang ......... menyebabkan rakan-rakan berasa tidak berguna memberi nasihat kepadanya.
kepala angin
makan angin
kepala batu
batu api
Nasib Ah Keong sangat baik kerana dia ........., apabila sampai di rumah Pak Dollah makanan baru dihidangkan.
langkah sumbang
langkah kira
langkah kanan
langkah bendul
Nelayan-nelayan di Pantai Batu Buruk tertindas dengan sikap ......... pihak pemborong yang tidak bertimbang rasa itu.
lintah darat
buaya darat
buaya tembaga
lupa daratan
Kita harus menerima pengajaran orang-orang tua kerana mereka lebih dahulu .........
makan angin
makan garam
makan hati
Jika tidak berusaha, sampai ......... pun tidak akan bahagia hidupnya.
kucing bertanduk
kucing jalanan
malu kucing
Mariam dianggap ......... kerana tidak bercampur dengan rakan-rakan sekelasnya.
kera menari
kera sumbang
sumbang mahram
Pegawai itu telah diberi ......... kerana menolong Encik Hasan menguruskan masalah rumahnya.
wang kopi
wang saku
wang sagu hati
Pada ......... ini, manusia berlumba-lumba mengejar kemajuandan kebendaan.
zaman inflasi
zaman atom
zaman batu
