NEW
Font size
WorksheetsPentaksiran Akhir Tahun T5
Total questions: 60
Worksheet time: 3600secs
Bagaimanakah ciri kehidupan bandar yang bertamadun menurut pandangan cendekiawan Islam?
Kebebasan mengamalkan sebarang agama
Kemajuan pesat dalam bidang ekonomi
Kesejahteraan semua lapisan rakyat
Ketinggian tatasusila masyarakat
Gambar 1 berkaitan dengan Kod Undang-Undang Hammurabi.
Apakah prinsip undang-undang tersebut?
Mengutamakan konsep permuafakatan
Berasaskan sitem kepercayaan tempatan
Berteraskan hak rakyat terhadap keadilan
Hukuman yang sama untuk semua golongan
Apakah kepentingan kandungan karya "The Art Of War" yang ditulis oleh Sun Tzu kepada masyarakat hari ini?
Menerangkan sistem pemerintahan
Mengatur strategi perniagaan
Menentukan bentuk hubungan luar
Membantu pelaksanaan peperiksaan awam
Athens merupakan sebuah negara kota dalam tamadun Yunani.
Apakah matlamat pendidikan di negara kota tersebut?
Melahirkan pegawai kerajaan yang berpendidikan
Mewujudkan masyarakat yang celik huruf
Membentuk warganegara yang taat
Melahirkan manusia yang seimbang
Pada tahun 509SM Rom mengamalkan sistem pemerintahan Republik yang ditadbir oleh dua orang konsul.
Mengapakah dua orang konsul tersebut dilantik?
Menghalang pemusatan kuasa
Memudahkan perluasan empayar
Mengukuhkan hubungan luar
Memilih pemimpin berwibawa
Sistem pemerintahan di Mesopotamia berasaskan sistem beraja.
Apakah bentuk sistem beraja tersebut?
Oligarki
Demokrasi
Aristokrasi
Teokrasi
Gambar berikut berkaitan dengan simbol Yin dan Yang.
Apakah maksud simbol tersebut?
Mandat dari syurga
Pemujaan roh nenek moyang
Unsur alam yang saling melengkapi
Ramalan peristiwa yang akan berlaku
Raja Indravarman I memerintah kerajaan Angkor mulai tahun 877M.
Apakah sumbangan baginda terhadap Kerajaan Angkor?
Menyediakan kemudahan pelabuhan
Memajukan perusahaan perkapalan
Menghapuskan cukai tanaman
Membina takungan air
Gambar berikut adalah Gunung Jerai di Kedah.
Apakah kepentingan gunumg tersebut kepada kemajuan kerajaan Kedah Tua?
Memudahkan kedatangan pedagang
Simbol penguasaan alam semesta
Lambang kekuasaan pemerintah
Benteng pertahanan negeri
Dalam kerajaan awal di Asia Tenggara, raja dikaitkan dengan konsep berikut
*Dewa raja
*Orde Kosmos
Mengapakah konsep tersebut dikaitkan dengan raja?
Mengekalkan pemerintahan yang adil
Memantapkan adat istiadat di istana
Mempelbagai upacara keagamaan
Memantapkan kuasa pemerintah
Senarai berikut berkaitan dengan masyarakat Arab Jahiliah
#Sistem Kabilah
#Semangat Assabiah
Apakah kesan pengamalan konsep tersebut terhadap masyarakat Arab Jahiliah?
Menggalakkan tercetus peperangan
Menggalakkan mobiliti sosial
Menyukarkan perpaduan rakyat
Menghalang pelbagai kegiatan ekonomi
Nabi Muhammad s.a.w diamanahkan oleh pemimpin Arab Quraisy untuk meletakkan Hajar Aswad ketempat asalnya.
Apakah kepentingan peristiwa tersebut kepada masyarakat Arab?
Penyebaran Islam di Makkah
Perbalahan antara kaum dielakkan
Perkembangan perdagangan di Makkah
Pelantikan pemimpin dari kalangan orang Islam
Pada 6 Ogos 610M, bersamaan 17 Ramadhan Nabi Muhammad s.a.w telah menerima wahyu yang pertama.
Apakah kesan peristiwa tersebut?
Penyebaran agama Islam
Kemunculan kerajaan baharu Islam
Penentangan orang Arab Quraisy terhadap Islam
Pemisahan antara zaman Jahiliah dengan zaman Islam
Masyarakat Arab Jahiliah mengamalkan Sistem Kabilah.
Apakah kesan amalan sistem tersebut?
i Perang kerap berlaku
ii Sistem beraja merosot
iii Pengaruh asing lemah
iv Semangat assabiah muncul
i dan ii
i dan iv
ii dan iii
iii dan iv
Tahun 630 M Nabi Muhammad s.a.w telah membuka semula kota Makkah.
Mengapakah peristiwa tersebut berlaku?
Tentera Quraisy menyerah kalah
Sistem pertahanan Quraisy lemah
Pihak Quraisy mencabuli isi perjanjian
Kaum Quraisy membunuh orang Islam
Abdullah bin Arqat membantu Rasulullah s.a.w berhijrah ke Madinah.
Apakah bentuk bantuan yang diberikan
Mengawal keselamatan
Menjadi penunjuk jalan
Menyiasat pergerakan musuh
Membekal barang keperluan
Orientalis Barat menganggap hijrah Nabi Muhammad s.a.w dan umat Islam dari Makkah ke Madinah sebagai pelarian.
Apakah alasan untuk menyangkal anggapan tersebut?
i Diberi sambutan meriah
ii Dijemput penduduk tempatan
iii Galakan oleh pemimpin Quraisy
iv Mendapat bantuan masyarakat Arab
i dan ii
i dan iv
ii dan iii
iii dan iv
Bagaimanakah Nabi Muhammad s.a.w menyebarkan ajaran Islam setelah mendirikan Kerajaan Islam Madinah?
Menawarkan bantuan kepada wilayah lain
Meneroka kawasan petempatan baru
Mengutus surat kepada kerajaan asing
Melaksanakan dasar perluasan kuasa
Khalifah Umar al Khattab membahagikan wilayah Islam kepada beberapa kawasan.
Apakah kesan tindakan tersebut?
Memperkukuh perpaduan penduduk
Memperluas kawasan pemerintahan
Menguatkan kubu pertahanan
Melicinkan pentadbiran
Bagimanakah khalifah dilantik pada zaman pemerintahan Kerajaan Bani Abbasiyah?
Pemilihan dilakukan oleh ulama
Mengamalkan sistem pewarisan
Melalui perundingan Majlis Syura
Berdasarkan wasiat khalifah terdahulu
Pedagang Islam telah dilantik sebagai syahbandar oleh pemerintah kerajaan Islam di Asia Tenggara.
Mengapakah pedagang Islam diberi keutamaan dalam pelantikan jawatan syahbandar tersebut?
Cekap dalam pentadbiran
Mengamalkan sikap jujur
Mahir dalam perniagaan
Setia kepada bangsawan
John Crawford telah mengemukakan teori kedatangan Islam ke Asia Tenggara dari Semenanjung Tanah Arab.
Apakah bukti untuk menyokong teori tersebut?
i Perkampungan Islam di Sumatera Utara
ii Pelabuhan Asia Tenggara menjadi tumpuan pedagang
iii Pengaruh kebudayaan Arab dalam kebudayaan orang Melayu
iv Penemuan batu nisan di Kampung Permatang Pasir, Pahang
i dan ii
i dan iv
ii dan iii
iii dan iv
Konsep daulat merupakan pengikat yang kuat antara rakyat biasa dengan pemerintah dalam masyarakat Melayu tradisional.
Bagaimanakah konsep tersebut diperkukuh?
Melalui pendidikan formal
Menggunakan kekuatan tentera
Memantapkan adat istiadat
Menjalin hubungan luar
Karya berikut mempunyai pengaruh terhadap rakyat Kesultanan Melayu Melaka.
* Hikayat Amir Hamzah
*Hikayat Muhammad Ali Hanafiah
Apakah pengaruh karya tersebut?
Memperluas ilmu pengetahuan
Mewujudkan golongan intelek
Memantapkan sistem perundangan
Meningkatkan semangat perjuangan
Mengapakah gereja Katolik menjadi institusi yang berkuasa di Eropah pada zaman gelap?
Memiliki banyak tanah
Berhak mengutip cukai
Mendapat sokongan petani
Bergiat dalam perdagangan
Akta berikut digubal di Britain semasa Revolusi Perindustrian
* Akta Kilang
* Akta Lombong
Mengapakah akta tersebut digubal?
Melindungi nasib pekerja
Meningkatkan upah buruh
Memaksimumkan guna tenaga
Membenarkan penubuhan kesatuan
Pada zaman Reformation di Eropah, pemimpin gereja sering dikritik oleh masyarakat.
Mengapakah kritikan tersebut berlaku?
Perpecahan sesama penganut
Peningkatan kadar cukai
Kepincangan amalan
Perbezaan mazhab
Apakah sumbangan Henry N.Ridley terhadap perusahaan getah?
Memberi subsidi baja
Membawa masuk imigran luar
Mengagih benih secara percuma
Memajak tanah peribumi untuk penanaman
Akta Tanah Simpanan Melayu telah diperkenalkan pada 25 November 1913.
Apakah kesan akta tersebut terhadap orang Melayu
Taraf hidup meningkat
Meneroka petempatan baru
Kekal dengan pertanian tradisional
Membayar cukai yang tinggi
Pada tahun 1920, British telah mewartakan Enakmen Pendaftaran Sekolah di Tanah Melayu.
Mengapakah British memperkenalkan enakmen tersebut?
Melahirkan tenaga mahir
Menyatukan pelbagai kaum
Membanteras ancaman komunis
Mengurangkan kemasukan imigran
British telah memperkenalkan Sistem Birokrasi Barat di Tanah Melayu.
Mengapakah sistem tersebut ditentang oleh penduduk tempatan?
Tanah peribumi dirampas
Pemimpin kehilangan kuasa
Pengaruh golongan agama merosot
Kegiatan ekonomi tradisional terjejas
Apakah kesan Sistem Tanaman Paksa terhadap penduduk Indonesia?
Meningkatkan ekonomi
Mewujudkan jurang sosial
Menghapuskan cukai pertanian
Menyediakan peluang pekerjaan
Penjajah Belanda telah memperkenalkan Dewan Tempatan menggantikan sistem pemerintahan tradisional tempatan di Indonesia.
Apakah peranan Dewan tersebut
Penasihat kewangan
Penasihat pentadbiran
Penyelaras tanah jajahan
Penggubal undang-undang
Mengapakah negara-negara Barat memberi tumpuan kepada negara China pada abad ke-19?
Bahan mentah banyak
Tenaga mahir ramai
Tanah subur
Pasaran luas
Penjajah Sepanyol memperkenalkan Sistem Encomienda di Filipina.
Mengapakah penduduk Filipina tidak berpuas hati terhadap sistem tersebut?
Ekonomi sara diri terjejas
Cukai yang membebankan
Perusahaan tradisional terancam
Perdagangan tukar barang terganggu
Gambar 2 menunjukkan seorang pembesar Mandarin di Vietnam.
Bagaimanakah pembesar tersebut dilantik?
Keputusan pembesar tradisional
Pemilihan oleh rskyst
Pelantikan oleh penjajah
Melalui sistem peperiksaan
Novel Melor Kuala Lumpur yang di karang oleh Harun Aminurrashid telah diterbitkan sebelum Perang Dunia Kedua di Tanah Melayu.
Apakah mesej yang disampaikan oleh pengarang novel tersebut?
Mencintai tanah air
Menghargai warisan bangsa
Kebebasan kaum wanita
Perpaduan antara kaum
Apakah kesan pengenalan undang-undang Barat semasa penjajahan British di Burma?
Ekonomi dikuasai oleh orang Cina
Kuasa golongan mandarin bertambah
Pengaruh golongan agama merosot
Kemerdekaan negara dipercepat
Gambar diatas adalah Mohamad Eunos Abdullah yang merupakan pemimpin Kesatuan Melayu Singapura pada awal abad ke-20.
Apakah sumbangan beliau kepada orang Melayu Singapura?
Membina pusat pendidikan
Membuka kawasan pertanian
Menubuhkan pusat kebudayaan
Memperoleh petempatan khas
**Jemaah Menteri Pentadbiran dan Pengimarahan Negeri**
Berikut adalah Jemaah Menteri yang ditubuhkan di Kelantan pada zaman pemerintahan Sultan Muhammad 11(1836-1886)
Apakah fungsi Jemaah Menteri tersebut?
Menguruskan pembangunan
Menjaga hal ehwal luar
Mengurus kewangan
Menjaga keamanan
Bagaimanakah British menghalang Gerakan Islah di Negeri-Negeri Melayu pada awal abad ke-20?
i Mengugut pemimpin
ii Menyekat kegiatan dakwah
iii Menghalang kemasukan risalah
iv Menyekat peluang belajar ke luar negara
i dan ii
i dan iv
ii dan iii
iii dan iv
Mengapakah British menggunakan nama Sultan Kelantan untuk mematahkan penentangan penduduk tempatan pada tahun 1915?
Menghormati Sultan
Mengekalkan kuasa Sultan
Kesetiaan rakyat kepada Sultan
Kuasa mutlak berada di tangan Sultan
Negara bangsa Jerman dan Itali dibentuk pada abad ke 19.
Apakah persamaan pembentukan kedua-dua negara bangsa tersebut?
Menggunakan kaedah realpolitik
Mengekalkan sistem monarki
Mengamalkan prinsip demokrasi
Menguatkuasakan falsafah legalisme
Persidangan Damai Paris telah menghasilkan Deklarasi Empat Belas Perkara Woodrow Wilson.
Apakah perkara yang terkandung dalam Deklarasi tersebut?
Sistem monarki dipulihkan
Amalan realpolitik diharamkan
Rakyat disatukan berdasarkan agama
Sempadan negara ditentukan berasaskan bangsa
Apakah hasrat British membentuk sebuah bangsa Malayan Union?
Menumpukan taat setia
Menguatkan pasukan tentera
Membantu dalam pentadbiran
Membanteras ancaman komunis
#Angkatan Wanita Sedar (AWAS)
#Angkatan Pemuda Insaf(API)
#Parti Kebangsaan Melayu Malaya
Pertubuhan berikut menyokong pembentukan Malayan Union pada tahun 1946.
Mengapakah pertubuhan tersebut bertindak demikian?
Mengekalkan sistem beraja
Melicinkan sistem pentadbiran
Mempertahan hak penduduk tempatan
Mengukuhkan pemerintahan tradisional
Pada tahun 1948 Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu telah ditandatangani.
Apakah kesan peristiwa tersebut terhadap perjuangan orang Melayu
Berkuasa mengawal pentadbiran
Parti-parti politik digabungkan
Syarat kerakyatan dipermudah
Hak istimewa dilindungi
Sistem Ahli diperkenalkan oleh British di Tanah Melayu pada tahun 1951.
Sejauhmanakah sistem etrsebut menepati matlamat British untuk mematuhi proses dekolonisasi?
Kabinet bayangan bebas adripada kawalan pusat
Pemimpin tempatan merangka dasar kerajaan
Pengiktirafan terhadap pemerintahan beraja
Penduduk tempatan diberi peluang mentadbir
Mengapakah penduduk sarawak dan Sabah menolak cadangan pembentukan Malaysia pada peringkat awal?
Menghormati keputusan pemerintah tempatan
Mempertahan kepentingan pembesar setempat
Mengelak ancaman tentera Filipina
Mengekalkan pentadbiran British
Pada 20 Januari 1963 telah berlaku peristiwa konfrantasi Indonesia terhadap Malaysia.
Apakah tindakan Indonesia semasa peristiwa tersebut?
i Menceroboh ruang udara
ii Menghantar bantahan rasmi
iii Melancarkan pemberontakan
iv Menyerang kapal-kapal nelayan
i dan ii
i dan iv
ii dan iii
iii dan iv
Apakah bidang kuasa Yang di-Pertuan agong seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia?
Membubarkan Parlimen
Menggubal undang-undang
Memilih ahli Dewan Rakyat
Menetapkan tarikh pilihanraya
*Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia(MIDA)
*Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA)
*Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia(FRIM)
Senarai tersebut adalah berkaitan Badan Berkanun Malaysia.
Antara yang ebrikut, yang mankah berkitan dengan badan berkanun tersebut?
i Memiliki kuasa autonomi dalam bidang tertentu
ii Mempunyai peruntukan kewangan sendiri
iii Diketuai oleh Ketua Setiausaha Negara
iv Memiliki bilik gerakan di setiap negeri
i dan ii
i dan iv
ii dan iii
iii dan iv
Apakah syarat untuk menjadi ahli Dewan Negara dalam sistem pemerintahan di Malaysia?
Menang dalam pilihanraya
Aktif dalam pertubuhan politik
Berumur sekurang-kurangnya 21 tahun
Cemerlang dalam perkhidmatan awam
Mengapakah Majlis Perundingan Negara mengisytiharkan Rukun Negara pada 31 Ogos 1970?
Menyusun semula masyarakat
Memperkukuh perpaduan rakyat
Meningkatkan kemajuan ekonomi
Memartabatkan bahasa kebangsaan
Melalui Dasar Pertanian Negara, kerajaan telah memperkenalkan program pembangunan in-situ.
Apakah tujuan program tersebut dilaksanakan?
Memulih kawasan berproduktiviti rendah
Menggalakkan kemasukan pelabur asing
Mengawal kemasukan buruh luar
Menyusun semula masyarakat
Sistem persekolahan aneka jurusan telah diperkenalkan pada tahun 1965.
Mengapakah sistem persekolahan tersebut diperkenalkan?
Melahirkan tenaga kerja mahir
Mengurangkan sekolah vernakular
Memendekkan tempoh pembelajaran
Menempatkan murid kelainan upaya
Perang Dunia Pertama tercetus di Eropah mulai tahun 1914 hingga tahun 1918.
Mengapakah Amerika Syarikat turut terlibat dalam perang tersebut?
Menguji senjata
Permintaan Britain
Mempertahankan Serbia
Menyekat ideologi komunis
Dua blok dunia terbentuk semasa Perang Dingin iaitu blok kapitalis dan blok komunis.
Apakah ciri blok kapitalis
i Mengamalkan pemerintahan demokratik
ii Mengamalkan sistem satu parti
iii Memiliknegarakan perniagaan
iv Menjamin kebebasan individu
i dan ii
i dan iv
ii dan iii
iii dan iv
Jerman telah melanggar syarat-syarat Perjanjian Versailles yang ditandatangani pada tahun 1919.
Bagaimanakah negara tersebut melanggar syarat-syarat Perjanjian Versailles?
Menjalin kerjasama dengan Russia
Menamatkan hubungan diplomatik
Mengeksport senjata ke luar negara
Memperkuat angkatan tentera
Deklarasi Langkawi dihasilkan dalam Mesyuarat Ketua-Ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM) di Kuala Lumpur pada tahun 1989.
Apakah persetujuan yang dicapai dalam deklarasi tersebut?
Penyelarasan bantuan teknikal
Menyediakan dana pendidikan
Mengatasi masalah pencemaran
Membanteras penyalahgunaan dadah
