wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

ULANGKAJI PENDIDIKAN MORAL TAHUN 2

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Ibu bapa kamu sedang beribadat di rumah , manakala kamu sedang menonton televisyen. Apakah tindakan yang patut kamu lakukan ?

a)

Membiarkan nada suara televisyen yang kuat.

b)

Memperlahankan bunyi televisyen.

c)

Menukar saluran lain.

2.

Antara berikut , yang manakah BUKAN cara membantu ahli keluarga ?

a)

Membancuh air minuman untuk nenek.

b)

Tidak mengendahkan adik yang menangis di dalam buaian.

c)

Membantu ayah membawa masuk barang keperluan yang baru dibeli.

3.

Antara berikut , yang manakah merupakan tanggungjawab sebagai seorang anak ?

a)

Meninggikan suara kepada ibubapa.

b)

Menghormati ibubapa.

c)

Enggan mematuhi nasihat ibubapa.

4.

Nyatakan mengapa kamu perlu mengucapkan terima kasih kepada ahli keluarga kamu ?

a)

Hanya untuk suka-suka sahaja.

b)

Sebagai menghargai pemeberian dan pertolongan mereka.

c)

Takut dimarahi ahli keluarga.

5.

Pilih tuturkata yang menunjukkan bahwa seseorang itu berhemah tinggi.

a)

Saya tidak suka berkawan dengan awak.

b)

Maafkanlah saya.

c)

Jangan pinjam permainan saya lagi.

6.

Apakah kepentingan menghormati sesama ahli keluarga ?

a)

Untuk memupuk persefahaman sesama ahli keluarga.

b)

Untuk mewujudkan perasaan marah

c)

Supaya sering berlaku pergaduhan sesama ahli keluarga.

7.

Ibubapa kamu mengajak kamu pergi ke tempat beribadat. Apakah tindakan kamu ?

a)

Pura-pura tidur

b)

Mengikut mereka dengan hati yang ikhlas

8.

Anne telah bersungguh-sungguh membantu kakaknya melayan tetamu yang hadir di majlis harijadi kakaknya. Apakah perasaan kakak Anne selepas majlis itu selesai ?

a)

Bangga dengan pertolongan adiknya.

b)

Marah kerana tidak berpuashati.

9.

Ibu meminta kamu menjawab panggilan telefon yang sedang berdering. Apakah tindakan kamu ?

a)

Membiarkan telefon itu terus berdering.

b)

Segera menjawab panggilan telefon itu.

10.

Kamu sedang bermain permainan komputer , tiba-tiba ibu memanggil kamu untuk membuang sampah. Apakah tindakan yang patut kamu lakukan ?

a)

Meninggalkan sekejap permainan komputer itu dan segera membantu ibu.

b)

Menyuruh adik untuk membuang sampah.

11.

Datuk menghadiahkan kamu sebuah basikal sebagai hadiah harijadi kamu. Apakah ucapan kamu kepada datuk ?

a)

Maafkan saya datuk.

b)

Terima kasih datuk.

12.

Ibu memanggil kamu dari dapur. Bagaimana cara paling hormat kamu menyahut panggilan ibu ?

a)

Tunggu sekejap ibu , saya datang.

b)

Ibu , panggillah orang lain.

13.

Kamu secara tidak sengaja telah terlanggar abang kamu yang sedang membawa makanan ke meja sehingga makanan itu terjatuh. Apakah tindakan kamu ?

a)

Lari meninggalkan abang

b)

Segera meminta maaf kepada abang.

14.

Kamu mendapati abang kamu telah keluar rumah melalui pintu belakang tanpa meminta izin ibubapa terlebih dahulu. Apakah tindakan kamu ?

a)

Menjerit dan memarahi abang.

b)

Menasihatkan abang supaya tidak mengulangi perbuatan itu lagi.

15.

Kamu mengambil sebatang pensil dan pembaris dari beg sekolah abang tanpa pengetahuannya. Perbuatan mengambil barang orang lain tanpa meminta izin menunjukkan sikap :

a)

Tidak menyayangi orang lain.

b)

Tidak menghormati orang lain.

16.

Nancy akan menundukkan sedikit badannya apabila berjalan di hadapan ahli keluarga yang lebih dewasa. Nilai apa yang Nancy sedang praktikkan ?

a)

Hormat

b)

Kerjasama

17.

Ibu Aini sedang sakit. Aini dan kakaknya menawarkan diri untuk membantu ibu mereka menyediakan sarapan pagi. Nilai apa yang sedang mereka pratikkan ?

a)

Kerjasama

b)

Kejujuran

18.

Leena menyapu lantai ruang tamu tanpa disuruh ibu. Leena seorang anak yang :

a)

Jujur

b)

Bertanggungjawab

19.

Ahmad berusaha bersungguh-sungguh mengulangkaji pelajaran untuk peperiksaan. Tindakan Ahmad membuatkan ibubapanya merasa sangat ______________.

a)

Bangga

b)

Risau

20.

Apakah perasaan kamu apabila dapat membimbing adik menyiapkan kerjarumahnya ?

a)

Sedih

b)

Gembira