Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Peribahasa

Total questions: 20

Worksheet time: 26mins

Name
Class
Date
1.

Apakah maksud peribahasa di bawah?


Bagaimana acuan begitulah kuihnya

a)

Kelakuan anak mengikut kelakuan ibu bapanya

b)

Kelakuan anak megikut adik-beradiknya

2.

Apakah maksud peribahasa di bawah?


Mencurah air kedaun keladi

a)

Memberi nasihat yang tiada berkesan

b)

Memberi teguran yang berkesan

3.

Apakah maksud peribahasa di bawah?


Bagai tikus membaiki labu

a)

Seseorang yang cuba memperbaiki sesuatu yang tidak diketahuinya dan akhirnya merosakkannya

b)

Seseorang yang cuba memperbaiki sesuatu yang diketahuinya dan tidak merosakkanya

4.

Apakah maksud peribahasa dibawah?


Bagai itik pulang petang

a)

Berlari laju

b)

Berjalan cepat

c)

Berjalan lambat

d)

Berlari perlahan

5.

Apakah maksud peribahasa dibawah?


Bagai bunyi cempedak jatuh

a)

Bunyi jatuh yang perlahan

b)

Bunyi jatuh yang kuat

6.

Rosli dikatakan _____ kerana tidak tahu menghargai hadiah yang diberi oleh kawannya.

a)

bagai itik pulang petang

b)

bagai kera dapat bunga

c)

bagai bertepuk sebelah tangan

d)

bagai menatang minyak yang penuh

7.

Sikap Qairi yang menganiaya Sani yang telah membantunya diibaratkan sebagai _____

a)

bagai kumbang putus tali

b)

seperti cincin dengan permata

c)

bagai kelip-kelip terbang malam

d)

bagai melepaskan anjing tersepit

8.

Perasaan Encik Roslan ______ apabila anaknya hanya lulus dua mata pelajaran dalam peperiksaan UPSR.

a)

seperti rusa masuk kampung

b)

seperti belut pulang ke lumpur

c)

seperti pungguk rindukan bulan

d)

seperti kaca terhempas ke batu

9.

Encik Ali dan Puan Fatimah menjaga anak angkat mereka ______

a)

seperti ular kena palu

b)

seperti bumi dengan langit

c)

seperti anjing dengan kucing

d)

bagai menatang minyak yang penuh

10.

Mulut Haliza ____ apabila tiada guru di dalam kelas.

a)

bagai dihiris sembilu

b)

bagai murai tercabut ekor

c)

bagai menarik rambut di dalam tepung

d)

bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing

11.

Amri _____ kerana kurang membaca.

a)

bagai abu di atas tunggal

b)

bagai pinang dibelah dua

c)

bagai bertepuk sebelah tangan

d)

seperti katak di bawah tempurung

12.

Pendatang asing yang baru datang bekerja di Kuala Lumpur itu _______

a)

bagai itik pulang petang

b)

seperti rusa masuk kampung

c)

bagai bulan dipagari bintang

d)

air dicencang tidak akan putus

13.

Shamsul dan isterinya Mastura sangat secocok _________.

a)

seperti kerbau dicucuk hidung

b)

seperti rusa masuk kampung

c)

bagai pinang dibelah dua

d)

seperti api dalam sekam

14.

Farid dikatakan ______ kerana membuat kerja apabila disuruh sahaja.

a)

bagai pahat dengan penukul

b)

bagai ayam disambar helang

c)

bagai menatang minyak yang penuh

d)

bagai menarik rambut di dalam tepung

15.

Kecelakaan yang terjadi secara tiba-tiba tanpa diduga.

a)

Mendengar guruh di langit, air di tempayan dicurahkan

b)

Malang tidak berbau

c)

Bagai telur di hujung tanduk

d)

Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna

16.

Salim dan Sani pasti akan bergaduh setiap kali bertemu.

a)

seperti anjing dengan kucing

b)

seperti arnab dan kura-kura.

c)

seperti ayam dan dan helang

d)

seperti kucing dan tikus

17.

Apakah maksud peribahasa ini ?


Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan.

a)

Buat sesuatu biar berpada-pada.

b)

Kita patut berbuat baik kepada semua orang.

c)

Kalau sudah berbuat sesuatu, biarlah memperoleh hasil.

d)

Perbuatan yang sia-sia.

18.

Pilih peribahasa yang mempunyai maksud yang sama dengan peribahasa yang berikut :


carik-carik bulu ayam akhirnya bercantum jua

a)

air dicencang tak akan putus

b)

gunting dalam lipatan

c)

haruan pulang ke lubuk

d)

gunting dalam lipatan

19.

Khaleeda tidak suka membazir masa kerana

a)

Masa itu pencuri masa

b)

Masa itu boleh diganti

c)

Masa itu tidak akan berulang

d)

Masa itu emas

20.

Ramai orang muda ingin ke kuala Lumpur kerana di sana ada banyak peluang pekerjaan.

a)

Ada semut ada sarang

b)

Ada ubi ada batas

c)

Ada gula ada semut

d)

ada semut ada gula.